Iklan Raya Petronas 2014 – untuk koleksi iklan raya petronas yang lain , sila klik di sini Koleksi Iklan Raya Petronas
Semua di dalam iklan Raya Petronas 2014 ini ada kenangan yang sangat hampir dengan kehidupan saya.
- Kentang, bawang, kelapa, kerisik, daun palas, buluh lemah memang berterabur kat dapur.
- Tangkap ayam kampung.
- Main bunga api batang besi
- Bila dah berkahwin, balik kampung susun tilam dan toto untuk tidur. Adik beradik saya 8 dan adik beradik sebelah suami 11. Bayangkan bagaimana bila semua berkumpul.
Secara tradisinya sejak tahun lepas, saya akan balik ke kampung malam raya selepas selesai majlis bersama jiran tetangga. Kami adakan takbir dan doa selamat di setiap rumah jiran yang ambil bahagian.
Maklum suami sering kerja luar daerah, peluang sangat terhad untuk bersosial dengan jiran tetangga.
Pagi raya di kampung, sebelepas solat surat hari raya, kami akan berkumpul. Dengan adik beradik segerabak, bukan mudah untuk tunggu semuanya bersiap. Nasib kat kampung ada 3 bilik air. Orang terakhir yang mandi, air kolah dan tinggal seinci. 🙂
Secara tradisinya sejak dulu, ada tazkirah di pagi raya diikuti bacaan tahlil untuk ahli keluarga yang telah tiada dan doa selamat.
Selepas itu sesi bermaaf maafan. Dimulai dengan yang paling tua di ikuti semua anak cucu. Waktu ini juga edara duit raya di lakukan. Seronoknya budak-budak.
Kemudian, susun untuk bergambar. Riuh sungguh masa ni. Dah susun keluarga ini, ada keluarga lain pula yang tercicir. Dah bersedia semua orang baru terjerit-jerit yang masih kat dapur.
Gambar tahun 2000, waktu ini arwah bapa masih ada.
Zaman dah berubah… semua tak sabar nak berkongsi di laman sosial!
Kemudian berkonvoi adik beradik menziarahi rumah saudara mara. Biasanya melawat saudara yang lebih tua – pakcik makcik.
Yang muda tekun mendengar kisah pengalaman dan pengajaran dari warga senior.
Kami pernah juga pernah menyambut hariraya bersama secara webcam selepas terpisah sejauh 10,500 kilometer.
Iklan hari raya tu memang menggamit emosi dan mood untuk berhari raya. Sapa2 yang berkeluarga besar confirm meriah lah berhari raya bersama-sama nanti.
Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..5 Tip Mudah Kekal Cantik Cara Islam Yang Mungkin Kita Tidak Sedari
Suasana Hari Raya di Kampung alway awesome…=)
Jom terjah post menarik dari din ..Halo 4 War Games, Simple Tips for Improving in Multiplayer (Part 2)
Meriahnya beraya di kampung. Bila ramai2 berkumpul acara setahun sekali memang seronok. Yang kecik dapat duit raya dan yang besar plak bertukar2 cerita kenangan lalu. Memang nostalgia kenangan ni.
Jom terjah post menarik dari Kereta Sewa Shah Alam ..Kereta Sewa Shah Alam – Promosi Bulan Ramadhan
rindu nak pasang langsir kat kampung..
ini benar2 dekat juga dgn saya…
iklan2 sebegini harapnya dapat sedarkan kita yg tiada yg utama selain meluangkan masa yg benar2 berkualiti bersama keluarga…
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Buffet Ramadhan Casa Ombak – This Is Something Different!
pehh..memang keluarga besar nih..
Jom terjah post menarik dari titan ..88 Senarai Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014
Sudah tidak lagi merasai kemeriahan tersebut kerana kedua-dua mertua dan bapa saya sudah meninggalkan dunia.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Sabtu day hari operasi membersih sempena Raya
rindu iklan petronas semasa zaman pengarah Yasmin dulu.. semuanya melekat dan sayu je
Jom terjah post menarik dari Dieyna ..Vivix Ikhtiar Pesakit Kencing Manis
kurang kick sangat iklan raya tahun ni. mungkin sebab saya memang orang kampung dan dah terbiasa sangat dengan suasana ni 🙂
Jom terjah post menarik dari Resipi Chef ..Serawa Durian
Inilah erti raya yang sebenar. Kemenangan terhadap hawa nafsu.
Dan kembali bersilaturahim.
Seronok tengok gambar sambutan raya ni
Jom terjah post menarik dari Mazni Azmi ..Fesyen Tudung Terkini 5 Panduan Menutup Aurat
Besarnya keluarga puan. Seronok balik kampung kan
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Testimoni Set Bersalin Shaklee
Sangat meriah 🙂
Jom terjah post menarik dari Nurul ..Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Tetiba rasa sebak pulak….rasa nak balik kampung datang membuak2 walau pun kali ini hanya 380km saja.
Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.
tau tak pe..bila terjadi tragedi mcm ni, terus contact abang, contact angah..rasa nak semua family berkumpul bersama….
Assalamualaikum,
Meriahnya! Ramainya! memang kena susun-susun tidur buka toto ramai-ramai…
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Pesawat MAS MH17 ditembak Jatuh
Memang meriah kalau ada keluarga besar ni..mcm2 ragam sepupu sepapat hehehe..
Jom terjah post menarik dari azman ..Maybank2u Snap and Sell