Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum Dan Selepas PRU 13
Peribadi

Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum Dan Selepas PRU 13

Pilihan Raya Umum ( PRU 13 ) dah selesai. Yang menang , yang kalah ada banyak yang perlu dilakukan. Saya kurang riuh rendah mengenai politik kepartian , tetapi lebih berminat membaca mengenai proses pilihan raya dan sistem pembentukan negara.

Sebagai rakyat biasa, rutin kehidupan diteruskan.

Sebelum pilihan raya sempena cuti Pekerja 1 Mei, kami anak beranak ke kebun. Lokasi kebun dengan rumah lebih kurang 60 KM.

tebang pokokDalam perjalanan ke kebun, jalan dihalang dengan pokok yang tumbang.  Terpaksa potong dan alihkan.

tanam kelapa sawitAngah beraksi dengan libasan parangnya. Melecur dan terkopek juga jari dia. Satu pengalaman berharga dan  saya berkongsi petua – parang perlu dipegang kejap supaya tak bergesel dengan kulit sehingga melecur.  Kalau dia tak pernah buat semua tu,  tak mungkin dia tahu macam-macam skil kehidu

nyamuk dan unggasDigigit nyamuk perkara biasa, dah tak larat nak menepis. Telinga Angah merah digigit penyengat.  Waktu berlari menyelamatkan diri, cermin mata dia pula terpelanting entah ke mana.  Bukan senang nak mencari disebalik semak, rumput , ranting pokok.  Nasib baik jumpa.

GPS Surveying EquipmentDua beranak tu pikul tripod mendaki bukit, turun dan bukit disebelah sana barulah kebun kami.

Saya kena tinggal dekat station GPS,

Hari pertama , kami tak dapat siapkan kerja.   Sehari sebelum pilihan raya, kami anak beranak turun ke kebun sekali lagi.

kerja surveyor

Kerja ukur tanah bukan sekadar, pacak , tembak dan siap.  Sebelum turun tapak, kena buat kira-kira berpandungkan plan.

kerja seorang juru ukur tanah

Tengok kebun kelapa sawit yang hidup subur, rasa mengebu-gebu gembira menghitung hasil yang akan dikaut tetapi sebelum semua itu berlaku, terpaksalah menghalung hutan belukar.  Lengan berbilat kena daun dan ranting adalah perkara biasa.

Anak-anak perlu didedahkan dengan susah payah seperti ini supaya meraka dapat menghargai segala titik peluh ibu bapa atas apa yang  akan mereka warisi.  Tanah atau kebun yang ada bukan dapat dengan murah – petik jari kata orang.

kerja kerja ukut tanahIni semak samun yang paling minima .  Suami sedang mengajar Along gunakan Theodolite.

Saya  pula pegang ‘target’ bukan datang makan angin .

serangga di dalam hutanSementara tunggu anak beranak tu buat kira-kira , saya ambil gambar serangga yang ada dipersekitaran.  Ada banyak serangga, burung, rama-rama yang dijumpai.  Dari kejauhan boleh dengar bunyi monyet, burung dan entah apa jenis binatang lain yang saya tak pasti.

 

Pernah sekali ada orang bercakap di Twitter ” Kak Jie tak apalah, orang senang”

Ini bukan disebabkan senang atau susah tetapi boleh ditakrifkan sebagai sikap atau attitude yang dibentuk dari persekitaran , latar belakang dan hala tuju.  Apa yang kami nikmati kini semua ada harga yang perlu dibayar, pengorbanan yang tidak dapat dihitung dengan wang ringgit.

Berusaha dan yakin, rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala datangnya dari pelbagai bentuk dan sudut.  Tiap orang ada bahagian masing-masing di dalam dunia yang luas ini.

Nota :  Suami saya kembali ke Hulu Terengganu pagi ini , moga selamat dalam perjalanan.  30 Mei nanti , Insya Allah berjumpa lagi.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum Dan Selepas PRU 13

  1. zaman sekarang ni bukan kata anak-anak je yang tak reti nak berkehidupan kekampungan, kadang-kadang yang bapak-bapak pun ada gak..hehehe..

    syukur jugak sebab sy membesar di kampung, bila dengar anak-anak murid bercerita dengan teruja sesangat pasal dapat masuk dalam bendang, sy senyum je mendengarnya..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Ro Mim Ba Wau TaMy Profile

  2. Bukan semua anak² muda sekarang boleh buat camtu kak jie

    wah..senang tak guna theodolite tu? Sebelum ni hanya bercerita je kat pelajar mengenai benda alah ni bila ajar sudut dongak dengan sudut tunduk..padahal cikgunya pun tak pernah sentuh…hehe
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Wondershare Panorama Untuk AndroidMy Profile

    1. Apa bila melihat kebun kak Jie teringat akan ketika saya dibangku sekolah dahulu. Mana taknya arwah bapa saya akan bawa famili ke kebun pada hujung minggu untuk menebas, memetik koko, tarik getah skrap, angkat pelepah sawit dan kopek kelapa. Memandangkan adik-adik masih kecil ketika itu. Kalau digigit kerengga dan tangan kena selumbar adalah biasa.

      Kalau menebas memang mengunakan secara manual dan bapa saya pula mengunakan mesin rumput. Sampai satu masa saya sudah mampu memperbaiki teknik menebas rumput dan lalang supaya potongan paras tanah dan pendek. Memang tidak ada peluang langsung selain tolong angkat mesin rumput masuk dan kereta dan keluar.

      Apabila arwah sudah tiada jadi tanggungjawab tersebut digalas oleh saya pula. Saya akan dedahkan anak-anak supaya tidak manja dan merasai kesusahkan berkebun.

      Maaf komen ini menjadi panjang pula kerana masih terkenang-kenag masa lalu.

    1. Kalau nak ikut masa terluang..kebun tu dah jadi hutan.. tak boleh santai2 ikut masa..kena betul2 komitmen baru dapat hasil

Comments are closed.