Peribadi

Inilah diriku

Idham said…
cik abang tak marah ke blogging ari-ari?:)
Cabai Burung

Saya terpanggil untuk menjawap soalan ini…menarik bukan? Sebelum saya menjawap elok saya terangkan diri saya kepada pembaca semua.

Saya adalah isteri kepada seorang freelance land surveyor (juru ukur tanah) dan Domestic Engineer (surirumah sepenuh masa berKWSP ) dan ibu kepada 3 orang anak berumur 16 tahun, 14 tahun dan 9 tahun. Saya bangun seawal 5.30 pagi , siapkan sarapan untuk keluarga kerana anak² saya bawa bekal ke sekolah. Pukul 7 pagi selepas semua keluar, tinggal saya seorang. Saya sidai baju yang telah saya masukkan dalam mesin sebelum saya tidur.

Saya on komputer , sambil jenguk blog juga melawat kawan². Sambil itu saya bersiap untuk ke kelas. Kelas pengajian saya bermula dari pukul 9-11 pagi setiap :

  • Selasa – Tadarus Al-Quran.
  • Rabu – Tassauf
  • Khamis – Tajwid
  • Jumaat – Hafiah ( tafsir Al-Quran )

* – Setiap hari Khamis petang saya akan mengikuti rakan² muslimah membaca Yassis & Tahlil di rumah jiran² bergantung pada jemputan sesama kami.

Sebelum keluar saya akan bawa sampah letak dalam tong di luar rumah kerana lori pungut sampah akan datang selalunya dalam waktu pengajian saya setiap Isnin, Khamis & Sabtu. Saya juga keluarkan ikan atau ayam atau apa saja dari freezer supaya apabila balik dari pengajian bahan tersebut boleh saya masak.

Sambil memasak, saya boleh on komputer kerana pc saya memang di dapur. Anak perempuan bongsu saya bersekolah di SJKC dan akan pulang jam 3.30 petang. Saya akan hantar bekal makanan untuk tenghari setiap hari pada :

  • Isini & Selasa = 1.30 petang
  • Rabu & Khamis = 1.00 petang

Dalam perjalanan balik dari SJKC saya akan singgah di sekolah menengah untuk ambil anak lelaki saya yang ke-2- Angah.

  • Isnin – Rabu setiap jam 1.10 petang
  • Khamis = 4.30 petang ( Angah bertugas di Pusat Sumber sekolah setiap Khamis )

Setiap hari Rabu, perlu hantar Angah untuk kokokurikulum dan jemput semula pukul 5 – 6 petang. Saya juga guru tusyen anak² kerana sewaktu Angah mengambil UPSR, dia tidak menghadiri mana²kelas tambahan. Saya patut bersyukur( bukan riak) kerana dia masih mendapat 5A. Saya perlu banyak membaca kerana anak² saya tidak segan untuk bertanya.

( sekarang topik politik…kenapa kita mengundi, mengundi tu untuk apa? dia tanya kenapa ada 2 parti,kenapa BN gunakan satu lambang walau bergabung dgn beberapa parti lain, kenapa KeADILan, PAS & DAP tidak menggunakan satu lambang…apa parti pertama yang menang ..apa lambang Parti Perikatan, kenapa pagar sekolah Intan ada kertas², politik wang tu apa? sehinggalah soalan yang tidak tercapai akalku… ” binatang yang mati bila kat akhirat dia masuk syurga ke neraka”. )

Antara waktu² senggang itulah saya berblogging. Saya juga perlu siram pokok bunga, lipat kain baju, leraikan anak² bergaduh, bagi makan ikan atau layan drama di tv.

Saya juga online untuk bayar bil telefon,bil air, bil api, bil cukai pintu, bil astro, bayar instalment rumah, kereta juga kad kredit. Saya juga budak pejabat yang akan membayar KWSP, Socso , fail segala macam surat untuk syarikat suami saya. Saya juga budak dispatch yang akan memandu ke KL membuat blue print dan mengsubmit segala drawing plan jika perlu sambil mempastikan jadual balik anak² dari sekolah tidak terganggu. Saya juga akan menaip data² dan sesekali membuat cross section drawing untuk kerja² pejabat suami saya.

Kesemua kereta yang saya miliki, saya jugalah yang berurusan dengan pihak insuran, beratur di kaunter JPJ @ Pejabat Pos untuk menghidupkan roadtax atau berhubung dengan pihak bank jika kereta masih belum bertukar hak milik( milik bank ).

Saya juga yang membawa kereta ke wordshop untuk diservice sehingga untuk membeli tayar atau menukar tayar yang baru – perlu tahun harga terkini juga saiz untuk setiap jenis kereta.

Saya yang membeli segala jenis barang kegunaan harian , beras, ikan, sabun, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya.

Ini adalah 10% daripada perincian yang saya lakukan seharian. Untuk semua itu, adakah saya perlu di marah kerana berblogging?

Saya nak bagitahu lagi… ( biarkan saya membebel kerana ini adalah mother’s sign!!! )

Blog saya di baca oleh suami saya, anak saya, adik saya, adik ipar saya, biras saya , anak² saudara saya. Sekiranya apa yang saya tulis atau cara tingkahlaku saya salah, tentu saya sendiri malu kepada meraka.

Saya pernah berjumpa hampir 100 orang teman² dari alam cyber. Pada tahun 2005, saya pernah membuat Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Teratak Anna Abadi ( Teratak Santai ) di rumah saya. Secara sedarnya suami saya mengetahui segala gerak geri saya di alam cyber. Beliau kenal kebanyakkan orang yang saya temui.

Teman yang datang dari Singapura dan Kuantan bermalam di rumah saya dan ada juga yang terbang dari Pulau Pinang.

( Kenangan terindah 2005 )

Suami saya juga ikut serta apabila kami ( saya bertemu uncle J di situ) melawat KS di Semenyih.

( bergambar bersama KS dan Fifi- Bersamamu di kediaman KS )

Berblogging adalah atas persetujuan suami, dan tentunya saya tidak akan mengadap pc sekiranya dia bertenggek depan tv. Hujung minggu selalunya saya jarang mengadap komputer kerana itulah masa kami sekeluarga tak kiranya kami keluar untuk mengikut suami bekerja.

Walaupun saya aktif berblogging, saya rasa kehidupan kami tetap stabil malah penuh dengan gurau senda sarat dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Suami masih lagi memotong kuku kaki saya sejak berkahwin 17 tahun dulu hinggalah sekarang. Kami masih bersms, bercolling dan bergurau noty² suami isteri. Saya masih lagi menghantar suami setiap pagi dengan ciuman walau pun didepan anak² dan menyambut kepulangannya dengan pelukan walaupun di depan anak². Kami masih lagi bertepuk tampar, cubit mencubit usik mengusik walaupun bersama anak². Kami masih keluar berdua²an walaupun hanya sekadar untuk secawan teh dan sepinggan char kuey teow selepas anak² tidur. Masih bersiar² meronda kawasan bermotor berdua²an di bawah sinaran bulan purnama.

Walaupun isteri adalah perkongsian hidup kita, tetapi kita kena hormati beliau sebagai seorang individu yang juga berhak sebagai diri dia sendiri selagi tidak terdorong ke arah yang menyesatkan. Sebagaimana isteri boleh terima hak dan kehidupan individu seorang suami dengan teman² sekerja atau teman² sekedai kopinya, suami juga boleh bertindak begitu terhadap isteri dan aktivitinya.

Suami isteri adalah saling lengkap melengkapi apa yang terkurang dari pasangan masing². Kita tak mungkin bertemu pasangan yang sempurna kerana kesempurnaan bukanlah di dunia.

Apakah dengan kehidupan saya seperti ini, saya layak dimarahi?

* musim² pilihanraya ini,saya msih sempat menjahit bendera dan turun mencula /mengedar risalah kempen di kawasan² perumahan setiap sabtu & ahad.

Edit : Hari ini hari Jumaat saya kena hantar Angah ke masjid untuk solat jumaat – suami saya tak balik tengahari .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Inilah diriku

  1. jujur nih..
    dayah jeles ngan akak .. tapi bukan lah jeles dengan penuh busuk hati tau! jeles dengan kasih sayang nih… dayah sangat suka dengan penerangan akak yang jelas nih.. kenkadang mcm dah tolong jwb utk semua wanita@isteri@ibu yg berblog… skrg lagi akak free kan sbb yg bujang2 dah duk hostel.. anak dara dah pandai jaga diri… 😀 tapi tu lah.. tanggungjawab ibubapa nih tak pnh abis kan.. 😀
    Jom terjah post menarik dari dayah ..bila pura pura tak tahu ada surprise sempena birthday…My Profile

  2. Zana,, terlepas lagi entry kak jie nie.. hehehehe…

    kenapa nak kena marah??? tak mungkin …. tapi zana??? erm……..

    kak jie.. nak mintak ym 😉

  3. Terimakasih semua…saya malu sendiri…diri saya bukan hebat dan sempurna….cuma seorang ibu biasa saja…mungkin bukan ibu di bawah tempurung….he he he

    seganlah saya nk bercakap hal ini lagi…..takut nnt jadi riak pula.

    cuma sy bersyukur dgn hidup sy sekarang…

  4. tabik kat u K.Jie. Dengan jadual sibuk and pack you still got time and substance to blog. Wa caya lu babe…hehehe

    Rocker Pearl ( tak kena betul..)

    have a good week ahead 😉

  5. Jie,
    Satu entri yang menarik. Kreatif kerana Jie menjadikan soalan Idham sebagai bahan entri. Gaya penceritaan Jie juga menarik, tiada unsur-unsur berbangga diri tetapi penuh dengan keikhlasan. Penulisan juga menarik. Syabas! Kirim salam saya pada suami dan anak-anak. Wassalam.

  6. pepe pon..saya kagum ngn kak jie!
    Untuk menjadi supermom, perlu ada kekuatan dalaman..nanti jadi cam ayat nih” kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih ” …
    Bayangkan la , kalau mak/isteri nih sakit..mau pincang aktiviti umah..hehehhehee…

  7. Salam Jie…
    Lebih kurang ler kita… cuma OD tak ada anak jek… ahakz… sabo je aku dan OD tak ada kelas agama sepanjang minggu. Cuma tiap pagi Ahad jek kat masjid. Gagah jugak ke sana walaupun jauh (sebab pindah rumah tiga tahun dulu) sebab kengkawan kat situ. Lagipun, citarasa seswai di situ.
    Tugas surirumah sepenuh masa ni sama gak ngan tugas orang ofis, cuma tak ada ofis jek…
    Jie, kat England, suri rumah nak tuntut gaji… bila agaknya kita nak merasa ek?

  8. wahhh kagum sungguh… so bila nak buat gathering lagik??? chik nak join nih 🙂

  9. Kak JIe,

    SYABAS!!! Itulah perkataan pertama saya untuk menulis komen di sini.. jika entri sebegini.. saya pasti setiap patah setiap kata datang dari keikhlasan Kak Jie.. sebagai Iseri dan Ibu kepada anak-anak.

    Walau saya sendiri sesekali ke sini.. tapi setiap entri Kak Jie banyak informasi dan perkongsian bersama..

    Malah.. waktu kemalangan saya tempuh hari.. ini lah Kujie yang bersms dengan “saya” sewaktu dengan UncleJ..

    Terharu saya baca tanggaungjawap Kak Jie dalam menjalani kehidupan harian… dan masih lagi menjadi teman teman sejati di dunia blogging..

    Malah saya sendiri pun terpaksa membahagi bahagi kan waktu jika on-line di rumah (baru jer daftar streamyx 2 minggu lepas] .. dan saya pasti untuk menjadi seorang ayah [dengan waktu yang terhad] dan seorang suami.. pastinya memerlukan pembahagian masa yang sempurna.. Apa lagi Kak Jie.. sepenuh masa sebagai suri rumah..

    TAHNIAH Kak JIE.. sampaikan salam saya pada suami Kak JIE [ada blog tak dia].. satu hari nak jumpa sekeluarga ya.. Insya Allah

    p/s: apa yg hebat tu komen di blog saya.. tak faham? he he

  10. kakjie!!

    ziana speechless!!!
    ziana berbangga kenal ngan kak jie…kak jie my idola!!!!
    hope oneday ziana akan ikut jejak kakjie..
    🙂

    tahniah kakjie!!
    tahniah!!
    kakjie TAK LAYAK DIMARAHI..
    sbb semua yg kakjie buat dpt restu husband..anak2..family2 and kawan² sume….
    🙂

  11. salam mama..

    rasa kagum dgn jadual harian yg mama buat..walaupun mama seorg surirumah tp mama tau hargai masa..mama pun pandai hargai kawan2,bukan senang kan mama nak buat seseorang hargai diri kita..

    yang paling syam ske baca tentang kasih sayang mama dgn cik abg walaupun sudah 17thn mama kawin..

    tabik spring buat mama..calon untuk anugerah ibu mithali 2008.. 🙂

  12. jie ku sayang..tabik la..kita serupa tp berbeza..surirumah sepenuh masa..ramai yg ingat dok relax sentiasa..hehhe. punch card x d..tp terkejar2 setiap masa..wahahaha.
    nway, wa tabik lu..hahhaa…!
    walau kdg2 rasa sesak jugak dada, tp bahagia! insyaallah…
    mmuahhh! always give n take..kunci penting tu..hikks!

  13. salam kak jie…
    tah nape terasa sayu membacanye luahan hati kak jie ni….
    malaham teramat2 kagum ngan cara kak jie menguruskan umahtangga…

    tabik hormat buat kak jie….
    cth teladan buat isteri2 & ibu2 😉

  14. :: salam… bertitik tolak dari soalan Idham… menjadikan kita tahu sedikit sebanyak tentang hati dan perasaan tuan rumah… dan rakan lain yang memberi komentar…

    :: bersedia awal… lebih baik dari kita terjelepuk kemudiannya akibat kurang bersedia dan kurang persediaan…

  15. most of us (wife/mother/employee/employer) semmgnya dipandang remeh. And I agree semua kita pun pasti mendapat restu dan sokongan kuat dari sang suami…sbb kalo hati x gumbira mana ada idea nak berblogging..even some cases sang suami yg asking the wives to start blogging ek…

    heheheh whatever it is… Kakjie dan ramai rakan wanita blogger lain are superwomen…di dapur, pejabat dan di rumah dan disayangi suami dan anak2….

    dan kerna itu saya berblogging..utk lebih kenal lebih ramai wanita hebat!!

  16. saya sokong n3 kak jie…

    kite memang x patut dimarahi andai seme tugas kite dilaksanakan dgn betul…

    memang zaman skrg menuntut para isteri berdikari…

    kerna kebanyakkan lelaki memang suka pada perempuan yg boleh berdiri diatas kaki sendiri…

    tp x seme lelaki yg menghargainya dgn mengambil kesempatan tidak memberi nafkah dan membantu lgsg dirumah…

    syukur,kehidupan kak jie bahagia…

  17. Rio – 10 bintang….he he he..saya nak bulan !

    Rio,saya cuma ingin semua surirumah berbangga dengan diri mereka sendiri. Setiap orang mempunyai kepentingan di dalam komuniti.

    Moga Rio dan keluarga juga cemerlang!

  18. puterisatu – semua orang hebat…. mengikut keperluan diri dia sendiri. Bila kita rasa self esteem dalam diri kita, kita akan alirkan kepada org sekitar…kendian org sekitar akan spreadkan dgn semua org…kita rasa bahagia…bahagia dtg dari diri kita sendiri..dari dalaman kita…

    combi – cara kita dibesarkan dan persekitaran kehendak kita berbeza, itu saja…suami aku kan keje tak tentu masa, tak tentu tempat..kadang2 kena outstation berbulan2…kalau aku tak pandai buat tu semua…susahlah….

    trylah combi….kita kena sediakan payung utk diri sendiri juga, bersedia bkn saja utk diri kita tetapi utk anak² kita..kita kena kuat utk membuatkan mereka juga kuat

    muaaahhhhh…..itulah kebaikan dari persahabatan combi…kita menjadi shoulder utk satu sama lain…

    maksu – selagi kita sedar tanggungjawap dan beringat²..Insayallah….berkat hidup.

    contohnya : kita berblog kerana diri kita bukan untuk menarik perhatian orang….insyallah kalau niat kita ikhlas..tujuan kita baik..kita akan mendapat ganjaran yang baik…

    Didiklah dirimu agar jadi orang yang bersikap tenang, sabar dan berperilaku baik, kerana orang yang meningkatkan perilakunya dan suka tersenyum kepada orang lain, maka dia akan disukai oleh orang yang bermoral baik, dicintai oleh orang soleh, dan dijauhi oleh orang yang bermoral buruk.

    uglyman – he he he…marriage is supposed to be a give and take.

    I’ve been in the workforce before and had some good and well paid jobs but being a full-time mother has been the most rewarding job I’ve ever had – happy and proud about it.

    owhhh…hiks….ada deria ke 6 kot!

    p.s org bendera dacing tak buat semua itu secara percuma, tanpa bayaran..kita parti yang berjuang dengan sokongan kewangan dari titik peluh dan keringat..ha ha ha…. abislah statement ni !

    kumb@ng – masih mencuba untuk mendapat tarap tersebut…InsyaAllah

  19. Jie,semarak salam.Dok mai selalu.Tapi tak dok komeng.Tapi entri ni raser nyer kener bui 10 bintang ke atas.Puan berhak diberi penghargaan.Thanks for sharing..Rio.

  20. idham – kakjie tak berkecil hati, suami kakjie sendiri pernah cakap mcm ni

    ” awak dok rumah tak buat apa²….bla..bla…”

    Kemudian satu hari kakjie memang duduk rumah tak buat apa². Sejak hari tu, dia sentiasa menghargai kakjie… lebih bertimbanga rasa.

    Biasanya orang mempunyai tanggapan yang kuno , tipikal tentang seorang surirumah sepenuh masa….kakjie suma salah seorang dari berjuta² lagi surirumah diluar sana yang hebat…

    cik mika – ha ha ha..berfoya²kan…suke dia tu…kalau isteri @ ibu gembira dgn hidup dia, seluruh keluarga akan merasai kehabgiaan tersebut.

    Sebab itu di panggil SURI!

    he he he

    pB – insya allah…. sebenarnya hasil dari kerjasama seluruh ahli keluarga…yg membentuk kehidupan yg bagaimana kita ingini

    umi mia – 17 tahun lagi mungkin persekitaran dan keperluan kita berubah…. kita juga kena berubah..tetapi yg tak mungkin berubah adalah prisip asa..

    wahat u give u get back..berbuat baik dgn semua org, Insya allah kita akan mendapat kebaikan juga…

    jelly – itu baru urusan dgn keluarga, belum dgn jiran tetangga, belum dgn mertua ipar duai…hihihi…

    tp kakjie bersyukur kerana dikelilingi oleh orang² yang bahagia dan baik²

  21. nieja – setiap orang mempunyai 24jam, tak ada siapa yg kurang atau lebih…:p

    muin– erk…ade ke aisrkim tu…..makcik dah hilang ingatan lah….. he he he

    ~ what we give, we get back!
    ~ memberi kasih sayang bukan meluatkan apa yg kita ada…malah berkembang biak…

    neeza shahril – ada juga dark side kakjie ..tetapi bila dihitung rasanya bahagia dah bersyukur sangat kerana kakjie sentiasa dipermudahkan urusan

    suami kakjie memang workholic,kerja dekat site yang panas membahang dan kakjie tak akan sesakkan fikiran dia dgn hal2 yg boleh kakjie uruskan sendiri…

    my job is to make him happy regardless of my own happiness.

    cikgu panji – Terimakasih cikgu kerana mendidik saya menjadi seperti ini….he he he

    syu – I guess what i’m trying to do is teaching my kids how to live by letting them watch me live!

  22. Wow. Tabik spring. Anyone who actually thinks that being a Home Minister is easy should get his head out of the sand. Put your head up high and walk proud. You deserve it. I did tell you once before “Bertuah siapa kawin dengan you” dulukan? Hahaha… 😀

    P.S. Itu bendera dengan risalah kempen yang awak handle jangan ada dacing yer. 😀

  23. tq for the long explanation, that includes me too (only a little bit let), dan my hubby pun tahu saya berblogging kat tempat saya cari makan. hik

  24. perbezaan antara kita mcm langit dgn bumi jie..

    aku sume huby yg urus kalo urusan bil online dan sebagainyerr..

    kami akan bersama2 kepasar seminggu skali dan ke giant tiap2 minggu..jln2 beli brg disamping cuci mata..cecece :p

    setiap hari sabtu dia buatkan aku bekpes hohoho(ari utk aku jadi datin tetap & berpencen).wiken kami sama ke dapur utk cipta resepi sendiri & utk perut sendiri.. aku x pandai masak mcm chef norz & datin jun :p

    mayb sehingga ari ini aku masih belom pandai berdikari sbb dia terlalu manjakan aku dan sgt ‘ringan hati & tangan’ nak jadi assitant aku bila2 masa 🙂

    dah sampai masa kot aku kena jadi mcm hang..berdikari sbb kita bukan akan bersama sehingga ke akhir hayat jika ALLAH menjemput salah seorang dari kita mengadapnye dahulu..

    ~ aku sgt bertuah diantara ribuan manusia yg bertuah mcm hg gak jie ~

  25. kak jie…sepenuh perasaan saya baca entry kak jie yang satu ini…sehinggakan saya tak nak satu ayat pun tertinggal…kak jie…saya nak jadi macam kak jie!…tapi..boleh ke saya??? Kak jie layak dapat awards…ibu serba boleh!

  26. wah kak jie, kak jie lah role model saya skrang ni….Semoga 17 tahun akan datang saya juga akan sebahagia kak jie…seronok bila tau ramai ppn diluar sana gembira……….

  27. Kak Jie mmg supermom superwife supergirl (boleh ke?)

    Tak sangka dalam satu hari banyak sgat perkara yg Kak Jie kena setelkan..
    Ini yang buat saya semangat utk jadik suri rumah (boleh?)

    Semoga Kak Jie megharungi kehidupan sehari² Kak Jie dengan sejahtera dan bahagia di samping family tersayang..

    Muahhhhhssssssssss utk Kak Jie!

  28. Saya kagum dgn mama..mama boleh uruskan semua utk satu hari..mama boleh ke sana & ke sini..malah mama ada masa nak berpoyo² lagi ngan member cyber..

    Kalo 1 hari nnt saya daa berkeluarga,saya nak jadi mcm mama..saya kagum..saya bangga dgn mama..

  29. saya respek la ngan kak Jie nih..kalau kak Jie tak cerita kisah rutin seharian kak Jie yang padat tu saya tak perasan. err kak Jie kecik ati ke ngan soalan saya tuh?. mintak ampun mintak maap
    Cabai Burung

  30. mak oiii.. neeza rasa neeza tak pernah jumpa lagi orang as great as you. Banyak benda boleh handle at the same time. Caya lah Kak Jie!! Keep it up!!

  31. speechless…the best mom blog ever.. k.jie layak di sayangi dan diminati oleh suami,anak2,family , rakan taulan dan jg blogger2..:p
    ps: k.jie jgn lupa blanja aiskrim br yg dafi buat iklan tu yerr..

Comments are closed.