Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Moga semua teman-teman diberi kesihatan yang baik .
Alhamdulillah, dah habis Syawal ni, kelas harian saya bermula seperti biasa. Rutin harian 8-11 pagi setiap Isnin – Jumaat berulang seperti biasa. Bersyukur sangat kerana saya diberi rezeki untuk menetap di sini dikelilingi persekitaran harmoni dan jiran tetangga yang sering menggalakkan aktiviti ilmu seperti itu.
Sejak awal Syawal hari tu, lengan sebelah kiri ni sakit. Rasa kebas dan berdenyut-denyut dihujung jari terutamanya ibu jari. Ada orang panggil kebas-kebas tangan tu semut-semut. Atas nasihat kawan-kawan, hari Isnin lepas saya berjumpa doktor. Bila dah berumur macam ni, segala macam penyakit pun kebarangkalian singgah tu semakin tinggi.
Selepas buat pemeriksaan tiada tekanan darah tinggi dan tiada penyakit kencing manis. Doktor bagi vitamin B1, B6 dan B12 setiap hari 1 biji dengan stock untuk 3 bulan.
Tapi sengal dan kebas-kebas tangan kiri ni masih belum baik. Kata orang tanda-tanda penyakit jantung. Sekarang saya cuma lebihkan senaman untuk bahagian tangan untuk meransang perjalanan darah. Baca blog Hafiz, Punca Kebas Tangan, wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki dan mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Cukup dah syarat untuk diri saya tu. 🙂
Bila dah sakit-sakit macam ni, teringat kata-kata ustazah saya minggu lepas.
Kita ni kalau doktor cakap apa , suruh buat apa..pantang itu jangan ini semua kita ikut… takut sakit. Sebab kesan kalau tak ikut nasihat doktor tu akan nampak masa tu jgua. Tapi kalau Allah S.W.T larang, ada saja ini ini mencari dalih mencuba untuk mengelak. Apa yang Allah S.W.T perintah tu ada saja alasan untuk tidak mengikutnya. Betapa untungnya umat Nabi Muhammad SAW kerana balasan kemungkaran kita Allah S.W.T tangguhkan di hari akhirat, tak macam umat Nabi Isa, Nabi Musa atau Nabi Lut , Allah S.W.T tunjukkan balasan di dunia. Kalaulah Allah S.W.T terus tunjukkan balasan atas semua dosa kita tu sekelip mata…. mau tak kita berlenggah-lenggah tak nak ikut perintah Allah S.W.T lagi?
Kalaulah tak terasa dengan apa yang dicakapkan tu, tak taulah. Hati dah mati kot. Kalau hati berpenyakit boleh juga diubat.
Kujie© – Astaghfirullah al-Azeem allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaih
semoga hanya aliran darah yang tidak lancar..dan semoga sehat-sehat saja.
Mungkin kalau buat morning walk selama 45 setiap pagi boleh bantu perjalanan darah…atau Kak Jie memang dah sering buat senaman sebegitu…
jarang juga kena semut-semut ni… pernah terkena bila duduk dalam tempoh yang lama dan nak berdiri rasalah semut-semut ni..
Orang Pahang panggil semut2 tu sereban jari.
Semoga Kak Jie selalu senantiasa sehat
pesanan doktor kena ikut, makan ubat ke apa ikut, jangan tertinggal. Kalo tak dengar nasihat kesihatan mmg makin teruk. Kadang2x orang kg saya bila bgi nasihat suruh makan ubat mmg tak nak, tak dengar kata. Bila penyakit dah melarat barulah nak cari ubat. Ada tu sakit diabietes pun tak nak makan..nak nasihat dia krang mantul plak..biarkan jelah.
semoga kak ji sehat2x selalu..
Moga kak gie sihat selalu
bunga halia kat gambo tu bagus utk ubat sakit tekak dan batuk – cara isap madu pada bunganya dan kunyah sedikit pangkal bunga yg berwarna putin.
ilmu lagi…terima kasih tuan Ilham…
boleh tulis dan simpan dalam buku nota =)
Moga kak jie sihat2 aje utk uruskan rumahtangga dan urusan2 lainnya…
Semut-semut…agaknya sbb rasa macam semut tgh jalan atas tubuh badan =)
Astaghfirullahal a’zim….kita selalu salah pertimbangan…moga Allah tunjuk jln yg terbaik utk kita…ameen
p/s- terima kasih kak jie sertakan link entri saya =)
ye kan kak… terkadang terlupa…
semoga kesihatan kak jie bertambah elok selepas nih…
kekadang sakit tu tunjukkan tuhan sayang kat kita…nak kita ingat kat dia..
salam kak jie, ok ke tak tu? hopefully kak jie sihat. kata-kata ustazah tu memang benar, insyaAllah akan diingat selalu. apa-apa pun saya doakan agar kak jie sekeluarga sentiasa sihat. amin.
My asben ada gak tnda2 sakit tu tp hrp2 dijauhkan, so sebagai tindakan asben ambik produk Shaklee, baru je try harapnya brkesan..
Dan mudah2an Kak Jie pun sihat jua 😀
Semoga kak jie sihat sihat selalu.aminnn.saya pernah gak kebas macam tu..lepas makan ubat saraf ok la balik..emmm medalam kata-kata ustazah tu..
bila umur dah meningkat ini kena jaga pemakanan, jaga kesihatan, periksa darah dan pelbagai lagi…..
Get well soon akak…kadang2 allah turunkan dugaan kecil supaya kita jangan leka kan…
memang terasa..
sebab itu kita digalakkan menghadiri majlis² ilmu supaya kita tidak alpa kan?
dalam bahasa Klate, semut² = serbey(lbih kuranglah bunyinya)
Bahaya tu..kadang2 benda yang kita sangka takde apa2 boleh bawa kepada sesuatu yang serius…
ye ke? saya pun perasan kebas2 tangan kalau lama baring sambil layan intenet kat henpon.sy igt posisi baring sambil pegang hp tu xsesuai kot
risaunya kalau dpt penyakit
Ooo… agaknya betullah..nak kena kurangkan pegang hp belah kiri kan… kita selalu peganh belah kiri, menaip belah kanan
saya panggil tingling sensation. moga cepat baik kak jie.
terima kasih doktor
Saya pun pernah dengar pasal kebas-kebas ni. Mungkin berpunca daripada perjalanan darah yang tidak lancar. Bersenam secara konsisten itu yang terbaik.
Sihat itu nikmat, sakit itu hikmah… kedua-duanya anugerah dari Allah SWT. Bersyukurlah… dikala sihat mahu pun sakit. Semoga Kak Ji segera sembuh.
Bahasa pasar semut-semut. Kalau anak saya pula kata tangannya sudah hilang. 🙂
hahahaha…kelakar
semut-semua ada dalam kamus dewan = kebas, pijar, sengal, menggelenyar, kemamam
semoga akak cepat sembuh…
emak saya pernah jadi macam tu, kena berurut selalu kak.
saya panggil sereban..hehe
betol la apa yang ustazah kak jie cakp tu..mmg betol2 terkesan kat hati..