Selepas raya dan sebelum buka sekolah baru-baru ni, saya belikan “kasut raya” untuk Intan.
Bukan kasut tumit tinggi, bukan Wedges berkilau, bukan Ballet Flats comel, bukan Spool Heels, bukan jenis Mary Jane atau paling terkenal kasut jenis Platform tetapi dia cuma minta kasut sekolah warna putih.
Raya baru ni, dia cuma pakai kasut lama yang masih elok. Bukan dia saja, saya pun pakai kasut lama.
Dia minta jenis ‘serlum’
Bila temankan Intan beli kasut sekolah sebagai kasut raya, saya mesti teringat zaman kanak-kanak saya tahun 70’an dulu. Kami 3 beradik perempuan selang setahun membesar bersama. Anak ke-4 dan seterusnya barulah adik lelaki. Jarang sangat dapat kasut raya selain daripada kasut sekolah. Kalau beli kasut raya yang biasa, kegunaan sangat terhad. Nak pergi mana?
Kalau masa membeli belah keperluan raya pun, kami tak dibawa bersama. Ayah dengan mak akan ke pekan Baling untuk beli keperluan. Ayah akan ukur kaki kami gunakan tali rafia, Satu tali saja akan ada 3 simpulan yang akan mewakili panjang kaki setiap kami.
Sebab tak pernah ke bandar, kami tak pernah tahu fesyen kasut raya yant tengah ‘in’ waktu itu. Kami hanya tahu selipar jepun dan kasut putih sekolah.
NOTAKAKIKUJIE : Sepanjang malam raya buat catwalk ‘cewi’ dapat kasut baru.
Dulu, kasut sekolah inilah juga di pakai untuk jalan-jalan di bandar…
Anak2 confirm bersamangat nak bersekolah lepas dapat kasut sekolah baru.
ha ha ha…..sy pula dari kecil sampai dah 50….tak pernah beli kasut raya…sob sob sob…paling lawa pun sendal…tu pun rm10 harga dia…sob sob sob
teringat zaman dulu bila dapat kasut baru rajin jew nak pergi sekolah he3..
raya baru ni pun tak beli kasut raya anak2. ni baru diorg minta. hujung minggu boleh cari.
raya baru ni pun saya tak beli kasut raya anak2. ni baru diorg mintak nak kasut baru. tengok hubjung minggu gi beli
trending masa sekolah tahun 90 an..pallas jazz 🙂
Mengimbau kenangan lama memang cukup indah kan? Tp masa kecik2 dulu rasanya kasut raya selipar biasa je then buat pakai hari2
Pernah pakai jenama Hush Puppies masa skola menengah. Kasut dah koyak rabak tapi tapak getah tak haus.
suatu memori yang terindah bila sebut kasut skolah ni.. tapi jie xprnah beli pulak ksut skolah dalam bln raya ni..
Kalau dapat kasut raya, memang duk ke hulu ke hilir dalam rumah. Pakai puas-puas, nanti dah bawak ke tanah, dah hilang feel kasut baru…hehe
Dulu tahu jenama bata aje.
Anak anak dapat kasut baru memang gembira
Dulu kita pun sama.
Sampai buat tido
Saya masa kecik dulu memang pakai kasut sekolah buat raya.
kasut kanvas putih kalau dapat pada orang creative mesti cantik design yang dibuat pada kasut…. design yang kena dengan diri mereka 🙂 DIY gitu… hihi
Tak boleh pakai pi sekolah lah pulak… kena tahan dgn pengawas kt pintu masuk
Kenapa tak boleh kak?
Saya pun sudah gantikan kasut koyak untuk anak sulung baru ini.