Intan tak sihat hari ini. Batuk dan selesema tetapi saya suruh dia ke sekolah juga. Lepas perhimpunan saya datang ambil surat sekolah dan bawa dia ke klinik.
Seronoknya datang sekolah pagi-pagi Isnin. Selepas perhimpunan ada spot check. Macam-macam ragam boleh dilihat.
Saya kerap ke sekolah dan kenal ramai guru-guru di sekolah Intan. Dari zaman Along dan Angah pun masih ada cikgu yang kenal.
Tadi terjumpa Cikgu Rohana, dia tegur ” ni mak Amirul ye” Dah 5 tahun berlalu, cikgu masih ingat anak-anak saya.
Di pejabat sekolah, menunggu sementara borang siap diisi dan tandantangan Pengetua untuk balik, terjumpa Cikgu Hailah yang menguruskan kelas tuisyen untuk Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Dia tanya Intan dah daftar atau belum. Kelas dah bermula minggu lepas. Bila saya beritahu belum , dia suruh tunggu dan dia datang kembali dengan borang untuk di isi.
Kemudian guru tingkatan Intan pula datang. Tahun ini, baru 2 kali jumpa guru tingkatan yang mengajar Intan. Mesranya bersalam dan berpeluk.
Saya memang kenal cikgu-cikgu yang mengajar Intan. Cikgu Asmah mengajar BM jiran setaman dan Cikgu Yati yang mengajar Matematik saya kenal sejak 3-4 tahun sudah sewaktu hadiri pengajian.
Tak bolehlah nak bergedik sangat kalau semua cikgu dah kenal ibubapa pelajar…hihihi
Balik dari klinik, jiran saya hantar bunga. Seronoknya Intan…. wahhh….orang sakit dapat bunga.
Sebenarnya jiran saya yang baru selesaikan majlis perkahwinan anaknya minggu lepas , jambangan bunga yang digunakan sewaktu di majlis ada banyak. Dia bagi kepada jiran-jiran. Bukan saja bunga, kuih muih dan lauk pauk pun di hantar ke rumah.
Syukur Alhamdulillah… bukan saja ada cikgu anak-anak yang baik , jiran pun pemurah .
saya mau kue nya aja, bunganya tidak usah.hehehe
hubungan dengan guru harus baik baru tak jadi salah faham antara ibubapa dan guru
penting tu hubungan guru dan murid dan juga ibu bapa..memang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan murid juga 😀
semoga cepat sembuh intan..
tu lah yg sebaiknya..kita kenal cikgu anak2.. supaya diorang pun tak boleh nak kelentong kita..hehehe..bukan menuduh..berjaga jaga.. pasang mata di mana mana kata orang..
cantik bunga tu kak
bagus dapat cikgu yang baik kak… rezeki tu…
Bestnya dapat jiran baik mcm ni
padi td dengar radio THR membincangkan pasal seorang ayah yg buat report polis psl anaknya kena rotan oleh cikgu….susah gak jadi cikgu skrg ni. byk dugaan dan cubaan…
Sekarang ini musim demam dan selsema. Anak-anak saya tidak terkecuali. Kalau sudah kenal cikgu memang susah kalau tersalah langkah.
Bestnya dapat cikgu peramah dan jiran yg mesra…
Nak bunga juga…
bestnya Intan dapat bunga. dulu masa abang kawin, kami guna bunga betul untuk hiasan pelamin, khemah semua lepas tu dah habis majlis….kemain semua berebut nak bunga tu.siap panjant2 lagi.hahahahah
tak perlu masuk ward pun dapat mungeeee…semoga cepat sembuh yer, intan.
Alhamdullilah kak… =)
rezeki intan. dapat bunga. wahh..
Saya tak sabar tunggu anak-anak besar, sebab teringin nak jadi ibu macam kak kujie, idola saya.. ^o^
ada bagi bisnes kad dekat cikgu² ngan jiran tak kak jie?
hehe
kak jie tak pernah war war diri sebagai blogger kat luar
kalau boleh tak nak org tahu pun… 🙂
Bukan senang ibu bapa nak datang sekolah tapi kak kujie tak.
Antara tips untuk anak berjaya dalam pelajaran sangat penting ibu bapa mempunyai hubungan dengan cikgu-cikgu yg mengajar. Kejayaan bukan sekadar mengadap buku sahaja tetapi ada lebih dari itu yg rahsianya hanya ALLAH sahaja yg tahu.
menyimpan petua ini untuk masa yang akan datang, inshaa Allah
Alhamdulillah. Rezeki dan rahmat yg besar bila dapat jiran2 yg baik camni…bestnye!