Seorang pemilik pusat perlindungan kucing dan pekerjanya telah didenda RM800 dan RM300 kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan kepada 17 kucing di bawah jagaan mereka secara melampaui batas.
Norhazlin Ibrahim ( dalam dunia online lebih dikenali dengan nama Melissa Ridz ) dan pembantunya telah dikenakan denda elepas mengaku bersalah terhadap kesalahan itu di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Lot 6, Jalan 01/08, Kampung Melayu Kepong, Kepong di sini, kira-kira 11:30 pada 3 April.
Jabatan Veterinar pasukan Wilayah Persekutuan (JVWP) telah memeriksa Omiey Home dan menemui 17 kucing dikunci dalam keadaan kotor di dalam sangkar yang berbau bersama 183 kucing lain. Empat daripada 17 kucing ditemui mati.
Berita penuh : Cat shelter owner, worker fined for animal neglect
Apa sangkut pautnya Pusat Jagaan Kucing Omiey Home di Kepung tu dengan saya?
Memang ada sangkut pautnya…. sebab 2 kali saya ada menghantar anak kucing yang dijumpai ke Omiey Home. Kes pertama di sini – Ibu Tumpang Yīn & Yáng Berjaya Ditemui. Pada masa ini, setiap ekor kucing dikenakan bayaran RM 30.
Pihak Omiey Home juga mengutip derma di laman Facebook
untuk membiayai beberapa projek mereka yang didakwa untuk kebajikan kucing. Bayaran dikenakan untuk kos penjagaan kucing sebelum diserahkan kepada keluarga yang akan membeli kucing² tersebut.
Saya faham dan boleh terima mengenai bayaran yang dikenakan kerana kos penjagaan kucing bukanlah murah.
Kes kedua bila saya hantar Natalia tetapi tak sampai hari, petangnya saya pergi semula ke Omiey Home dan ambil anak kucing tersebut. Kisah sedih mereka saya abadikan dalam entri – Julie, Camo dan Natalia Kembali Bersama
Waktu ini bayaran telah dinaikkan. Pusat Jagaan Kucing Omiey Home mengenakan bayaran RM50 untuk setiap ekor kucing.
Saya hantar kucing yang dijumpai ke sini kerana feedback yang baik yang saya baca dalam Facebook dan tak sangka beberapa bulan sebelum ini ada beberapa laporan negatif yang diterima mengenai Omiey Home. Waktu itu saya masih berdiam , membaca tanpa membuat apa-apa pandangan.
Hari ini setelah perbicaraan selesai di mahkahmah dan keputusannya pemilik Omiey Home mengaku bersalah dan didenda. Kalau nak tahu kes sebelum ini secara terperinci, bolehlah Google.
Semoga anak kucing yang pernah saya hantar ke Omiey Home tidak menerima nasib yang menyedihkan dan sekarang ini hidup dengan bahagia bersama keluarga baru.
Ya Allah saya beru terbaca dalam blok ini, Saya juga dua kali ada serahkan kucing saya burmese breed dengan dikenakan bayaran RM 50 ringgit se ekor, Sedih nya kalau di buat macam tuuu….. satahu saya makanan untuk kucing kucing di sana ada sumbangan dari luar…. dan saya telah diyakin kan oleh mereka semua kucing di bawah jagaan mereka open for adoption itu yang buat saya berikan kucing kusing saya tuuu…… bebanding dengan tempat tempat lain di mana kucing they are put in to sleep … kalau dah lama disimpan. Semoga Allah peliharalah dan lindungi keselamatan kucing kucing di sana………. Besar pahala nya kalau dijaga kucing tu betul betul dan Sumber kewangan akan datang tanpa disangka sekiranya betul cara nya.
kesian kat kucing-kucing tu.kenapa lah ada manusia yang sampai hati buat macam tu.
salam perkenalan kak,jemput ke blog nana 🙂
Sedih betul dengan manusia sebegini.
Sanggup zalim terhadap makhluk ciptaan Tuhan.
Kucing tu pun macam manusia juga nak hidup sejahtera. Baik tak perlu buka pusat jagaan kucing ni. Zalim pada diri sendiri jugak, yelah kalau dah buat salah konfem masuk penjara / kena denda / saman.
Fikirlah malunya.
memang tak patut mereka ni sengaja mengambil kesempatan dengan mengunakan kucing
buat bisnes atas nama kucing. ades.
tapi sekarang kalau kakjie boleh tengok, kucing liar banyak sungguh orang buang la… dah macam apa dah..
buat duit dengan aniaya binatang..isk..
kasiane ya bu
Tak baik menganiaya haiwan..semoga mereka insaf..
masya Allah..huuu sampai ati..moga dia diberi petunjuk dari Allah
Subahanallah…
Kesiannya…
memang black list la lepas pusat penjagaan kucing…harap kucing lain tidak mempunyai nasib yg sama di tmpt lain nnt…
Kesian kat kucing-kucing tu…
kesian kat kucing tu empat ekor pulak tu mati.
Semoga dia diberikan keinsafan dan tak buat lagi, tak menyiksa haiwan lagi. Kesian kucing-kucing tu. 🙁
Denda tu terlalu sedikit 🙁
Peringatan untuk kita semua juga.
Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam golongan yang melakukan kebinasaan di bumi ini.
Amin…
Kesian kucing-kucing tu.. 🙁
kesiannya kucing2 tue..zalim sungguh mereka. mudah2an diberikan hukuman yang setimpal n menjadi pengajaran utk orang lain juga. 🙁
kesiannya..zalim sungguh paa kucing2 tue. syukur dah ada tindakan. 🙁
kesian kat kucing tuh,
kucing pun kena dera…byk pahalanya jika kita sayangkan binatang terutamanya kucing..
Dia bukan nak jaga kucing ni, tapi menggunakan kucing untuk dapat duit.
kesian kat kucing2 ni…mereka ni hamba Allah yang tak pandai cakap mcm manusia, tapi pandai berdoa mcm manusia
Tak baik menganiaya haiwan. Smg mereka insaf.
Amin.
Pusat Jagaan Kucing janganlah buat begini.
Sedihnya..Kerja itu amanah
Kasihan kat kucing tu..kucing tu tak bersalah.
paling sakit hati kalau binatang pun kena pedajal..
rasa nak gigit2 je orang yang mcm ni…grrrrrrr
Agaknya kita nih, hanya kerja untuk duit, amanah dibelakangkan. Sedihnya.
saya pernah ambil kucing yang depa buat give free kat Mydin Ipoh tempoh hari. rupa-rupanya kucing tu dah ada virus dalam badan mereka.3 ekor yang diambil..3 ekor mati satu persatu nampaknya.
kalau macam tu la ceritanya, sedih sungguh..baik bagi kat kawan saya je jaga.:D
kak jie ada hantar anak kucing masa dia buka booth kat Mydin Ipoh tu… tapi tak jadi pergi ambil semula anak kucing tu.
kasihan kat kucing2 tu… tapikan kadang2 kita nak bela sendiri tak mampu dari banyak segi..jadi kenalah juga minta bantuan untuk penempatan kucing2 di rumah2 ini
bukan senang nak jaga kucing nih sebenarnya..
lagi-lagi kalau dalam jumlah yang banyak tu.
Mesti dah tak terjaga tu..
Kesian pulak dengan kucing2 ni…kalau tak pandai nak jaga baik lepaskan ajer dia..pengajaran buat pusat penjagaan kusing yg lain..ada kes mcm ni baru semua org buka mata sket..
Sudah tentu hati tidak tenang mengetahui ada kes mahkamah.
Bila bisnes semata-mata nak untung. Haiwan yang jadi mangsa. Hmm.. Patut kenakan hukuman lagi berat.
Pelik juga..
diorang tu sayang binatang ke tak?