Saya sekarang berada di tingkat atas bas Transnational Trip ID TT901 perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Terengganu.
Macam nilah keadaan ditingkat atas bas dua tingkat. Sebelum pintu tengah, ruang depan tempat duduk berkembar dan selepas pintu, tempat duduk single 3 lorong.
Saya orang terakhir di belakang…hehehe… saya beli tiket online selepas jam 12 tengah malam tadi. Dah bersiap nak tidur selepas gagal dapat tiket malamnya, tiba-tiba tergerak hati nak check tiket bas online perjalanan pagi ni.
Ini adalah perjalanan tak dirancang. Petang semalam selepas sembang di telefon dengan suami tercetus idea untuk ke sana. Memandangkan kita cuti hujung minggu 3 hari dan dia hanya cuti sehari pada hari Isnin.
Along tak balik hujung minggu ni sebab sibuk untuk peperiksaan, Intan tinggal dengan Angah. Anak-anak dah besar.. saya boleh rancang ikut kesesuainnya keadaan sendiru.
Inilah salah satu keistimewaan kehidupan perkahwinan jarak jauh. Orang mungkin fikir susah payah dan pelbagai tangkapan negatif tetapi sekiranya kita sentiasa menilai dari sudut positif, pengalaman dan corak kehidupan ini juga ada sisi indahnya. Saya sentiasa mempunyai jalan hidup yang berwarna warni dan tidak terduga.
Perjalanan awal pagi dari Serendah ke Shah Alam. Angah hantar… semua tiket dari Hentian Putra dah habis jadi saya buat plan B dapatkan tiket dari Shah Alam.
Nasib baik juga celik IT untuk beli tiket online.
Kawan-kawan… Doakan perjalanan solo saya bertemu suami selamat pergi dan balik. Doakan juga anak-anak yang ditinggalkan itu juga selamat.
p/s rasa mcm zaman muda mudi akhir tahun 80’an sewaktu saya berulang alik secara sendiri ke kampung di Kedah dari Shah Alam.
tidak mudah membina hubungan dengan jarak yang berjauhan,..salut ya,,,,semoga tetap langgeng
tak pernah naik bas 2 tingkat…..seronok perjalanan jauh lebih-lebih lagi nak berjumpa dengan orang tersayang…..
Saya pernah mengalaminya, PJJ.. Saya di KL, suami di Kerteh.. Semoga selamat pergi dan balik 🙂 Moga cinta- cinta hati sentiasa dalam peliharaan Allah
Perjalanan cinta namanya tu…moga selamat pergi dan balik. Insyallah
seronok pulak bunyinya jalan jauh2 nak jumpa buat hati. baik2 kak Jie. Semoga selamat pergi selamat kembali.
Shah Alam kat Seksyen bape kakjie
stesen bas shah alam kat mana lagi….. seksyen 17 tu lah…sejak lebih 20 tahun
stesen bas yang tak sepadan dengan status ibu negeri Selangor yang serba maju
Masa universiti dulu, selalu naik bas, tapi tak pernah cuba bas dua tingkat. Nampak best 🙂
wah, seronok baca blog kujie. mmg menarik.
Macamana terengganu? ok ke?
Kerap travelling kebelakangan ni ye Kak Jie?
Semoga selamat sampai dan pulang…
semoga semuanya baik-baik sahaja…amin…;)
semoga selamat sampai ke Tranung Kite
hati2 Kak Jie, semoga perjalanannya lancar2 saja baik saat pergi dan pulang kembali
Perjalanan solo pertama selepas kahwin ke ni?
hahaha..betul
perjalanan solo pertama selepas kahwin…selepas 22 tahun
cabaran2 yg sebegini laa kadangkala memberikan kemanisan dalam perkahwinan…moga slmt semua
Balik Kedah. Ada musim buah sekarang ini disana?
Bagus naik bas ni dapat rileks sikt…
Moga kak jie selamat pergi dan selamat balik…ameen ameen ameen…
mesti hati dah berbunga2 =)
pengalaman berjauhan dgn isteri mmg cukup2 berharga…moga kak jie sefamili sentiasa dalam rahmat redha Allah jua…
Pengalaman dahulu bertahun berjauhan dari isteri dan anak-anak memberi nilai yg hanya mereka melalui pengalaman sahaja yg memahami. Alhamdulillah sangat menghargai kasih sayang yg ALLAH bagi.
semoga selamat sampai dan dapat melepas rindu
semoga selamat diperjalanan… dan selamat kembali… akak dah boleh kembali berdating ngan cik abe dah… anak2 insyaallah ok.. 🙂