Peribadi

Nak jadi apa lepas ni…

Semalam saya baca message yang Yonna tinggalkan di Msjbox.

” dah abeh belajo dah, tatau nak keje ape lepas ni…mama”

Biasa kita dengarkan ayat ni…Graduan menganggur. Kenapa ye? Salah graduan memilih kerja atau memang kerja tak ada atau kursus / bidang yang dipelajari di IPTA/IPTS tidak memenuhi kehendak pasaran.

Banyak kolej dan universiti di buka tetapi banyak kilang yang dah ditutup/ berpindah ke negara yang tenaga buruhnya lebih murah seperti di China. Tak lama lagi rakyat Malaysia pula yang menjadi pendatang di negara orang… dah ada pun!

Tahun ini 5 orang anak saudara saya akan habis belajar. Ada seorang lulusan Fizik Bahan dari UTM tetapi sekarang bekerja di bidang IT, jauh tersasar dari kelulusan.

Anak² saya…
Along kemungkinan besar akan meneruskan tugas suami saya. Terus menjadi freelance surveyor. Kemudahan, pengalaman dan jaringan perhubungan yang terbina sekian lama akan diteruskan oleh anak saya. Mungkin kerana sebab itu memasuki sekolah teknik bukanlah pilihan yang salah walaupun saya pernah terdengar pendapat kredibiliti sekolah teknik sudah merosot. Along telah pasti hala tuju dan masa depan bidang pekerjaan yang akan diceburi walaupun baru melepasi tahap PMR.

Ramai yang telah menghabiskan pengajian bertahun² di IPTA/IPTS tetapi masih tidak pasti “nak kerja apa “.

Angah? Ini putera lilin. Langsung tak berminat untuk kerja² di tapak pembinaan. Kecenderungannya pada bidang research. Intan….Intan baru 9 tahun. Biarlah dia habiskan zaman riang ria kanak² dengan sempurna dulu.

Yonna said…mama bahagia kan?
Sentiasa bersikap positif dalam hidup yonna…mesti bahagia. Makan hati dengan kata cela fitnah orang? What go around come around. mama dapat 3-4 msg ” saya cuma mendengar dari sebelah pihak, kalau nak share bolehlah cerita dengan saya”. Ohhh….. Ada cerita sebelah pihak rupanya… bertahun² kenal mama, pernah Yonna dengar cerita dari pihak mama? Bila mama tak bercerita, mama tak berhutang dengan sesiapa sehingga ke akhirat. Mama balik kampung Isnin ni….kita lepak Penang jommm…erk…dah mengatal nk planning berholiday la pula….kehkehkeh

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Nak jadi apa lepas ni…

  1. Akak, kalau susah…
    SKg nih, lepas habis degree je, suh amik KPLI…
    Semantara stok masih ade…sampai sblm 2010 nih…
    Tapi sebelum ape-ape, kene pupuk minat la…tak minat tak jadi gak..

  2. alahai..pemesye yonna lam ni :p
    ngee..
    bab kerja tu..
    err..
    tatau nk komen ape..
    i’m looking for that,mama..

    jap2..
    yang cerita sebelah pihak tu ape ma?actually tu utk yonna ke?
    yonna sebenarnye tatau ape pon ma..
    ape yang yonna tau hanya melalui blog mama..
    itu sahaja..
    so,sape sebelah pihak tuh mane yonna tau..
    hee
    ape sbnarnye eh ma?
    ok,
    nnt dtg penang inform okies..
    kite gossip sesame :p

  3. Salam…
    Teringat masa memula su abih belajar. Sambar je apa-apa keje yg rasa boleh buat. Interview berbelas-belas kali sblm dpt keje. Surat permohonan keje tak yah cakaplah… mmg banyak. Sudahnya dapat keje yang tersasar dari apa yang belajar sblmnya. Apapun syukur sgt… rezeki tetap ada bila disertai dgn usaha.

    Bila baca catatan kak jie kat bawah enty kali ni, su teringat satu petikan dari terjemahan kitab Mukashafah Al-Qulub (oleh Imam Al-Ghazali)yg pernah dibaca ada menyebut; “…Mengadu adalah maksiat bagi orang yang beragama. Bagaimana tidak, ia telah mengadukan perbuatan Tuhan Yang Maha Kuasa kepada hamba yang tidak punya kuasa apa-apa. Alangkah baiknya jika seorang hamba tidak tahan hendak mengadukan bala yang menimpanya, mengadukan kepada Tuhan yang mampu menghilangkan akan bala. Merendahkan diri dihadapanNya adalah mulia. Mengadu kepada selainNya adalah hina. Dan melahirkan kehinaan kepada sesama hamba amatlah buruk!”

    Berhati-hatilah saat berbicara, bercerita, meluahkan rasa sesama kita kerana jika tak berhati-hati, banyak keburukan yang mungkin muncul tanpa disangka-sangka. (Menulis dan berpesan sekadar mengingatkan diri sendiri dan juga sahabat2 blogger yang su sayangi…)

  4. huhu. diya dh dpt rs dh ni… keje diya akan dtg might be jauh tersasar dr apa yg diya blaja skang… maybe sbb minat kot… kdg apa yg kita belajar, tak smstinya kita minat… then, bila kita habis blaja… msti kita nak search keje yg suit ngan minat kita kan mama… 🙂

  5. KPLI beribu org mohon..

    betol utk yg minat je..jgn laa tutup peluang org lain kalo tak minat..

    sabar & penyayang penting bila nak jd cikgu mcm abe aku & my precious :p

    huahua angkat bakul sendiri.. 😀

  6. uncle – keje ape pun kalo kita buat dgn relahati… satu kepuasan…nk jadi cikgu ni kalo boleh biarlah kerana betul² berminat…bukan semua org berbakat sebagai pendidik … kena ada kesabaran yang tinggi.

    ttp..ini juga mungkin satu peluang yang menarik jika berminat..

    ramai blogger² cikgu…hepi je tgok life dia org..tak gitu cikgu panji?

    hehehehe..

    Yonna…..bangun lah wei…tido sampai matahari tegak tu..meh baca ni..petua dan cadangan dari Uncle…

  7. ehem ehemmmm, teman nak menyibuk sikit…rasa-rasanya, buat masa sekarang, keroja guru ni makin menarik… cuma perlu dedikasi & kesabaran… sebagai ganjarannya, haaaa kerajaan baru2 ni dah bagi insentif cukup menarik pada cikgu2 ni.. gaji besar & cepat naik pangkat… kalu yonna & mana-mana graduan yg takda keroja tu, coba2lah daftar diri kat Kementerian Pelajaran sebagai guru sandaran… lepas tu buat KPLI & baru kompem…. cobalah…

  8. chii – nk tawen ke chii?

    apa pun..moga dipermudahkan segala urusan…moga impian tercapai

    cikgu – nak jadi ape pula….erkk… ko ingat org kaya tu tak keje ke….derang pun kena keje gak…cuma tak mcm kita la kot..

  9. mz – salah eja ke..alamakkk..x dpt 100% la ni..huhuhu…musim anak2 bawa balik kertas peksa…

    ziana – tapi kesian gak kt derang tu… tatau nk nolong mcm mane..

    cuti..hahaha…best…

    boleh bangun lewat..kahkah

  10. kalau saya kaya makan k Jie, mahu rasanya saya berenti kerja. Bagi org lain pulak kerja…hehe.

  11. insya Allah tade pape…akhir bulan 5 ni chii grad..tp convonye taun dpn :((..huwaaa..kesilapan diri sendiri…

    dlm pala da pk nk wat sumthing..ehehe

  12. graduan terlalu ramai…and kerja xde…. tuh lah hakikatnye kan..

    so utk sementara, jgn memilih kerja.. jd mcm anak buah kakjie, grab jek ape yg ade… yg penting pengalaman…
    then slowly carik yg lain
    🙂

    cuti skolah?
    best nyee..
    jln x jem
    🙂

  13. psstt .. salah eja ‘menggatal’ tu :p. kang jadi suatu daerah d negeri sabah plak :)) ekekeke
    *tu lah. dah menggatal sangat nak gi coti2 ek?*

Comments are closed.