Pencuri Berumur 16 Tahun Terkantoi
Peribadi

Pencuri Berumur 16 Tahun Terkantoi

tayar kereta kena curi

Ini gambar yang diwhatsapp anak saudara saya pagi tadi waktu bersahur.

Kisahnya malam tadi , ada pencuri telah dicekup ketika sedang membuka salah satu tayar kereta mereka yang diletakkan di garaj.  Pencuri muda belia lagi , baru berumur 16 tahun , anak pasangan guru yang juga jiran tetangga mereka.

Kejadian berlaku tengah malam ketika mereka sekeluarga tengah tidur nyenyak mimpikan aiskrim Baskin Robbins percuma.  Tiba-tiba tercalar mimpi indah dikejutkan dengan panggilan riuh rendah di halaman.

Sekumpulan penduduk kejutkan kerana mereka telah menangkap seorang pencuri yang sedang membuka tayar kereta biras saya.  Memang hujung minggu penduduk adakan giliran berjaga mengawal kampung.

Menurut kisahnya, mereka yang sedang bertugas ternampak kelibat dua lembaga yang mencurigakan lalu mengintai makhluk tersebut.    Mereka melihat dua makhluk menggunakan batu bata sebagai jack dan telah berjaya membuka salah satu tayar hadapan.

Bila disergah saja, lintang pukang makhluk berdua tu lari macam tak cukup tanah.  Seorang terkena kayu yang dibaling hingga terjatuh dan berjaya ditangkap.  Seorang lari rakan subahat telah berjaya melepaskan diri dengan berlari masuk ke dalam kebun.  Tak lama je tu…. tak kan seorang saja kena, kan?

Budak 16 tahun mencuri?  Bukan orang susah pun… entah apa keperluan kewangan yang mendesak sehingga sanggup mencuri.  Jiran tetangga sendiri pula tu… bukan orang tak dikenali.

Kalau kat kampung mertua, pisang dalam kebun pun dicuri… sedih pula kerana penat² menjaga dan membaja, bila sampai masa untuk dapatkan hasil, telah dicekup oleh orang lain.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Pencuri Berumur 16 Tahun Terkantoi

  1. Apalah yg terdesak sgt smpai nak kelepet tayar jiran….

    Budak2 sekarang berani tak bertempat…

    p.s.untung ade srs berkawal

  2. ‘budak ni ada masa depan yang cerah dalam dunia gengster’ = sofi jikan

  3. Masalah mcm nie payah nak dikatakan,nak salahkan anak pun tak boleh juga sbb didikan itu bermula drpd rumah,tak kira ibubapa berstatus apa pun..didikan,panduan hidup dan yg penting pengetahuan ugama memainkan peranan yg penting..kebanyakan masalah begini berlaku disebabkan ibubapa terlalu percaya pada anak2 mereka dan tak dapat menerima komen orang luar sebagai bimbingan.Sama2 kita renungkan.

  4. Bawah umur lagi sudah mencuri. Ada benda yang hendak dibeli. Sudah tentu orang tua remaja ini malu berdepan dengan masyarakat sekeliling.

  5. bab pisang hilang tu memang, kujie. kat kampung saya, inilah kejadian yang sering berlaku. dan betul, bukan anak2 orang lain pun…
    Jom terjah post menarik dari cikgunormah ..musim ujianMy Profile

  6. Alahai.. muda lagi dah mencuri.. Di sekolah pun, kes kecurian menjadi-jadi. Pantang leka, barang2 guru jadi mangsa.. Sedih juga dengan perangai buruk mereka yang sememangnya memalukan keluarga.
    Jom terjah post menarik dari Nur ..Tanda Hati KerasMy Profile

  7. ..dia mengidam Samsung Galaxy III juga kot?

    Tu yang kena bekerja keras sampai jauh malam….

    hahahaha…

    apa2 hal pun syukurrr…. tayar kereta dapat diselamatkan, dan pencuri diberkas.. Mudah2an kejiran kak jie terpelihara dan dilindungi sentiasa oleh Tuhan Rabul Alamin..

    Ameeeennn…
    Jom terjah post menarik dari maza ..Menguji TakadMy Profile

  8. Add news!!pencurik kedua telah dpt ditangkap ptg td..kedua2 msh belasan tahun..isshhh2..ape nk jd ngan dak2 skung..uhuhu

Comments are closed.