Kereta Myvi WPW **** ni selamber pasang hazard light park depan sekolah nak jemput anak. Sekolah ada pintu di belakang untuk ibubapa jemput anak² , tetapi nak juga menyempit di jalan utama walau tak ada tempat nak tunggu.
Guru Besar dah berkali kali ingatkan, pintu depan untuk murid yang melalui jejantas sahaja. Yang berkereta guna pintu dibelakang. Sebab utama, macam ni lah..ganggu lalu lintas, boleh berlaku kemalangan.
Tak ada kepereluan pun untuk dia guna ‘lampu kecemasan’ . Hanya pentingkan diri sendiri. Kalau berhenti seminit kita mungkin boleh ‘pejam mata’ tapi lebih 5 minit. Hari Jumaat pula tu, dibelakang masjid tak sampai 50 meter yang memang sedia sibuk.
Sepanjang tempoh 9 tahun saya berulang alik ke sekolah, inilah kali pertama berjumpa pemandu macam ni.
©kujie – berdebar² dari tadi…jantung berdegup kencang..Ya Allah kau permudahkan segala uruskanku
terlalu ramai pemandu Malaysia yg pentingkan diri sendiri dengan sanggup menyusahkan orang lain termasuk ketika pergi ke Masjid ..apa jadi pada ibadah tu kalau menyusahkan orang??? Allah je yg tahu….
Perkara sebegini selalu berlaku ketika solat Jumaat. Sudahlah pergi solat Jumaat lambat sampaikan khatib sudah habis khutbah baru sampai perkarangan masjid. Park kereta sehingga 3 baris parking sampai lorong menjadi sempit. Keluar dari masjid sudahlah lewat tinggal kereta ditengah-tengah jalan. Pergi solat Jumaat dapat maki sebakul
Lain kali datang awal ke masjid 🙁
ini di katakan selfish.. macam dalam entry saya “Jangan Cari Pasal”. Tak paham betul driver yg buat perkara yg terang2 sangat tak patut.
Amiin…
orang lain nak cepat gak. tapi takda la sampai camtu
bajet dia sorang je ada urusan..
kalau jumpa ngan orang yang pentingkan diri ni memang la susah sikit kak…
kalau kat bank lagi la..kereta je besar..otaknya kecik..
org2 mcm ni x patut ada..ishk…
mgkn org baru pindah dkt area situ kotsss..
tp perbuatan seperti itu mmg blh mengundang marah pd pengguna jalanraya yg lain..klu tak iya2 blh jadi gaduh…
dia bahayakan diri dia, dan jga orang lain..
tak tahu nak cakap le kak jie…. yang menurunkan anak2 betul2 dpn pintu pagar sekolah pun ada. kita yg nak membelok masuk sekolah, tak pasal2 boleh naik darah.
besanya orang jenis macam ni memang tak acuh punya…baginya peduli apa orang nak pikir tentang dia kan…bukannya dia terminta2 dgn orang nak bayar keta dia…
tapi yang tak sioknya pula jgnlah sampai menyusahkan pengguna jalanraya yang lain..lagipun tak semena2 kita kena sumpah seranah orang…besanya orang yang kurang ajar kat jalan raya ni besanya lah memang kena sumpah oleh orang…disumpah accident lah…sumpah keta kena langgar lah dan macam2 lagi lah…
jadi kepada pengguna jalanraya di luar sana bertaubatlah sebelum terlambat yer…. 😀
sayang anak la katakan…tak sayang pengguna lain…elok hantar ke zimbabwe ni… 😉
kalau cakap pasal pentingkan diri sendiri ni rasa lemau lah badan kak jie sebab kerja jadi kuli ni most of the peoples surrounding me are suck and selfish. Sebab mengenangkan rezeki halal ada anak keluarga je bersabar banyak-banyak. Di tempat kerja lagilah ramai selfish punya makhluk. 😳 😥
tu la.. sape suh lambat.. hehe.. kan dah xde tempat nak tunggu.. ade gambar ni boleh la nak saman ekor kete tu.. 😀
Anak² sekarang ni manja sangat..Nak mak ayah ambik betul² depan sekolah..
Tak pun mak ayah yang betul² manjakan anak..huhuhu
teruk betoi neh..sy sbg pemandu kalau la camnih..wajib tak benti tepi jalan dah kak..hahaha…
mak aih…
samseng betul org tu…
dia kira dia punya hal jer yg penting…org lain x de hal penting mcm dia…
hampeh betul
dia nak gi toilet kot..
dah xtahan..hehehe
Kadang kita fikir benda tu remeh, tapi benda2 mcm ni lah yg sering kita terlpas pandang yg boleh mengundang bahaya ataupun menyusahkan orang lain…
.
agak2 dia tu baca blog kujie tak?
heheheh
kalau dia baca tontulah dia akan hinsaf kot…ihik..
tapi apa2 hal pun, wajar mamat itu ditegur, agat tidak mengulanginya lagi… kalau kemalangan berlaku di situ, dah satu hal, menyusahkan pengguna lain juga satu hal lagi, dan yang hangin ialah menipu dengan menggunakan hazard lite, harus dibabap montotnya.. huhuh
Ameennn..
apa respon tuan punya kerata kalau keretanya dilanggar? mesti dia marah.
macam tu juga orang yang terpaksa berhimpit sebab dua lorong jadi satu.
Banyak orang selfish dalam dunia ni kak. Even kekakdang kita sendiri pun tanpa sedar berlaku cam tu gak
kan? betul tak sy ckp.
byk2 manusia, ada dua golongan utama.
1) yg pentingkan diri sendiri melebihi orang lain.
2) yg pentingkan orang lain melebihi diri sendiri.
kalau diri kita sendiri, kita rasa bersalah kalau tindakan kita boleh buat orang susah…
Pintu utama sekolah memang di tutup sebab berdepan jalan utama- bahaya.
murid mesti dijemput melalui pintu lagi satu…seluas padang dan selesa tapi ada juga ibubapa yang malas nak masuk ke belakang
Normally memang macam tu la yang selalu berlaku. Tempat-tempat yang banyak nak pick-up orang selalunya memang akan jammed. Puncanya, ada setengah tempat takda parking, kalau ada pun jauh. Kalau tak jauh pun, bayaran parking mahal. Macam tak berbaloi untuk bayar. Sekali-sekala takpa, kalau on daily basis, boleh kopak wallet.
Cara nak mengatasi?
Banyakkan perkhidmatan pengangkutan awam. Itupun kalau boleh.
Lagi stress bila owner kereta tuh buat muka tak bersalah…ish..
ya Allah ….permudahkan lah urusan isteri ku……
ya lah kak jie…aku memang pantang orang mcm ni…nada kesedaran sivik betul…dia taknak paking kat belakang tu bknnya sal apa takut jem amik budak..kira nak cepatlah dia tu..tapi orang lain pun nak cepat juga so kena timbang rasalah…ikutlah peraturan di jalanraya.. 🙄
Kadang-kadang sebab dia sekor membahayakan keselamatan pemandu yang lain..gara2 dia orang lain teraniaya..yer lah gara2 mengelak keta dia, pemandu lain kena ambil ruang jalan bertentangan..sudahnya berlakulah accident yang tidak diingini….
macam kenai jek kak tmpt nie?hikhikhik..
mmg pentingkan diri btul…
serius la kak..skrng pemandu Malaysia kdg2 tu macam hilang pedoman jek bawak keta…langsung tak pikir orang lain..
parking tgh jalan pun ada..
lepas tu,buat muka belagak macam tak bersalah..macam dia jek yang ada keta besau..hehehe