Ipoh… Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang getahnya digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Tapi saya tak pasti nama Bandaraya Ipoh itu asalnya dari tumbuhan beracun tersebut atau tidak. Yang saya tahu, tiap kali melalui Ipoh akan melepasi Terowong Menora. Bila lalu Terowong Menora mesti teringat Volkswagen kuning . Saya pun tak tau kisah Volkswagen kuning tu, cuma cerita orang. ย Gossip berkait.
Saya jarang masuk ke Bandaraya Ipoh. Selalunya melalui Ipoh untuk terus ke utara atau selatan. Pernah juga beberapa kali memasuki bandar Ipoh. Tiap kali singgah, masalah untuk mencari jalan untuk masuk semula ke Lebuhraya Plus berlaku.
Masa bercuti baru-baru ni pun kami berpusing juga mencari arah untuk memasuki semula lebuhraya. Jalan paling mudah, turunkan tingkap di persimpangan jalan dan jangan berat mulut untuk bertanya.
Lelaki ini seperti baru balik dari kerja..
” ambil simpang kiri, kemudian terus… jumpa simpang trafik light ke dua ambil arah kiri…bla…. bla… eeeemmmm….ecnik ikut saya sajalah, saya pun nak ke arah sana”
Kami pun ikutlah ย motorsikal encik baik hati ini. Ipoh mali talak sombong maaaaa….
Sampai ke satu simpang tiga, encik baik hati ini memberi isyarat supaya kami teruskan sementara dia membelok ke kanan untuk ke destinasi dia. Alhamdulillah , akhirnya kami berjaya memasuki Lebuhraya Plus di Jelapang menuju utara.
Hai orang Ipoh… saya akan melalui Ipoh lagi esok pagi , balik kampung seminggu!
saya jadi penasaran dengan tanaman ipoh ini, apa di Indonesia juga ada ya..
nice share ๐
walaupun saya membesar di kawasan Ipoh, belum lagi berkesempatan membawa isteri dan anak2 merayau2 di bandaraya Ipoh. lagi kesian pada anak bongsu saya. kalau Aangnya pernahlah jga sampai di tempat2 tertentu
Aku kira Ipoh tu nama orang ternyata nama daerah ya hehe ๐
>kampung dayah<
ipoh tu tempat atuk opah yg dah arwah la…
tempat jatuh cinta pun iye jugak tu…
hehe…
๐
sebenarnya kalau kita masuk ke bandaraya Ipoh bukannya susah mana pun jalannya. yang penting kena yakin dengan papan tanda yang ada. heheheh. :p
pernah duduk kat ipoh hampir 3 tahun. ๐
orang ipoh mana ada sombong maa..
baru tau ipoh tu maksudnya apa..hehehe
memang betul.. saya duduk ipoh setahun.. memang seronok keadaan disana…
betul tu… ramai rakan saya yang tiap kali dari selatan nak ke utara dan akan melalui ipoh, pikir banyak kali nak singgah ipoh, sebab takut sesat…hehe
kalau ikut gambar kat atas tu, macam dah termasuk simpang kiri, kalau terus je, memang jumpe hiway dah, hehe
nama ipoh memang asal dari pokok ipoh, ada satu di depan stesen keretapi ipoh..
kalau tak silap, jalan tu ke port. lepas tu ada simpang yang akan ke silibin/gugusan manjoi/jelapang. heheheh. kalau nak ke highway, kena patah balik dan belok kiri, lepas tu terus je. ๐
tapi kalau nak ke highway ikut silibin pun boleh je. rasanya terus sampai jumpa bulatan, ambik ke kanan. lepas tu terus je. jumpa lah highway ๐
Lelaki tu nak cepat lah tu, malas nak terang panjang lebar agaknya ye ๐
rupanya ipoh tu sejenis tumbuhan..
Pernah dengar racun pokok ipoh masa sekolah dulu digunakan untuk menyumpit. Belum pernah sampai ke ipoh nie.
racunnya cukup kuat. boleh membunuh manusia sekali
btul tu..konfius cket nk cri jln keluar hway plus dr bndar Ipoh..tnya org tempatan lbih baik..hehe..
mudah mudahan untuk kali ni takkan sesat jalan lagi kat Ipoh..hehehe
tak masuk bandar Ipoh kali ni…mcm selalu lalu highway terus je…hari tu mmg masuk jalan dlm bandar, nak jalan2 tengok Ipoh….
sejak pembangunan semakin pesat kat Ipoh ni memang sedikit mengelirukan jugak jalan2 masuk ke bandar Ipoh ni kalau memang tak tau jalan..
Masih ada yang sudi menjadi pandu arah. Teringatkan saya ada gang big bike bertanyakan pandu arah untuk melalui Rasa untuk naik ke Genting. Saya menawarkan diri untuk pandu marah tetapi mereka menolak. Agaknya saya naik motor kapcai sahaja kot. ๐
semulajadi kita suka nk membantu… kebetulan masa tu mmg nak lalu situ atau mmg tgh free… kalau org minta tolong rasa nak bantu sampaj berjaya
mgkn grup tu cuma nak yakinkan keputusan yg diaa dah tau, dia ada org bagitau sama apa yg dia faham… dia rasa dah cukup dan yakin nak lalui jalan tu kot
bejalan sakan kakjie ..
laki tak dak…hahaha…boleh blk kg lama-lama :p
wahhh, seminggu…syoknya…selamat memandu dan selamat bercuti kakjie
kebetulan ada kenduri kt kampung…dan kak jue dok rumah pun berdua je dgn intan.
Saya suka tajuk entri ni ๐
quote yang fofular