Walaupun tanpa bapa, kami meneruskan juga tradisi bertahlil dan membaca doa selamat di pagi Syawal. Bezanya tahun ini kami bertahlil untuk arwah bapa. Masing-masing berlinangan airmata bila memandang emak keseorangan … selalunya bapa akan berada di sebelah emak.
Petang raya pertama, baru saya bertolak balik ke Baling. Perjalanan dalam hujan lebat dengan penat dan mengantuk kami berhenti di R&R Sg. Perak. Saya mengambil alih tugas memandu sampai ke Grik.
Saya lebih suka memandu di waktu malam dari siang hari kerana semua anak dan suami tidur lena tiada siapa yang komplain atau mengomel itu tak kena ini tak kena….stereng di tangan . Kami selamat sampai ke kampung hampir jam 2.30 pagi.
Pagi raya ke 3 saya sudah bersiap untuk balik semua ke Serendah. Jadual yang sendat dan padat. Kali ini kami berkonvoi dengan adik saya yang akan pulang ke rumah mertua dia di Tanjung Malim.
Dalam perjalanan balik, kami singgah makan tenghari di Medan Ikan Bakar Tasik Raban, Lenggong, Perak. Semua menunya ikan air tawar, saya cuma mampu memandang.
Selepas Kuala Kangsar, 3km sebelum Terowong Menora kesesakan mula dirasai. Untuk mengelakkan kesesakan di dalam terowong, polis telah mengadakan sekatan di pintu masuk terowong, jadi lama juga kami terpaksa berhenti mengikut giliran untuk melepasi terowong.
Kereta saya berada di lorong tengah. Keadaan sungguh aman dan sejuk kerana hujan gerimis. Kabus menyapa lembut di sebalik bukit bukau kehijauan. Rasa lelah segala penat berkejaran dari Serendah – Sabak Bernam – Baling – Serendah. Anak² senyap sunyi tertidur dari awal perjalanan.
Tiba- tiba …….
honk….honk…honk………
Saya dan suami tersentak. Kami pandang di hadapan……….. ruang hampir 50 meter kosong tanpa kenderaan.
Rupa-rupanya kami sekeluarga tertidur di tengah-tengah lebuhraya!!!! Kereta di lorong kiri dan kanan telah bergerak cuma kereta di lorong tengah terhenti disebabkan kami sekeluarga nyenyak di tengah lebuhraya.
Pandang kereta kiri dan kanan dan lihat jiran ‘selebuhraya’ senyum memandang . Entah berapa lama kami terlelap.
Rasa puas sangat tidur saya kali ini. Lepas tu, mata terus segar boleh memandu terus sampai ke rumah. Siapalah agaknya kereta di belakang kami yang entah berapa puluh kali membunyikkan hon untuk mengejutkan kami sekeluarga…. mungkinkah anda?
Kujie ©-Msjbox ( kotak gossip ) saya disimpan untuk sementara , saya agak sibuk untuk memantau kerana saya tidak berapa gemar pengunjung yang meninggalkan pesan tetapi tidak saya jawap. Rasa bersalah. Sejak akhir² ini ada beberapa pengunjung yang meninggalkan pesanan yang agak ‘nakal’ dan kurang sopan . Jika mempunyai pesanan terus untuk saya, Hubungi Saya dan InsyaAllah saya akan menerimanya dalam kotak email.
kelakar plak tetido kat tengah highway..biasa saya tido..kat highway Pagoh..memang kalau drive dari Ipoh..tahan sampai Dengkil je..kompem kena berhenti situ nak ke Johor..huhu
Al-fatihah untuk bapa mertua kak jie.. ermm sedih gak permulaan entri tu.. semoga rohnya ditempatkan di sisi para anbia dan syuhada… Aminn..
saper ler yg nakal2 kat msjbox tu.. kasi banned sama dia jer..
Terimakasih Kasawari….tahun ni tahun ke-2 sudah.
msjbox tu…musim² sibuk ni, tak sempat nak balas message dan jengok blog selalu jadi lebih selamat di simpan buat sementara sehingga habis cuti raya… 😆
selamat hari raya..
hati2 di jalan raya..
maaf zahir dan batin…
jgn tidur lagi…. 😉
muadzlifes last blog post..Bingkisan Ramadhan
InsyaAllah…tahun ini cuti lebih panjang.. 😆
dalam gembira2 tu, mesti hati kita sayu juga mengingatkan orang yang tersayang yang dah kerahmatullah 😐
cakapkosongs last blog post..Ditag lagi…….
Sedih lawannya gembira
suka lawannya duka
mcm tulah….ada panas ada sejuk 😆
hehe.. boleh terido tu.. penat sangatlah tu kan Kak Jie.. sampai semuanya tido.. tapi nasib baik tengah stop.. dibedalnya tengah berjalan.. ish NAuzubillah…
kak Jie dah siap packing 😉
Neezas last blog post..Count down – 5 hari lagi
Semua keadaan tu yg menyumbang 😆
tapi bkn dlm keadaan kereta bergerak laju…
tak packing apa pun Neeza…nak balik bila pun tatau lagi
huahuahuahuahuahua 😯
seremnya baca pasal kak jie & family tertidur di tengah lebuh raya..uhukkkk gerun kak
sungguh
jgn teridur lagi yer kak 😀
tertido tu bukan time memandu 110km/h
masa tu mmg berhenti terus kt highway sebab polis buat sekatan utk melancarkan perjalanan dlm terowong…ada kot 10-15 berhenti tu 😆
salam jie… selamat hari raya dan maaf zahir batin. ampunkan setiap kata saya yang menyinggung. dan halalkan segala yang terambil… terima kasih atas segala-galanya…
divas last blog post..Timakasih CuteFrog….
Salam Diva, saya pun mohon maaf zahir & batin.
Salam penuh kerinduan buat Jie. Meskipun jarang dpt ‘bersama’ kemesraan Jie pada pertemuan yg lalu terus hangat di ingatan…Selamat Hari Raya diucapkan, Maaf Zahir & Batin. Semoga segala perancangan di Syawal mulia berjalan lancar.
Salam Norz. Saya pun nak ucapkan selamat hari raya -maaf zahir & batin.
mungkin syawal tahun ini adalah yg terakhir juga utk kita…tiada siapa yang tahu….
selamat hari raya aidilfitri..
Aleeyas last blog post..akibat malas nak masak
Andai ini Syawal terkahir – maafkan segala salah dan silap yg zahir atau pun tidak
mama!!!
yeay!!!
dah sampai ek kad raya yonna!!!
seminggu!!!
sabah sarawak pun 4 hari je mama oioioioioo..
uishh..
dasat tol post office serendah ni ek :p
yonnas last blog post..ini entry kad raya 😀
Udah sampaii..comel cute sgt…
tu pasai posmen cari tak jumpa
entah mana dia selit 😀
huwaaa…….. kad tu g merayau kt Sogo dulu kot 😆
Waduh!waduh! capek bangat kamu ya sampai bleh tido tgh jln.Sayu hati ya bila terkenang org tersyg di pagi aidilfitri. Slmt Hari Raya utk Kak Kujie & famili.
Julietchuns last blog post..Cepatnya masa beredar
berkejaran beribu kilometer dlm masa 3 hari..mmg penat
sudah tu musim raya..perut penuh je
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
Tahun ni beraya tanpa mak saudara dan bapa saudara. Seorang meninggal pada 1.1.08 seorang lagi pada 8.8.08.
Saya sekarang ni selalu terlelap ketika bawak kereta masa balik kerja. risau jugak..
nuaemans last blog post..Apa nak dibelikan untuk Mak dan Abah Raya ni..?
Yang datang akan pergi
yang bermula akan berakhir
* kalau trafik bergerak lancar tak mengantuk sgt, tapi kalau tersekat²
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
kak jie x makan ikan air tawar ek???
ahaha sama la kita… skali je pernah makan itupun terpaksa, sbb xde makanan dalam hutan…
semoga raya tahun ni penuh makna e..!!
raya tahun ni paling sedih buat myself.. huhuhuhuhuhhu.. walaupun x sesedih adry (i know how do u feel mate)
lochoes last blog post..Ada budak ajar aku spam, aku tak suka..!
a’aha….. tak makan, pernah juga try
lepas tu muntah semua keluar..
ngape sedih²…. kehilangan mmglah pahit
tapi cuba fikir, kita tidak akan kehilangan apa yg tidak kita miliki
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
sedih ek bila ingat balik arwah bapa..semoga dicucuri rahmat..amin
Terimakasih ita… mmg terasa apalagi tahun pertama
selalu dia ada bersama2..baca doa dan tahlil setiap pagi Syawal
memang itu tradisi kami sekeluarga…
Kelakarnye.Entah2 jiran sebelah dah mengutuk berbakul-bakul. Hehe.
cikgu panjis last blog post..Rezeki
sabar je la cikgu..nak buat mcm mana dah…lepas tu celik terus sampai rumah
Salam k.jie,hujung2 ramadan ni tentunya bznya bertambah2. Moga raya tahun ni lebih2 istimewanya. Selamat menyambut Hari Raya AIDILFITRI dari TokNabe sekeluarga.
TokNabes last blog post..Batik & Anak Didik
Ialah Tok..mcm2 nak di buat
nak di touch up… 😆
things to do list tu rasanya bertambah2 segala bagai
wakakakkakakakkakakakkakakakakkakaa!!!
perenggan pertama tu yonna dah nak menitik air mata dgr cite arwah ayah mertua mama tu..
bace je bab highway tum guling2 gelak!!! hahahahhahahaa…
yonna kan slalu cmtu..
bila mcm terlarit sikit ke..
then ada org kejutkan mcm kejutan elektrik..
jantung mcm nk keluar.
mmg xleh la tidor/ralit balik hahah!!
mama lawakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
boleh lak tido tgh2 highway!!!! hahhahahhahahha
yonnas last blog post..ini entry kad raya 😀
Amboiii gelak org tak hengat!
Yonna bayangkan kat area Terowong Menora nak sampai Ipoh tu
suasana gerimis, kabus lagi…redup je cuaca
mata pun stimmm je….apa lagi…layann je lah
udah la petang berkejar 3 hari tu
mmg betul2 tengah2 highway..lane yg tengah 😆
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
Saaaalam Kujie…
Selamat hari raya maaf zahir batin…
Raya must go on.. 😀
deanzs last blog post..Sekadar Ucapan Selamat Hari Raya
Salam Deanz.
Selamat hari raya maaf zahir & batin
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
Jie..wahahaha…yg pasti kete tu bukan kete jun la sbb we all balik Pahang..hehe. dapat juga Jie rasa tdo nyenyak di hi-way..hehe. kat tgh jalan plak tu..mana ade org experience gitu, tepi jalan maybe la h kot..hehee..
hmmm, sedih plak rasa kan bila selalunye ade, tiba2 dh x de…. 🙁
Selamat Hariraya Jie…ade wat kue raya gak k?
juns last blog post..Milky milk choc cookies
Jun…entah berapa gantang ‘kereta sehighway’ tu dok mengutuk…laki bini anak beranak semua tido..hahaha..mmg kelakar giler²bila ingat.
Selamat Hari raya Jun
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
saya selalu tertidur bila terkandas dalam traffic jam hari-hari. penat menunggu, lelap mata sebentar. tapi boleh siap dialun mimpi indah. mengamuk org di belakang. wahahahah
ps: tahun ini, saya beraya tanpa datuk. selalu di hari raya kami akan berkumpul bersama dan mengambil gambar.
aeropama dot coms last blog post..Kerana Si Kecil, Sahabat Aku Gadaikan
mmg kalau sesak/berhenti2 mcm tu menantuk sgt
Kujies last blog post..Kenangan singkat Aidilfitri 2007
huhu bahaya nya nasib baik dalam trafik perlahan.
saya sendiri pernah berlaku beberapa kali spt ini.
ya lah jalan sana sini pastu kepenatan pastu jalan jem huhu.
megats last blog post..Berehat Seketika Dan Nikmati Kehidupan Yang Indah!
baik terus lancar laju je..kita pun terang je mata
ini mmg dgn suasana kt terowong tu ….
Akak tak makan ikan air tawar ke?
JuliaNas last blog post..~ Ada Apa dengan Zaman Sekolah ~
A’aha…tak makan
pernah cuba….. muntah tepi jalan
boleh tertidoq kat highway tuu. Tapi kalau dah penat, memang macam2 bleh jadi.
Keta saya pernah eksiden kat highway, area susur keluar lembah beringin.
Ngantuk punya pasal. Sodok belakang keta orang, jam sangat 40km/hr, cuma masa tu sepupu yg drive, saya pulak tidoq kat sebelah. sedar2 dah kemek 🙁
p/s: Tak beli lagi lah Kak Jie, tunggu hujung minggu ni hehe.. insyaallah hujung minggu ni balik kedah. cuti 9 hari 🙂
sebab mmg berhenti pun.s.ementara nak tunggu boleh jalan tu…tak sedar2..masing2 terlelap 😆
itulah..kadang2 kelajuan bukan penyebab…byk sebab lain
owh..blk kg ye..cuti lama tu
Kekeke… kelakar bila bayangkan kak jie tertidur tgh jalan. Terutama tgh hway.
Su pernah terserempak dgn satu kereta yang rasanya pemandunya tertidur. Tapi kat traffic light. Masa tu tgh malam sangat. Dah lama dah… Terfikir jugak nak pegi tengok sbb bimbang kalau dia kena heart attack. Tapi bile di fikirkan yang skrg banyak sekali trick rompakan, Su tak jadi turun. Fikir balik, rasa macam selfish pulak. Tak patut bersangka jahat.
Ermmm… beraya tanpa mak ayah. Dah terlalu lama su rasa perasaan sayu. Sekarang pun masih lagi. Cuma su tak layan perasaan sgt sbb lepas kawin, su mmg beraya dgn keluarga mertua je. Kakak2 su beraya dgn keluarga mertua mrk. Mak meninggal masa su sekolah menengah. Ayah pulak masa su belajar kat IPTA. Su pernah beraya sorang-sorang… dgn TV je. 🙁
ps: sesekali ada masa mngular kat blog kak jie ni… jenuh su tinggal komen. dah tu tak reti komen pendek pulak. hehe
Selamat Menghabiskan Bulan Ramadhan (dgn senarai panjang … things-to-do-list) dan Selamat Menyambut Ketibaan Syawal ye kak jie…
suaras last blog post..Antara Sedih Dan Syukur.
Masa tu sejuk..hujan gerimis..badan penat…tengah kenyang – semua ramuan tu cukup untuk membuatkan mata berat… 😆
Jie ,Selamat menyambut Aidil Fitri, maaf zahir dan batin
Sakura… selamat menyambut Aidilfitri
Maaf zahir & batin
erk… bahayanye kak oi..
tapi memang boleh jadi..
member saya yang bawak moto pon leh tertido.. nasib cedera sket je..
tg malim? dekat ngan kampung menteil tu..
tapi sel la.. 😀
Masa tu bkn laju..mmg semua kereta berhenti, polis buat sekatan lepaskan kereta kat terowong tu..dia tak bagi sesak dlm terowong..so sementara nk tunggu boleh jalan tu…rupanya masing2 tertido
Pernah dok Tjg Malim masa project Proton City 😆
hahah siap boleh satu kereta tertido tuh… Selamat Hari Raya and berhati2 di jalan raya!
shaxxs last blog post..How They Landed Here?
Anak² tu tok sah cakaplah
awai² lagi dah tido.
Sudahnya polis stop laluan..sementara dok tunggu nak jalan
rupa² sempat tido 😆
K.Jie… K.Jie…kepenatan sampai tertidur, satu fmly pulak tu…huhu. Lepas tu automatik jadi segar bugar kannnn. Balik raya kali ni pastikan pilot & co-pilot dpt rehat & tidur yg cukup! 😆
intans last blog post..Tag Terkena
InsyaAllah tahun ini dpt cuti panjang, sempatlah recharge power dulu
tahun lepas cuti 3 hari je 😆
akum kak jie……….x sedar ke diorang hon? 😀 😀 😀
w’slam…sedarlah tu..tapi entah berapa puluh kali dia hon..
kalau tak sedar juga tu..mau org belakang tu turun dtg ketuk cermin kereta
lagiiiiiiiiii haru! 😆
hehe selamba la tertudur satu kereta. hehe
KNizams last blog post..Silent Mode @ Gleneagles Intan VI
Penat sgt…hari raya pertama petang dah berkejar2 dijalanraya
hari raya ke -2 ziarah saudara mara
hari raya ke – 3 dah memandu balik..perjalanan ribu kilometer tu 😥
huish.. raya nanti ni jangan plak tertidur kat tengah jalan lagi kak.. hahahaha
InsyaAllah….. akan dipastikan perkara ini tidak berulang lagi 😛
Ermmm raya ni akan menjadi raya pertama kami tanpa kedua ibu bapa kami.. huhu.. mesti sedih nanti ni… huhu
Kak Jie faham mcm mana perasaan tu… kehilangan orang tersayang. Bersabar ya Adry dan berdoalah..bertahlil untuk kedua arwah di pagi Syawal nanti. Doa dari anak yang soleh tidak akan terputus