Pemalas… Kesiannya!
Peribadi

Pemalas… Kesiannya!

Pemalasnya… nak bersihkan kawasan rumah pun sampai jiran tawarkan diri..kesian – komen dari entri di sini Tongkat Ali Tenggek Burung

hahahaha…. kan tak pasal² dituduh pemalas.  Tulis lagi cerita jiran tetangga dalam blog.

Saya tak salahkan dia pun, dia tak tahu keadaan sebenar sebab saya pun tak cerita keseluruhan peristiwa.  Entri pun santai bergambar conteng sana conteng sini bukan serius pun saya nak cerita hal tepi rumah , dalam rumah.

  • Dia tak tau saya perempuan walaupun description blog ada perkataan ‘surirumah’  ( saya letak perkataan surirumah sebab selalu dipanggil ‘bro’)
  • Dia tak tau pun saya isteri yang paling  ditinggalkan disayangi suami –  sayangkan isteri, tinggal tinggalkan… orang² tua kita berpesan.
  • Dia tak tau pun pokok mangga yang jiran saya tebang tu , tepi rumah saya ditanam oleh jiran saya sendiri sebelum saya berpindah lagi.  Dia bersihkan pokok dia, bukan benda yang saya buat.

Jiran saya tu cuma tolong tebangkan HANYA SATU POKOK BUNGA KERTAS bukan sekebun cinta.  Saya letakkan kredit puji pujian untuk jiran saya yang baik hati saja  untuk menghargai seseorang.

Bila kita buat baik, jangan ingat orang lain buat jahat!

Nota : Mengikut data Google Analytics  2010 untuk blog ini:

81.53% – new visits
75.83%  –  dari Search Engine.

Jadi jangan emo² kalau dapat komen dari seseorang yang kali pertama datang ke blog dan tak kenal pun siapa tuan blog.

Lain kali tak nak minta tolong jiran…nak minta tolong blogger pula…hehehe..jangan lari!

©kujie -kalau makcik macam saya ni nak angkat gergaji mesin ( chainsaw ) pun tak larat…macam cerita kartun pula chainsaw tu yang kejar saya!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Pemalas… Kesiannya!

  1. Salam. Selalunya kalu sya singgah kujie2, mesti dah ramai org masuk tinggalkan komen. Kdng2 sya nak menyibuk juga. Sbb sya perhatikan kak jie ada kelebihan membuat artikel yg membolehkan pembaca berbalas2 meninggalkan komen. ( eh..dah lari tajuk ker ni 😯

  2. 😀 “serbu tak pakai helmet” kata org muda sekarang.

    Yang mahal tu, terus jadi satu entry. Bertuah badan.

    Yg pernah panggil ‘bro’ kat Kujie tu, agaknya dia sangka tuan Blog ni nama Fauzi kot? Ahaks 😆

  3. selalu ada sebenarnya…pengunjung yang lost
    dia tak faham kes dari mula

    tapi yang ni special sebab boleh buat satu entri 😆

  4. macam-macam perangai ada. haha.

    teguran akak sangat memberangsangkan. penuh dengan tatasusila dan kesopanan.

    biasalah, datang dari pencarian, komen pun pada topik. kesimpulan sangat mudah untuk dirumus.

  5. hahaha..pandai k jie menegur.
    dia suka kat k jie la tu sampai nak letak juga komen walau tak tau apa-apa. nak bagi tanda kata dia baca..

    macam-macam manusia.

  6. w’salam

    mai lah kita berjiran – kita bergotong royong sama2 😆
    biasa tu…. mungkin pada hari tu je tuan blog teringat, esok lusa dah lupa apa yg lepas…

    tak perasan pun apa yg tak kena dgn komen dulu…hehe

  7. biasanya kita memang macam tu kak long, kadang2 dah ikuti blog tu lama dah…baca sorang2 tak komen

    bukan tak nak komen..tapi malu nak tiba2 menyelit dalam komuniti mereka yang sedia harmoni..kadang2 suka baca komen2 sesama mereka

    saya percaya, yg komen ni bukan blogger tapi kena berterimakasih pada dia kerana bagi idea nak update blog

  8. kadang-kadang ada sesetengah orang suka judge people dari cover nya aja..dalamannya mungkin dia tak tau kan..

    Nak judge orang ni sebenarnya bukan tugas kita pun..yang berhak menghakimi cuma Allah SWT ja..sapalah kita ni nak menghakimi orang lain kan…tanpa kita sedar orang lain pun tengah judge kita juga..so kalau tak nak orang judge kita jgn sesekali berani nak judge orang kan…

  9. siap ada perkataan kesian tu yang lawak

    kalau kesian, tolonglah datang potong rumput …laman dah tinggi
    kontraktor majlis belum datang 😆

  10. rasanya bukan blogger
    bukan blogger saja yang datang ke blog
    mcm cakap kat atas tu ..lebih 75% adalah melalui search engine

  11. hehehe… tu lah bahayanya.. org yg tak tau cerita sebenar akan terus judge dari apa yg dia baca aje… bahaya juga tu… peringatan untuk diri sndri juga.. =]

  12. Haha… tak tahu nak ‘cakap’ apa. Cuma rasa terkejut . Tapi, hakikatnya memang ada orang suka fikir yang negatif je.

  13. yg nie mmg buat saya ketawa besar pasal 1st time singgah blog ini setahun dulu mmg panggil tuan rumahnya BRO…hehehe :mrgreen: :mrgreen:

  14. diawal pengelibatan dlm dunia blogging terutamanya menggunakan self-hosted WP, kak Jie byk membantu saya..mmg saya takkan lupakan..itulah namanya Blogger yg ringan tulang…

  15. senang je kak jie

    dont judge book by its cover!

    dunia blogger ni tak menggambarkan kita yg sebenar secara sepenuhnya 😀

  16. Kujie,
    Selalunya, bila jalan-jalan kat blog yang baru pertama kali dibaca, jarang tinggalkan komen. Ada masa tu baca sesetengah blog tu senyap-senyap,kalau geli-hati senyum sorang-sorang, kalau sedih nangis dalam hati je (hehehe) dan kadang-kala nak komen pun, biarkan dulu sebab ada perkara yang kita mungkin tak faham tentang kehidupan dan diri penulis itu.
    Yang kita baca tiap-tiap hari pun segan nak menyampuk, ini kan pula menjengah pertama kali.
    p/s Sangat beruntung orang itu, pertama kali tinggal komen dah kena ‘highlight.’ 😆

  17. heheheh..terasa k.jie, sy ni mmg silent reader k.jie tp tiba2 tgk k.jie tego kt chatbox, wahh!! tak leh jadi silent dah la,
    ambe stuju tu dgn statement ka-dang -ka-dang tu..

  18. Salam,
    Napelah jiran saya tak tolong bersihkan semak samun kat belakang rumah saya tu ya?

    Dah dua minggu nak tebas tapi masih belum sampai hajat…kalau jiran saya tolong buang semua, saya sanggup hantar semangkok besar tom yam tanda terima kasih 😉

    ampunkanlah dia …saya pun pernah jugak terjah tinggal komen tak tentu hala kat sini, dah post baru nyesal tapi…dah tak leh tarik balik. terpaksalah buat2 muka tak malu 😉

  19. sudahlah selalu orang panggil ‘bro’
    nak kenalah letakkan ‘surirumah’ tu besar2 😆
    moral of the story – kalau kita masuk blog orang dan baca satu entri… itu bukan bermakna kita tahu keseluruhan hidup orang tersebut. 😉

  20. kalau kali pertama tinggalkan komen – kena masuk list pertama yang akan dicari bila masa nak menebas lalang tepi rumah nanti..hahaha

    kadang2 silent2 baca blog orang , tak sempat nak tinggalkan komen..
    kadang2 entri dia dah lengkap penuh fakta, tak ada apa lagi nak ditulis
    kadang2 entri yang tak tau nak komen apa…bukan kita mahir dlm semua hal
    kadang2 blogger tu ada ‘rakan sebaya’ yg segan silu nak mencelah, maklumlah makcik2 ni nak mencelah blog muda mudi rasa segan sikit

  21. waa..sampai cam tu sekali pun ada..tuan umah x prihatin tpi dapat jiran yang prihatin huhu..waa aku jadi pes comentar ni..kembang idung jap..anyway aku slalu mai cni..bukan xknl kak kujie ye..kak kujie je xknl aku haha..al mklum la..aku cuma blogger picisan hehe..rajin2 kan la diri menebas lalang dibelakang rumah anda..;)

  22. Sebab itu disarankan untuk bersangka baik, baru takder kita tersilap terjah bila masuk ke “rumah” (blog) orang lain. Nasib aa kak jie orang yang jenis tak mudah melatah tak tentu pasal. 😀

Comments are closed.