Isu Semasa, Peribadi

Kabel Optik

…. tadi kan..masa balik dari sekolah kul 1.20 tu, nampak kat tepi surau sebuah lori parking tepi jalan dan letak kun merah . Lepas tu Kak Jie tengok ada sorang mamat tu dok korek mainhole yang empat segi yang selalu kita nampak orang² telekom masuk buat maintenance. Kak Jie dah suspek macam² dah ni sebab kawasan ni selalu kebal TM kena curi.

Sampai rumah, Kak Jie nak lah call TM nak wat report tapi nak call nombor mana ye…. ada iklan kat TV tu yang suruh kita jadi mata tu tak pula hafal nombor. Kak Jie call TM Rawang tapi standardlah tak pernah berjawap!

Kak Jie call 100, tapi semua arahan tu tak der satu pun functions untuk laporan macam yang Kak Jie nak buat! Akhirnya operator TM tu sambung ke bahagian…….( tak fokus..tak ingat bahagian ape.. rasanya tak penting kot…janji ade orang yang boleh kita bercakap..bukan mesin..)
Kak Jie bagilah semua details yang dia mintak, nama, no tel rumah, no tel bimbit dan lokasi juga serba sikit cerita tu.
Kul 2.10 Kak Jie keluar lagi hantar Intan ke sekolah agama, lori tu dah bergerak ke kotak putih ( tatau apa benda yg ade tepi jalan tu…….. selalu tgok org TM dok godek² kat benda alah tu ). Lepas balik dari sekolah agama dalam 10 minit, lori tersebut bergerak parking tepi surau.
Jam 2.50 seorang kakitangan TM call Kak Jie tanya maklumat lanjut dan bagitahu dia berada kat kawasan tersebut tetapi lori yang dimaksudkan tak ada . Kak Jie bagitahu dia no plat lori tersebut.
Agaknya mamat hantu 3 orang tu tak sedap hati nak cari makan secara tak halal hari ni kot… kalau memang ada kontraktor TM sedang membuat kerja² maintenance, tentu kakitangan TM tu tahu….. !
Kalau Kak Jie tak online, tak update blog untuk jangkamasa yang lama, korang mesti faham ye………….. mesti kabel kesayanganku itu telah dikebas orang!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Kabel Optik

  1. EQ >> awk tu org skrg ke..org jaman dolu²..:p

    kak teh > tu la kak teh..kat sini dah 2-3 kali kena curi..taman perumahan ni sunyi sepi senang la hantu² nk wat keje siang² buta tu…

    terimakasih kak teh..tahziah juga utk nenek kak teh

  2. Kakjie
    Takziah kehilangan bapa tercinta..
    al fatihah untuk arwah

    kat kg mak mentua Teh, mmg itu le keje pelesit tu..kengkadang dlm 1 bulan 2x kena curik..setahun 24x..TM dah tak tahu nak watpe..

  3. hi all

    kabel tu selamat lagi ni…boleh online lagi nie..

    sebenarnya kes curi kabel kt area sini dah pernah berlaku…bulan lepas..tu yg kena hati2 sikit.

    mcm umah mak kt kg di Baling tu….selalu kena curi….kesian mak tau..sewa ttp kena bayar…perkhidmatan tak leh guna.

  4. kak jie…
    kalau nampak mamat yg curik kabel tu kirim salam yer…

    Kata bro rick kirim salam…heheheehee

  5. erk..kalo time diorg tgh masukkan kabel dlm lori, kak jie plak senyap2 gie amik kabel tu..mesti diorg frust gilerk..*erkk..tp kak jie larat ke nk angkat kabel tu*..nie nk marah ni org2 yg curi2 kabel ni..kang curik2..kak jie plak lame x berupdate,sy plak windu nk bace entry kak jie..

    P/S: kak jie xmo blanje sy nasi embeng..dh amik atie kak jie ni..hikss..

  6. waa, brani betul org tu slamba buat keje siang2…bagus tindakan akk tu..sy ngan budak kampung sy penah tangkap org yg curik tu..belasah diaorg teruk2, sampai diaorg buat laporan polis,hehee…tapi polis tu tak buat papepun kat bdk2 kg sy…

    sy duduk sepang kak, pencuri tu datang dari batu caves, gile punye jauh,huhu

  7. Ape kata kak jie pasang jerat kat kawasan kable kesayangan kak jie tu.. grentii berehhh! :p

  8. kak

    ko kena pindah VA kak

    kondo aku ni selang sebulan manjang kena pecah umah. ko sesuai dok sini jadi mata2 kat sini

    byk unit kosong lagi sini kak..

  9. kalo kabel kna curik..k.jie jmpe mamat tu sekeh2 sket kpala die haha..xde kje la tu nak mcuri je..

  10. kak jie..kabare?? waras? ehehhe kak long anak jawa tp orak iso ngomong jowo gak …ekekek sikit2 jer pandai ajuk2 jer ..cam budak baru belajo cakap …ihiks. SOrry menyemak kat sini sbb tk nampak shoutbox. Harap2 kak jie masih boleh online sbb kabel tu tetap utuh tak jadi di curik…

Comments are closed.