Alhamdulillah, saya bersama suami [Ann] dan anak dara nan seorang tu [Intan] telah bertolak seawal pagi Sabtu 13 Sept 2014 ke Putrajaya. Kami sekeluarga telah menghadiri program Jom Outing 3 anjuran Ai Media Network dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya di Taman Botani Putrajaya.
JomOuting siri ke-3 yang dianjurkan oleh Ai Media Network adalah Jom Outing kali kedua dihadiri oleh kami sekeluarga.
Acara jam 11.30 pagi dimulai oleh taklimat daripada Encik Zakaria selaku kakitangan yang bertanggungjawab mengelolakan Taman Botani Purtajaya di Anjung Botani. Rugi sangat kerana tidak sempat mendengar taklimat ini daripada mula. Banyak input yang berfaedah telah dikongsi oleh Encik Zakaria bersama peserta mengenai Taman Botani Putrajaya.
Beliau menerangkan beberapa kemudahan yang disediakan di Taman Botani Putrajaya yang boleh digunakan oleh orang ramai , contohnya menyewa tapak majlis perkahwinan atau penggambaran filem. Terdapat perkhidmatan Jurupandu Taman untuk berkumpulan ( minimum 10 orang ) disediakan oleh pihak taman. Bagi anak-anak, program Modul Pendidikan seperti Cari dan Cantum Serangga, Mari Mewarna Flora Malaysia, Karya Alam-Kolaj Flora dan sebagainya memang sesuai bagi mengisi aktiviti berfaedah.
Ada banyak fakta menarik nak dicerita, tapi tak cukup satu blog pos kot…jadi kalau inginkan maklumat lanjut, boleh semak di Taman Botani Putrajaya.
Siri Outing dimulai oleh Cikgu Tarmizi Shukri jam 2 petang selepas selesai makan tengahari. Sesi yang bertemakan santai dengan fokus berkongsi ilmu sesama peserta sambil mengambil gambar sekitar Taman Botani Putrajaya.
Perkara utama yang ingin disampaikan kepada pemilik kamera dslr adalah untuk cuba memahami teknik asas fotografi , kita boleh menghasilkan gambar yang diharapkan dengan lebih mudah tanpa bergantung kepada nasib semata-mata.
Setiap gambar yang terhasil adalah interpretasi peribadi setiap orang yang berbeza. Setiap keping gambar memiliki nilai dokumentasi yang tinggi kerana ia mampu merakam sesuatu yang tidak mungkin akan berulang kembali.
Inilah Intan Payung sebenar.
[ Gambar diatas sumbangan : Facebook Ai Media Network ]
[ Gambar di bawah ini adalah gambar milik saya menggunakan kamera telefon Samsung S3 – cuma merakam moment indah untuk kenangan peribadi ]
Sementara menunggu peserta meneruskan jelajah Taman Botani Putrajaya, Intan dan Arissa menyewa basikal. Ramai pengunjung yang datang berbasikal di kawasan Taman Botani Putrajaya diwaktu petang selain aktiviti berjogging atau berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sewa basikal di Taman Botani Putrajaya
- RM4 sejam pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
- RM2 sejam pada hari Isnin – Jumaat
Selain basikal, perkhidmatan trem juga disediakan.
Taman yang luas dan cantik ini sesuai dijelajah dengan berbasikal. Kalau berjalan kaki, kita akan mengambil masa sekurang-kuranyang 90 minit untuk menghabiskan lawatan kawasan landskap semulajadi yang terdiri daripada 13 taman tema ini.
Antara taman tema yang terdapat di sini ialah Titian Kanopi, Denai Helikonia, Taman Pepanjat, Bukit Palma, Taman Suria, Koleksi Tanaman Afrika, Koleksi Tanaman Amerika Tropika, Koleksi Tanaman Asia Pasifik, Teduhan Ara, Laluan Pandanus, Laluan Kana, Terowong Bunga Kertas dan Taman Paku Pakis.
Pokok ketapang (Terminalia catappa)
Titian Kanopi sepanjang 170 meter terletak antara Pusat Interpretif Pelawat dan Denai Helikonia yang menjadi mercu tanda Taman Botani Putrajaya. Sepanjang melalui Titian Kanopi, kita boleh melihat dengan lebih dekat beberapa jenis tumbuhan seperti pokok Saga, Terap Nasi, Keruing Belimbing , Jati, Indian Rosewood dan Kasai.
Taman awam yang diuruskan Perbadanan Putrajaya (PPj) ini mengandungi lebih 700 spesies tumbuh-tumbuhan yang berasal dari lebih 90 buah negara. Taman Botani Putrajaya dibuka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
Kami balik pada petang tersebut dengan impian untuk datang semula jika berkesempatan. Terima kasih Ai Media Network dan Perbadanan Putrajaya yang telah berjaya menganjurkan aktiviti ini dengan berkesan sekali.
Cantik Dragon Fly tu….tak terbang la pulak…kalau kita rancang nak ambik gambar pepatung, memang susah nak dapat.
Jom terjah post menarik dari azman ..Fotografi Jalanan – Sekadar Rakaman
Orang Putrajaya belum explore betul-betul lagi Taman Botani ni, best bawak anak-anak kan?
Jom terjah post menarik dari myliferia ..Kenapa Detoksifikasi Penting Untuk Kurus?
mmg seronok beriadah bawak ank ke sini…
Jom terjah post menarik dari maz jamal ..Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasi Masalah Gastrik
saya selalu ke taman botani, beriadah dgn keluarga..mmg best
Jom terjah post menarik dari maz jamal ..Mengapa Bayi Tidak Kenyang Semasa Menyusu Badan?
intan payung..intan tengah pakai payung 😀
Jom terjah post menarik dari Amir ..50 jurus jangan-buat kalau nak lulus temuduga kerja kerajaan
dah ketinggalan kapal nampaknya ni … macama mana lah nak follow balik ni .. kena cari personal coaching gamaknya
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Buat duit dengan World of Hijab
wah, cantiknya, boleh buat rombongan sekolah juga rombongan keluarga 😉
Jom terjah post menarik dari siti hazreen ..Tips Kepada Ejen Insurans
Lain kali kalau tersesat ke Putrajaya kena cari tempat ni..cantik je nampak..damai je rasa..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Panduan Peperiksaan Dan Temuduga Separa Perubatan
Sudah hampir dengan Moroccan Pavilion tak singgah sekali?
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Keenakan Cendol Borhan Kuala Selangor
boleh tahan gak ramai yang terlibat nih..
Jom terjah post menarik dari titan ..Niche blog, Brand dan Skill. TIGA elemen ini akan bantu korang jadi Blogger POWER RANGERS!
teruja sangat….tak memadai kalau berkunjung dalam masa yang singkat
Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.
Wah, menarik.. tak terpikir plak Putrajaya ada Taman Botani. Tq for the info
Jom terjah post menarik dari Yeen ..Tak sukanya bahaya Shaklee Collagen powder
xdak rezeki betul kali ni dah dekat dengan rumah
lawanya gambar pepatung tu
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Tips dan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Gumbira dpt tengok real kak jie dgn rakan2 blogger lain..^___^ cuma segan nak tegur kak jie..hehehe ampun yaa..
Jom terjah post menarik dari amir zahari ..Kemanusiaan Telah Lama Hilang
kalau buat PS kat sini pagi2 memang best kan kak?
Jom terjah post menarik dari ilasaleh ..Kegirangan Tanpa Mengeluarkan Modal 🙂
dah lama sebenarnya nak cari tempat macam ni nk bawak anak2…tapi salu xde idea. walhal rumah kat Nilai je…
in shaa Allah boleh la visit taman botani lepas ni…
Jom terjah post menarik dari maria awi ..Kebaikan Dan Manfaat Kolagen Shaklee
Cam best je, ingat nak bawak family jalan-jalan.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Apiz Ashaary ..Round Corner
pepatung tu mcm tgk kamera jek… ni yang jeles ni…. hehehe
Jom terjah post menarik dari dikbee ..Magic Fest Putrajaya
mana kak jie dapat pepatung tu? dalam diam je… hehehe
Jom terjah post menarik dari Potia casadelarossa ..Jom Outing 3 Taman Botani Putrajaya
masa lepas gambar ramai-ramai depan pintu masuk – pepatung tu mmg jinak, saja nak offerkan diri nak masuk dlm blog ni agaknya…hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Instwogram Untuk Akaun Kedua Instagram Dalam Satu Telefon
Untuk rehat dan santai bersama famili, dating bersama aweks/balak, taman botani antara tempat yg sesuai 😀
Cuma jgn pergi time panas lah. Bukan santai yg dpt, stress plak nanti. hehe
Jom terjah post menarik dari MK Hakimi ..Jom Outing 3 | Taman Botani Putrajaya
petang waktu sesuai… tapi kalau nak mengelak panas, macam manalah…..cuaca negara kita mmg panas membahang. tapi dlm tu byk pokok teduhan, tak perit sgt
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Projek Terkini – Kelapa Matag
Wah! boleh tahan Kak Jie ambik gambo.
Fokus dah cukup menarik dan pemilihan angel pun bagus.
Cuma kawalan cahaya sahaja yang boleh diperbaiki lagi.
Adehh, kawe pun bukannya expert juga 😀
Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Berkenaan Soalan Undang-Undang Anda
kak jie guna hp je ambil gambar tu
auto fokus pula tu…. cuma moment tu aje yg menarik, bab teknikal tak boleh buat apa dah ..hehehe
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Suami Apabila Isteri Bersalin
Itu yang buat lebih hebat. Tak perlu guna kamera.
Seriously dan jujur memang fokus dan pemilihan angel yang baik.
Bab teknikal tu, aduhh ramai yang pening kepala. Saya sampai skrg tak pandai nak manipulasikan shutter dan aperture. Gitu=gitu jer hasilnya…
Jom terjah post menarik dari Ismail N ..Car Wash Di Putrajaya
wah tak pernah tahu pasal taman botani di putrajaya. insyaAllah boleh arrange trip nanti.
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Rawat Sakit Sendi Dengan Collagen Powder
senang je nak pergi sini…. kita mcm lokasi utama pelawat
Jom terjah post menarik dari Kujie ..JomOuting Di Taman Botani Putrajaya Bersama Ai Media Dan Perbadanan Putrajaya
Semalam pergi tram tidak berfungsi, basikal kehabisan stok sudahnya saya ke Wetland naik bot. Bagi saya adalah tidak patut khidmat tram dihentikan pada cuti umum.
Di laluan dari bangunan utk tempat perhentiam tram terdapat sekumpulan lebah baut sarang disitu. Pengalaman pertama anak2 tengok sarang lebah.
Jom terjah post menarik dari JunAina ..Mangkuk Corelle Pahala Saya Yang Tiba-Tiba Jadi Pahala Orang
ooo… kak jie tak nampak juga tram pada hari kami ke sana , mgkn perkhidmatan dihentikan buat sementara waktu kot.
tapi ada hikmahnya tu..dapat pengalaman lain yang tak kurang menarik juga
Pernah pergi yg di Perak punye…area dekat2 simpang pulai-batu gajah. Agak teruja juga tengok mcm2 jenis hidupan tumbuhan ni. Boleh cuba di Putrajaya pulak lah 🙂
Jom terjah post menarik dari Hilmi Hasan ..Kenapa Saya Pilih Produk Anti Aging ageLOC R2 Nu Skin
jauh berjalan luas pemandangan…. tiap tempat mesti berbeza, kan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Instwogram Untuk Akaun Kedua Instagram Dalam Satu Telefon
wah, tak tahu pun ada taman cantik macam nie..sesuai sgt utk jalan2 dgn family n kawan2 kan. ^_^
Jom terjah post menarik dari Oja Samid ..Punca Rahim Bengkak dan Cara Mengatasi
masuk percuma – bawa family pun senang…..
Jom terjah post menarik dari Kujie ..JomOuting Di Taman Botani Putrajaya Bersama Ai Media Dan Perbadanan Putrajaya
wah, macam tak percaya je gambar sibur-sibur tu pakai s3 je.
pepatung ni sgt jinak… telefon dekat pun dia tak lari terbang….mmg saja je nak tunjukkan diri utk masuk dlm blog ni..hehehe
Jom terjah post menarik dari Kujie ..JomOuting Di Taman Botani Putrajaya Bersama Ai Media Dan Perbadanan Putrajaya