Nilai Sebuah Harga Diri
Peribadi

Nilai Sebuah Harga Diri

Harga diri kita terletak pada watak, perbuatan dan kehormatannya…bukan pada asal usul dan garis keturunan.

jika anda melihat ular menyemburkan racunnya
maka tanyalah kepadanya
siapakah yang meletakkan racun itu di mulutnya
tanyakan juga kepadanya
bagaimana ia boleh hidup
padahal mulutnya dipenuhi racun

Semalam kat masjid jumpa kawan-kawan yang sama-sama bertugas waktu Pilihanraya Umum Ke 12 ( PRU 12 ) tahun 2008. Ramai yang bertanya tak nampak muka… bahasa simbolik tak nampak saya turun padang sama-sama masuk kampung² mencula .

Suami saya di luar negara sekarang . Tahun 2008 kami sama-sama bertugas. Walaupun saya tahu suami akan izinkan kalau saya minta izin untuk ikut serta tetapi pergerakan saya tanpa suami akan menimbulkan fitnah. Lebih banyak keburukan dari kebaikan. Sebab itu saya tak aktif tahun ni.

Mungkin akan kata ‘ Allah tahu niat kita ‘ tetapi saya sendiri bertanggungjawap untuk menjaga diri supaya tidak terdedah untuk diumpat. Orang selalu gunakan ayat ini ” Allah tahu niat kita ” tetapi tidak berusaha untuk mengelak diri dari terdedah dengan pandangan negatif. Kita ada tanggungjawap bukan saja dengan Allah tetapi juga bertanggungjawap menjaga diri dalam masyarakat.

Ini pandangan peribadi saya – orang lain mungkin punya sisi berbeza. Saya bertanggungjawap menjaga diri saya supaya tidak membiarkan orang lagi berdosa dengan menfitnah atau mengumpat saya.

©Kujie –  Esok hari mengundi  Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ….;-)

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Nilai Sebuah Harga Diri

  1. Utamakan yang utama. Saya bersetuju dengan pandangan dan tindakan Kak Jie. Keutamaan seorang wanita apabila tidak bersama suami adalah menjaga maruah diri.

    1. no no..kita tak boleh cakap mcm tu

      ‘lantik lah mulut org nak kata apa pun ‘

      sbb kalau kita elok2…org tak ngata, kan?

      jadi kita sendiri kena jaga perlakuan kita dulu, baru org tak ngata
      sama2 tak dpt dosa… 😆
      dlm Islam pahala tak boleh tamak, nak kaut sorang2
      kita kena share2..kalau masuk syurga mana best sorang..syurga tu luas
      kena ajak kawan2…baru best 😆

  2. sama-samalah kita belajar ikut syariat, elakkan fitnah..biar penat sekarang risau penat dikemudian kelak dah takde gunanya.. wallahualam..moga aku pun dapat amal..huu
    .-= student´s last blog ..Kisah Arnab dan Kura-kura =-.

  3. Salam,
    Semua orang perlu tahu jaga diri dan nama baik sendiri serta keluarga, bukan hanya isteri sahaja. Suami pun kena ada tanggungjawab untuk jaga nama baik isteri. Anak-anak kena jaga nama baik ibu bapa & keluarga juga.

    Walaupun bukan zaman 60-an lagi, namun semua itu perlu dipertahankan, barulah gejala sosial tak membusuk. Namun, ramai yang menganggap itu dah ketinggalan zaman…entahlah!
    .-= Anyss´s last blog ..Hari Yang Panjang dan Melelahkan =-.

  4. itulah yang terbaiknya..walaupun orang kata begitu tapi biar pemikiran kita yang lebih advance dari mereka..selamat mengundi!
    .-= fahmi7´s last blog ..Travelog Indonesia 1 =-.

  5. Ini lah adat hidup bermasyarakat, walaupun niat kita ikhlas tapi orang lain berbeza pulak pandangannya..

  6. betul tu, semua mesti menjaga batas sebagai seorang isteri

    p/s: sy selalu pesan kat isteri, tak yah lah dok mengumpat mengata dgn jiran2 time petang…buang masa je
    .-= mijie´s last blog ..yang hidup pasti akan mati =-.

  7. nasihat yg sangt berguna k.jie..
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa:: Rogol & Pensel dalam alat sulit:: =-.

  8. kak jie memang seorang isteri dan wanita yang baik. 🙂
    .-= zaiMi´s last blog ..Tiada Lagi Facebook Connect =-.

  9. Selamat mengundi ye. Jalankan amanah anda sebagai rakyat Malaysia. Menjaga kehormatan dan harga diri amat penting. Tahniah

  10. sepatutnya semua isteri berpendapat macam kak jie ni..tahu batas2 seorang isteri..
    .-= wanmus´s last blog ..[PENTING] Elakkan Jangkitan Malware Walaupun Dah Ada Antivirus =-.

  11. sangat benar prinsip kujie.
    rajin ikut sama bergotong royong masa pilihan raya ya.
    saya tak pernah ada pengalaman sedemikian.
    tunggu pencen nanti kut

  12. Hm..betul Kak Jie. Kat kawasan rumah mak ayah saya, wanita yang tiada suami (samada kes macam Kak Jie-husband di oversea, atau balu) jika gerak geri mereka ‘terlampau’ atau terlalu ‘menonjolkan diri’ memang jadi fitnah, walaupun di kalangan AJK-AJK masjid dan surau.
    .-= LinaRahim´s last blog ..Quote Of the Day (1) =-.

  13. takpe… elakkan diri dari fitnah, itu lebih baik..
    .-= Ikhtiar2u´s last blog ..Hatinya Di Masjid =-.

    1. nanti mintak tolong kak jie carikan…macam kak jie bagus dijadikan mak mertua heehehwe

      1. gatai..hahaha..anak dia kecik lagi weh..berjanggut la nak tunggu…
        .-= Azizuan´s last blog ..Travian Speed Server Malaysia Season 4 (MYX4) Bermula Malam Ini 28 April 2010 =-.

Comments are closed.