Itu Ini Begitu Begini Di Situ Di Sini
Peribadi

Itu Ini Begitu Begini Di Situ Di Sini

Akhirnya………. bermacam² theme saya cuba , dari yang canggih berflash sampailah yang simple minimalist.  Citarasa saya begini bukan begitu.

Banner saya perlu di pasang – tunggu contractor buat final finishing.

Sebenarnya macam² berlaku hari ini

  • Terkejut beruk tengok bil air rm 200+ .  Agak pelik kerana kami 3 orang saja, cuma cuti sekolah ini ada 2-3 orang yang datang on off.  Sebelum ini berlima pun tak pernah lepas rm 50.  Saya katup semua paip air dalam rumah termasuk paip ke tangki atas bumbung dan tengok meter masih bergerak laju.   Saya percaya ada paip yang bocor.

Tindakan – esok cari orang repair.

  • Petang tadi submit Form A KWSP.  Terpaksa menunggu 46 minit untuk dapatkan perkhidmatan hanya untuk proses tak sampai 1 minit.  Masa yang dicetak pada tiket menunggu 14:19 dan masa yang dicetak pada resit bank in slip 15:05!  Nombor urusan berkenaan dengan Maybank sekejap saja dipanggil – kami yang nombor selain dari perkhidmatan Maybank kena tunggu lebih 40 minit semata² untuk urusan cek yang dulu menggunakan ‘kaunter ekspress’

Maybank – kalau tak mampu nak sediakan perkhidmatan selain dari ‘on house banking’ apa kata kecualikan perkhidmatan untuk lain² urusan contoh ASB, KWSP, SOCSO.  Buat perkhidmatan semata² hanya untuk Maybank.

  • Magrib tadi pula – sinki dapur tersumbat !  Kedua² sinki melimpah air.  Nasib baik waktu tu sedang bervideo cam dengan abang, bolehlah mengadu domba merengek manja…kehkehkeh.:lol: Urusan rumahtangga perlukan penyelenggaraan sedangkan orang yang selalu bertukang bulan Februari 2011 baru nak balik.
  • Kelas hari Isnin dan Khamis dibatalkan minggu ini.

©kujie – kutuk orang untuk nampak hebat atau nak tutup kelemahan sendiri?

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Itu Ini Begitu Begini Di Situ Di Sini

  1. kak jie orgnya simple
    susah nak guna theme yg berserabut..tak reti
    try guna tapi mcm tak de feeling je…baik guna apa yg kita selesa..blog kita, kan

    pasal ruangan komen mmg ada yg kena dibetulkan lagi ni…..pelan2 dok oter

    terimakasih ye

  2. wah..dah tukar dah theme.. kak jie, dulu cakap nak theme yg gedik sket.. hehehe..
    smart gak ni..simple je..maybe kotak komen ni kot kena adjust.. ada yg tak sama allignment..

  3. Theme dah bertukar dan form komen pun rasa janggal. Saya rasa theme yang lama paling simple dan kemas. Usaha lagi Kak Jie cari theme yang serasi

  4. Salam Kak Kujie. Selamat bertemu kembali…. 😀

    Begitu lama saya tidak menjengah AKAK di sini. Mungkin saya kurang berusaha… Maaf.

    Akhirnya saya listkan kembali url blog Kak Kujie, setelah kes Malware dulu.

  5. kawan saya dulu kat taman ni pun mcm tu, sampai 200 lebih bil air dia, , lepas check rupanya pelampung tangki air ada mslh…tukar baru then settle

    em…lagi 2 bulan nampaknya

  6. bila nak finalize theme blog akak kujie ney??..
    tak sabar plak nak lihat hasil terakhir… 😛

  7. Bil eletrik pun tak de sampai 200, banyak tu 200 bil air.. something wrong la tu..

    theme ni ada tak kena dengan comment tu, tulisan atas gambar.. 🙂

Comments are closed.