Kisah Ibu Anak Tiga Dan Seekor Jenahak
Peribadi

Kisah Ibu Anak Tiga Dan Seekor Jenahak

27 Ramadan 1432H

Pergi pasar pagi di Batang Kali, beli ikan jenahak seekor.  Niat nak masak untuk anak² yang balik berkumpul.

brader ni jual tudung siap buat demo..penyeri pasar pagi!

Tenghari saya buat biskut cornflake madu sambil bervideo cam dengan suami.  On camera  dan dia tengok saja saya ‘bersilat’ di dapur.  Itu saja kemampuan suami isteri jarak jauh untuk berkongsi rasa, suasana dan aktiviti bersama.

Along dan Angah pertama kali keluar bershopping bersama-sama.  Mak semakin hilang kuasa untuk menjadi penentu fesyan anak² remaja.

Kejiranan kami semakin sepi, nasib baik jiran sebelah rumah saya memang beraya di sini. Kakak ipar selang selorong pun belum balik.

Sedang sibuk² di ‘work station’  menyediakan masakan untuk berbuka saya intai nyalaan biru tulen Gas Petronas segan silu nak melentuk meliuk nyawa² ikan. Ikan dalam kuali baru separuh masak.

Peristiwa tahun lepas berulang lagi , jatuh ditimpa tong gas! Bukan tak nak simpan gas tetapi untuk stok satu tong gas saya memerlukan masa lebih 6 bulan untuk habis. Risau juga untuk simpan gas lama² dalam rumah.

Telefon perkhidmatan penghantaran gas, sampai sekarang pun belum muncul.  Saya masukkan ikan dalam ketukar dan bakar. Akhirnya ikan jehanak goreng saya jadi ikan bakar. Potong cili, bawang besar dan tomata, letak belacan, gula dan garam. Jadilah menu segera yang menyelerakan.

Berbuka berdua juga dengan Intan sebab Along dan Angah tak sempat sampai rumah, tersangkut dalam kesesakan jalanraya.

kalau ibu anak 7 dengan seekor lembu…kehkeh

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Kisah Ibu Anak Tiga Dan Seekor Jenahak

  1. hahaha ni la entry gas habis tu! ngeh ngeh. ingat lagi mama tweet hari tu.

    aihh otak mak2 memang cekap and kreatif. kalau yonna kat tempat mama, comfirm bukak puasa minum air mata hahaha.

  2. memang tak suka kes ditimpa tong gas tu..
    buntu dibuatnya..
    selamat hari raya buat kak jie sekeluarga…
    maaf dipinta jika ada tersalah kata terkasar bicara..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Diskaunlah konon!My Profile

Comments are closed.