Peribadi

Laporan polis kes ragut

laporan polis kes ragut
laporan polis kes ragut


Ini laporan polis kes saya diragut…itu cerita saya…kalau sesiapa nak jadi penyiasat, sila lah kemukakan pertanyaan ye..

Minta maaf kalau saya tak sempat nak jawap atau balas panggilan atau nak balas sms… masa tengah bersoal siasat tu ramai yang menghubungi….terimakasih semua tetapi maafkan saya kerana saya tak tahu nak balas sms tulis apa….blur!

Jangan sesapa gatal nak tanya gambar peragut tu ye….:twisted:

Polis tu cakap dengan saya

1- Jangan ikut jalan tu bahaya ( jalan tu sepatutnya di tutup untuk laluan orang awam kalau bahaya )

2- Jangan keluar seorang diri ( Nak je saya cakap – lain kali kalau saya nak ambil anak sekolah, encik boleh escort. Tak kan saya nak ajak sekampung untuk ulang alik urusan harian ambil anak sekolah, pergi kedai )

3 – Jangan pakai gelang emas ( Gelang saya tu dah lebih 10 tahun, berdaki pun….memang pakai harian bukan berkilau kilau meransang pandangan mata orang. Saya bersalah sebab memakai rantai tangan. )

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Laporan polis kes ragut

  1. Salam KakJie… Lama saya tak singgah blog akak, baru tau kakjie kena ragut. Kuatkan semangat, walaupun pastinya lepas ni sure Kakjie fobia. Saya pun dah pernah rasa kena ragut. Fobianya sampai sekarang, bila jalan sorang2 rasa macam ada orang dok ikut belakang. Cuma saya bernasib baik tak cedera je. Semoga kakjie tabah ye…

    Fikriahs last blog post..Tetamu Dari Malaysia

    1. @Fikriah, terimakasih….itu laluan kakjie..fobia ke tidak kena lah lalu
      tak kan nk pindah dok planet pula kan
      kak jie ok dah ni… :mrgreen:

      terimakasih ye

      entri lama dah ni..

  2. owh…..mama wish apa2 doa tuk sy plzz…dpt suami yg baik ke..or smthing la (doa org teraniaya termakbul okey)

    YA Allah jauhilah aku daripada jiran. kwan dan suami yang buruk..amin… (ni doa sy siang mlm)

    nota kaki : …..jgn jdk bt api..x baik tau (utk org ke-3….eh..eh..org ketiga tu syaitan ok..bkn org)

    1. semoga mama x fobia k…smg sihat sepenuhnya…sapu ubat….jap g ilang la parut tu…..

  3. Ya ALLAH Jie… minta maaf opah tak tahu cerita. Nasib baik Jie tak diapa-apakan. Syukur alhamdulillah. Memang penjenayah zaman sekarang ni bukannya dia orang kira, gelang tu dah berdaki ke tidak. Asalkan boleh buat duit, dia orang rembat. Doa ajelah kat ALLAH, Jie. Itu aje yang kita mampu dan berharap pihak polis akan tangkap mangkuk hayun tu.

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  4. setulus simpati diucapkan pada mangsa… moga ketabahannya dalam mengharungi hidup akan menjadikannya hamba Allah yg bertakwa… moga penjenayah menerima musibah atas apa yg dilakukannya…

    psstt: mak saya pernah kene ragut rantai leher emas kat depan rumah… india juga pelakunya…

    Kill-Vearns last blog post..Aku dan Kebuntuanku

  5. saya dulu pernah disamun dengan parang panjang..then panjang gak lah report polis yg sy dan kawan karang..apapun bersyukur nyawa ini masih milik kita. :mrgreen:

    catzers last blog post..F1 Malaysia 2009

  6. Mak aku walaupun kena ragut sampai tersiat kulit..Dia tak nak gi report polis…
    Pelik aku..

    Lelaki Melayu Ke2 Terakhirs last blog post..Ramalan Keputusan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai

  7. Boleh bagi info sbb gang sepupu sayer mmg melepak kat area serendah. kalau ader ni plate lg cantik. Kalau dapat lemik jawabnye..

    haritzs last blog post..April Fool Or Bloody Fool

  8. owh.. ingat lagi… mak zana diragut beg ngaji dek pencuri. india gak.

    dlm quran ada la duit pengajian nak bayar ustaz.

    sedih gile mak zana. mmg la… quran tu. india amik paling2 dia buang. mmg

    ke ‘sana’ la engkau nnt!

    iskh… geram2!

    Zanas last blog post..Work-Ing

  9. kesian kak jie… teruk gak luka kak jie tu.

    tak lama lagi… ada la berita pencuri mati katak. ekekeke..

    india plak tuh. ampeh tol!

    suh keja takmo. curi je pandai buat.

    kekadang polis taklhe buat apa kak. dia leh amik report ngan tempat kejadian je ler

    pastu, report masuk file. closed case!

    Zanas last blog post..Work-Ing

  10. mama.. glad to know that u’re ok.
    even berdarah kaki and tgn..
    tapi berdarah hati pun too bad la kan ma?
    ooppss! terlebih sudah :p heee

    mmg standard la polis suka kata gitu.
    patut pun kak neeza ckp suro diorg ulang tayang je kaset tu.
    mmg tgk jalan tu pon dah tau sunyi sepi..
    so tutup je la.takyah kasi terbiar je
    ma,mmg itu je ke jalan? heee
    or tu jalan shortcut?

    lenkali nk keluar,
    suruh 20 polis escort mama :p

    yonnas last blog post..penebar roti canai?

  11. Semoga kak Jie dalam keadaan baik2 sahaja..dan luka cepat sembuh.
    take care

    zues last blog post..

  12. kesian polis asik kena kutuk bila org ramai kena ragut,kena rompak,kena rogol,kena culik,kena itu dan ini..

    polis mcm org lain gak ade perasaan bkn robot yg dibuat dari besi..

    mcm cikgu..bila anak ‘bengong’ cikgu yg salah..tp bila anak dpt 20A anak yg bijak..

    bila kita tunjuk satu jari kat org empat jari akan tunjuk kpd kita semula..so byk2 muhasabah diri..

    takecare my dear 🙂

    combis last blog post..my 24th anniversary

    1. @combi, bezanya bidang tugas polis mengawal keselamatan orang awam
      nasihat bagus tetapi nasihatlah sebagai orang dewasa yang berstatus polis
      jangan nasihat macam tak ada akal

      kalau komen tak boleh tenangkan magsa tak baik bercakap combi
      kesian mama jie

  13. Salam Jie…..

    Harap2 dah ok sikit… Eh…tukar balik template asal, ek… Tie suka gak yang ni.. 😉

    Rehatlah cukup2….pasni boleh citer2 lagi………

    Ties last blog post..suka suka lagi

  14. Sedih la kejadian jenayah semakin menjadi-jadi. Dengan keadaan ekonomi tak menentu sekarang tentu lagi banyak berlaku perkara macam ni nanti.

    inertzs last blog post..Najib Perdana Menteri baru Jumaat ini

  15. laaa.. Kak Jie ke yang kena ragut?? kesiannya Kak Jie..
    teruknya peragut kurang asam boi tu..
    soalan polis tu biasalah.. heheh.. soalan standard.. patutnya dia pasang je kaset dan pasang aje semula.. memang menyakitkan hati kan..

    sabar ye kak Jie.. banyakkan rehat so that cepat sembuh kaki Kak Jie..

    Neezas last blog post..Nasi Lemak Antarabangsa

  16. Jalan tu jalan pintas ke? Bende2 mcm ni bukan saje jd kat jln mcm tu aje. kat tengah2 bandar yg tersangatlah sibuknya dgn org ramai-ramai pun kalau dia org tu nak meragut, dibuatnya jugak!
    Kak Long pun setuju dgn belalangdewa, patutnya polis tu bukan asyik larang mangsa tp patut larang penyamun tu daripada menyamun.

    Kak Longs last blog post..Perempuan Melayu Terakhir

  17. saya bersimpati atas kemalangan yang menimpa kak jie. mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan mungkin ada iktibar yang kita bersama boleh ambil.

    Syams last blog post..Riang Ria Rabu

  18. macam tu lah biasanya… polis akan menghukum mangsa sebelum menghukum penyamun. macam-macam syarat dan ‘jangan’ kepada mangsa, sedangkan penyamun terus menyamun di tempat lain… macam yang polis tu suruh jie…. jangan lalu jalan itu lagi…. jangan jalan sesorang…dan jangan pakai barang kemas. Jie patut tanya dia balik…tak boleh ke polis larang penyamun tu supaya jangan menyamun..?

  19. Lama saya tak menyentuh blog dan menziarahi sesiapa. Kes yg macm ni ler yang paling ditakuti utk berlaku. Biasa kita dengar dan baca kes2 mcm ni berlaku kat orang ramai dan kita tak sangka beda yg sama akan berlaku pada diri sendiri…… sebenarnya kita tak selamat di negara sendiri hatta dalam rumah sendiri pun.

    Semoga tabah ye kak jie.

    TokNabes last blog post..Apa Khabar ?

  20. kak jie, arin baru sempat tgk blog kak jie..alahai..pagik tadi baru tgk MHI pasal bab ragut meragut..tengok2, blk umah petang nih, bukak net..baca kak jie nye blog, kak jie lak jadik mangsa..sabar ye kak jie..harap2 peragut tuh kene le tangkap sehari dua nih kot dia aniaya org lain lagik..

    arins last blog post..Selling Novels at RM25 Including Postage

  21. perh..ngeri gila cerita…skang kes2 camtu bersepah2 sangat…polis pun x larat nak kepong dah benda2 camtu…tambah lak dekat2 prk ni..polis keja part tyme tmpt len 😀

    **patah tumbuh,ilang berganti..nnt cik abg kak jie ganti baru la maunya..haha :mrgreen:

    aloqmalais last blog post..PM baru..yeye!!!

  22. yang penting mereka tak apakan kak jie.
    memang bab ragut ni selain warga asing, bangsa tu paling ramai, benda yang nak diragut tu tak berbaloi kalau depa kena hukum. Pengajarannya, anak kak jie, memang takleh dibiarkan balik pergi sekolah sendiri. Bahaya jalan tu.

    zanys last blog post..Apa Dah Jadi?

  23. kekadang pak polisi kita pun tak praktikal gak!

    Ada pulak tu, silap haribulan dinasihatkan kita tak payah buat report. Apalagi malas nak buat kerja atau katanya siasatan yang leceh, tak praktikal dan memakan masa yg lama…

    “so dia pakat buat dont know jerk!” haru cheq
    huhuhu…..

    Jom malam nie kita pakat baca Yassin, kita doa ramai2 agar fitnah itu tidak berulang dan orang melakukan kejahatan itu menerima ‘petunjuk’ sewajarnya!

    Termasuk lah si minah atau abang polis yg bagi nasihat berguna itu!

    huh!

    mazas last blog post..Dua Pasang Mata Merah Menyala Menerpa

  24. Salam kak jie…
    Ya Allah… terkejut su baca kisah kak jie ni… Syukurlah kak jie tak apa-apa, cuma cedera ringan. Su doakan kak jie cepat sembuh. InsyaAllah.

    Su nak kongsi satu amalan yg su memang tak tinggal. Mungkin kak jie pun dah tahu dan amalkan. Cuma su ceritakan kat sini untuk kongsi dgn kak jie dan kekawan yg lain.

    Su sering baca Bismilah 5 (klik sini) dan ayat penggerak(klik sini) bila nak keluar rumah dan masuk rumah. Memohon agar Allah pelihara diri dan keluarga.

    suaras last blog post..Jauhi 4S4F

Comments are closed.