Kacau Blog Orang Adalah Terapi
Peribadi

Kacau Blog Orang Adalah Terapi

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Saya tak de lah sibuk sangat tapi malas nak menaip.  Ada beberapa bahan yang tertangguh dari minggu lepas pun belum siap. Virus M telah mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh darah melumpuhkan sisa sisa bakteria baik yang memang ada seciput.

Biasanya kalau mood² swing macam ni saya suka bermain dengan coding…mula gatal tangan nak usik itu ini.

Mood swing bagi perempuan dah senja macam saya ni, kadang² seperti roller coaster – tak sampai satu minit pun boleh up and down tak tentu hala. Perubahan yang tidak terduga dan kadang² tidak sepadan dengan situasi.

Tapi saya tak adalah nak meroyan tak tentu hala – tiba² dapat message minta tolong tukar theme dan renovate blog dari seorang kawan.


Ini terapi saya yang biasanya berkesan.

Masalah dengan blog ini satu saja!  Saya tak pernah berhubung terus dengan pemiliknya walaupun pernah berjumpa waktu gathering 2 kali.  Semua urusan melalui pihak ketiga yang saya juga tikus yang membaiki labu(blog)nya.

Disebabkan tiada permintaan secara spesifik apa yang dikehendaki, kesemua blog tersebut bercirikan kujie’s  style – separa minimalist. :lol:

Bila ditanya – nak yang macam mana?

Buat sajalah ikut suka , janji sesuai dengan contents blog.

Saya tak ada masalah untuk membantu, tetapi tolonglah jangan hantar email tanya mengenai cara nak dapatkan earning juta juta lemon.   Saya tiada jawapan yang tepat – saya pasang code iklan  dan biarkan rezeki datang dari Allah.  ops…sudah semesti dengan usaha – usaha saya adalah  membaca!

Kalau suka durian, bacalah dan cari ilmu bab durian, kalau suka gelang kristal , bacalah mengenai gelang kristal.  Ramai blogger muncul dengan impian seindah pelangi nak dapatkan duit dari blogging tetapi tak fokus dan letakkan prioriti tersebut ditempat pertama.  Ramai yang habiskan masa dengan gossip artis atau like status kawan² di facebook tak tentu hujung pangkal.

Tapi ramai yang suka nak tambah duit melalui blog tetapi tak suka membaca dan mencari info mengenai ilmu tersebut.  Kalau awak selebriti bolehlah !

Berapa orang yang baca blog Internet Marketer  atau Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet ?

©kujie – selalu perempuan cakap shopping adalah terapi yang mujarab..betul ke…betul ke…..?  ada orang kat sana dah risau je……. balik M’sia bini dah macam bekas first lady Tunisia –  Leila Ben Ali:grin:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Kacau Blog Orang Adalah Terapi

  1. Saya juga suka akan terapi kacau blog ini. Tetapi saya lebih suka kacau blog sendiri. Kadang-kadang nak juga tahu pasal html dan script sampai husband selalu cakap; content yang penting! ;p Tapi nak buat macamana, bila dah kyusuk edit2 ni, lupa nak tulis..

    Selamat berkenalan dan salam ukhuwah untuk kak kujie..
    Jom terjah post menarik dari mummymuslimah ..Karipap Karipap CintaMy Profile

Comments are closed.