Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah… saya dan keluarga sihat segar bugar. Semoga kawan² dan pengunjung blog ini juga sihat, bahagia dan sejahtera dunia akhirat. Kita sama² saling mendoakan.
Sepanjang 2 minggu yang dihabiskan dengan kesibukan ke sana ke sini, uruskan itu ini dan tempuh begitu begini, waktu hampir tiba kepada detik babak yang tak berapa seronok untuk dilalui.
Suami akan kembali ke Algeria 8hb Jun 2011.
Sebelum ke tarikh tersebut, kami akan balik kampung sekali lagi untuk berjumpa mak. Saya berkongsi lelaki dengan seorang lagi wanita , kena terima hakikat tersebut…hiks!
Sepanjang 2 minggu saya on off, kekejap ada sekejap hilang saya terima banyak email bertanya itu ini begitu begini mengenai blog. Mohon bantuan dan minta pendapat. Maaf kerana saya kurang feel untuk menulis menggunakan keypad telefon bimbit. Jari jadi kelu!
Minggu depan saya balas ye…selepas habiskan baki cuti sekolah bersama anak². Ada 3 jemputan untuk ditemuramah termasuk dari seorang penulis personal finance blogger.
Tetapi hari ini saya nak kongsi satu email menarik yang diterima , ambil point penting sajalah.
blog kak jie selalu dlm top ranking, tp knp jarang nmpk kak jie dgn blogger2 top yg lain?
Telan air liur untuk menjawap soalan ini. Saya boleh menjawap dengan 1500 patah perkataan tetapi jawapan tersebut tentunya hanya nampak seperti membela diri sendiri atau cuba menyalahkan orang lain.
Jawapan pendek yang saya balas
Kerana diriku amat berharga!
Saya cuba menetapkan prinsip ‘bersederhana’ bukan sekadar ucapan manis tetapi dalam menempatkan diri di dunia tanpa sempadan ini. Kadang² atau selalunya saya juga tergelincir dengan godaan diri sendiri.
Identiti diri saya bukan rahsia dan saya dah berjumpa dengan ramai blogger tetapi saya juga masih perlu mengekalkan zon selamat dalam kebebasan sosial dunia online.
Saya perlu terima hakikat bahawa menjadi blogger sekarang bukan lagi seperti kami 5 tahun dulu. Saya perlu juga mengakui saya tidak boleh mengubah keadaan tersebut tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah mengawal diri sendiri, mengingatkan diri sendiri had dan sempadan di tahap mana saya perlu berada.
Saya menjadi blogger bukan untuk menjadi popular. Kalau ada pun ranking itu ini yang blog saya tersenarai, itu adalah pemberian google atau alexa. Mengikut firasat rahsia tarikh lahir kajian Dr Fadzilah Kamsah , tolak campur, darab dan bahagi tarikh lahir saya semuanya berakhir dengan nombor 9 yang membawa maksud Glamour , Glamour dan Glamour .
Lagi satu, saya pelik bila blog ini dirujuk sebagai ‘pakar SEO’. Cuba check entri saya, mana SEOnya..semua entri datang dari kehidupan harian bukan isu sensasi. Blog SEO biasanya mengfokus kepada isu sensasi , isu semasa atau isu panas yang meraih perhatian.
Kehidupan saya bukan semata² dalam talian. Saya ada kehidupan indah dunia realiti.
p/s – apasal tetiba rasa macam entri ‘maruah diri’…aish!
Masjid Negara – majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
sebenarnya ada isu lebih penting untuk ditulis tetapi bukan dalam mood sekarang. Masih ingin bersantai menghabiskan masa berharga bersama.
Salam kak jie,
Walaupun jauh nak berpisah dengan suami tercinta, namun apabila dapat bersama, ianya terasa dengan suatu nikmat yang tidak terhinggakan.
Saya doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga.
Jom terjah post menarik dari PakarBuahPinggang ..Kenali Diabetis Insipidus Bah 2
Ada banyak ilmu dan panduan apabila singgah di blog ini. Slmt berkarya kakjie
Jom terjah post menarik dari MEKAR ..Lelaki Teransang 30 kali Sehari
sejak jumpa blog k.jie, hari2 mesti cek. kalau tak bc entry terbaru sy akn bc entry lama yg blm sy selak.tq k.jie
Jom terjah post menarik dari nisa ..Perubahan Angka
Memanglah kujie bukan pakar…cuma tips2 tuk berblog tu yg paling berniali…:)
Jom terjah post menarik dari yas ..SBC June 2011 Giveaway
Assalamualaikum,
Selamat bercuti dan isi masa berharga berkenaan sepenuhnya.
Dunia maya biarpun indah, realiti pastinya lebih menawan 😉
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Gotong Royong Tanam Lalang Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
saya suka cara kak jie, glamour yang bukan dicari. teringin nak jadi mcm kak jie 😀
Jom terjah post menarik dari fina fento ..Permasalahan penyakit pelupa ni teruk jugak eh
tak popular dengan muka pun takpe..asal popular dengan penulisan
Jom terjah post menarik dari aizuddin ..Bulan Rejab – Pengertian- Peristiwa Penting & Amalan Sunat
ai loike…ai loike 😛 😛
Jom terjah post menarik dari chekguBH ..Routine Weekend- Senamrobik @ Dataran Shah Alam
kan jauh bezanya orang lama ngan orang baru ni.
Jom terjah post menarik dari Apih ..Koleksi Pakaian Menarik Dari Fokus Klasik
kak jie kalau dah dapat keyboard,panjang lebar la dia menulis. 🙂 apa2pun selamat maju jaya untuk kak jie
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Wabak Ecoli kini di 12 negara
salam kak jie , tk tahu lah org lain ..tapi apa yg saya suka disini simple …kak jie seorang yang simple ..itu yg saya suka 😳
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Dah Ambil Dah Pakai
cantik gaya penulisan blog ni. Content yg frsh dan unik mcm ni mmg boleh menang dlm SEO
Jom terjah post menarik dari afzal laidin ..Jangan makan timun- tomato- salad kalau…
popular dlm hati pembaca kak jie ni…hihihi…semoga gembira dgn cik abang dan anak2 ye kak jie 🙂
Jom terjah post menarik dari epel ..Anugerah
Yang dikejar pasti lari
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Renew Road Tax kenderaan online
seo kakjie biasa-biasa tapi segar sepanjang zaman. yang orang cari. setiap orang ada kelebihan masing-masing dalam berblog.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Innalillah Sakit Apa
Kak Kujie ada identiti tersendiri. Saya ingin ikut gaya sederhana itu, wpun kadang2 terbabas juga terkeluar dari zon itu dan termasuk ke zon yang tak sepatutnya.
Selamat bercuti sepuas-puasnya bersama suami tersayang dan anak-anak…
Jom terjah post menarik dari azieazah ..Pengalaman Baru
Assalamualaikum, jujurnya saya banyak belajar daripada tulisan di sini. Justeru, terus menulis….
Glamour andai diguna kena pada tempatnya, boleh membuahkan pahala namun jika sebalik, dosa juga boleh menimbun… 🙂
Jom terjah post menarik dari Zahiruddin Zabidi ..Percubaan- Menjadi pemudah cara dua program besar Master of caremony-MC
saya takut pada glamor… tp saya suke menulis blog… ibarat menulis diari bergambar utk tatapan anak-anak… sambil tu blog sebagai tpt menyimpan resepi yg saya suka masak… itu je… nak jana income atau nak glamor tu… emmm… tak kisah laaa…. ada terima… takde tak apa…
Jom terjah post menarik dari Maria ..saya dah pulang –
tak pernah merasa masa jadi blogger dulu,walaupn dah ada blog sejak 4-5 tahun lepas..sebab menulis blog langsung tak ada interaksi dengan blogger lain sebab tak tahu…hahaha
Jom terjah post menarik dari yusri ..Kau kena Hukum mesti tweets 100 kali
Saya pun makin kurang menulis entri kerana saya mahu interaksi komen berbanding menulis entri dengan banyak kuantiti banyak. Bagi saya menulis dan membaca komen di blog adalah terapi 🙂
Apakan daya, kene ikut trend semasa 🙂
Jom terjah post menarik dari juanita ..Saya Seorang Blogger
tu lah 3 minggu kejap je. nampaknya raya tak balik malaysia le tu…(isshh, memandai je haku ni)
Jom terjah post menarik dari jemarioren ..KLIA dan silaturrahim
Akhirnya dapat jugak baca post yang panjang sikit..
Kalau tak kebelakangan ni entry seciput je..
Tak puas nak baca
Selamat kembali kak jie..
Jom terjah post menarik dari Nadya ..Makanan sedap & murah di mana-mana 4
diri ku juga berharga… 😆
“Lagi satu, saya pelik bila blog ini dirujuk sebagai ‘pakar SEO’. Cuba check entri saya, mana SEOnya..semua entri datang dari kehidupan harian bukan isu sensasi. ”
Perlu tak saya istilah teknik kakjie ni SEO deria ke enam? hehe. Saya dah lama perasan hehehe
Saya pun sama fikiran dengan kakjie, blogging skg lain dgn dulu. Kita lah yang pilih yg duduk kat mana, merendah diri adalah sebaik-baik pilihan.
Jom terjah post menarik dari Affan ..Sedikit perubahan pada blog
macma biasalah kak jie.. kita menulis bukan kerana nama.. tapi suka2 hati kita lah.. ahaks..
erti kemerdekaan gitew.. hehehhee
Jom terjah post menarik dari maza ..Tha’labah bin Abdul Rahman
kak jie dulu kawan saya ada kata “jangan asyik memandang langit hingga lupa berpijak di bumi”…
Jom terjah post menarik dari azura ..Trailer Filem Azura 2011
saya nak tumpang glamor la, kak jie…selamat bercuti kembali..
kehidupan offline itu bahagia
Jom terjah post menarik dari mijie ..Hasil yang tak seberapa
Saya pasti Kak Jie lebih tahu perihal ‘diri’ juga ‘hati’ dan ‘jiwa’ sendiri. Selain Sang Pencipta yang kenal semua ciptaanya lebih dari kita mengenali diri kita sendiri.
Zahirnya, siapa lagi yang nak diharap menjaga hak dan maruah kita?, Jika bukan disahulukan dengan diri sendiri.
Glamour@dikenali tak salah! Tapi bukan itu yang utama. Kalau berpada dan kena tempatnya, tiada salah sikit-sikit untuk Kak Jie…Untuk saya Kak Jie memang dah Glamour. Hih! Hih!
mmg blog kak jie 1 in the million. 🙂 bukan nak bodek.. tapi sesungguhnya. sangat bersederhana. i like… 😉
Salam Kak jie.
Rasanaya orang rujuk blog ni sebagai pakar SEO kerana kak jie ada bagi tips-tips kat forum seperti di gengblogger.com etc.
Banyak ilmu yang saya dapat dari kak Jie pun dari tempat lain, bukan dari blog ni.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu. 🙂
Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Dofollow commentluv blogs
family first.. itu yg penting..
Jom terjah post menarik dari myvitrd ..Sijil Penyertaan Dan Sampai
tak takut menanah telinga nak menahan ke…hehehe 😆
kak jie! windu nak baca kak jie tulis panjang2 camnih! 😀
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..kenangan roti lilit
Memanglah kita tak boleh tetap menjadi YANG DULU, hanya bersandar pada kenangan tetapi sifat² positif, nilai² baik dalam diri setiap orang bukan perlu pun untuk diubah.
Dia orang salah nilai orang..hehe
Kita happy² meal sebagai blogger sudah.. 😆
Terimakasih untuk komen ini….* peluk ketat²*
erm..
selamat maju jaya untuk blog kakjie..
Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..anda berblog dapat apa
hehehe…macam button ‘membebel’ dah on balik… 😆
rasa sesak nak mencelah dikalangan blogger yg ada darjat2 ni…
boleh rasa dia punya feel menaip tu..hehe
top atau otai..hehe..ayat yang kerap blogger gunakan
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Cek RM150 sebulan selama setahun ♥II♥Terima kasih nuffnang
hahaha…tu pun brek secara mengejut…ikut nak berjela2 lagi..best ooo dapat keyboard balik.
tulis guna keypad mcm tak sampai ‘feel’ 😆
Hehehe. 😉
Terbaik ni kakak.
Ya, blogger hari ini, lain dari zaman mula2 menulis blog. Most bloggers kejar duit, kejar trafik sampai rasa macam dah tak ada nilai dalam penulisan.
Dan kakak jangan sedih2.
InsyaALLAH segalanya baik-baik sahaja.
Doakan yang terbaik buat kakak dan keluarga.
🙂
Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..Sains – Dapur Adalah Makmal Kimia Aku
tudiaa…. sekali boleh menaippp…. lepas geram nampak!
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Saya telah ubah gaya hidup… anda bagaimana