IIUM Angklung Club
Peribadi

IIUM Angklung Club


Pagi semalam waktu ke KL Sentral untuk beli tiket bas Angah ( Angah balik 10hb dan balik ke asrama semula 17hb ) saya terserempak dengan kumpulan angklung yang sedang membuat persembahan.

Lagu yang sedang dimainkan – Ada Apa Denganmu yang dipopularkan oleh Peterpan.  Kemudian lagu   Andy Williams  Where Do I Begin (Love Story) memenuhi ruang legar KLS membuai² perasaan orang yang angau bercinta jarak jauh macam saya ni…..:lol:

Where do i begin
To tell the story
Of how greatful love can be
The sweet love story
That is older than the sea
That sings the truth about the love she brings to me
Where do i start ….

Seronoknya dapat dengar irama mendamaikan seperti itu. Tahun 2008 sewaktu bercuti ke Jakarta dan Bandung, nyaris² nak beli angklung tetapi mengenangkan diri yang tak ada nilai² kesenian, terpaksa dilupakan .

Dari flyer yang diedarkan, mereka adalah dari IIUM Angklung Club.

Terimakasih kerana menghiburkan.  Saya tiada komen dari segi  teknikal² muzik kerana itu bukan kepakaran saya.  Sekiranya sedetik persembahan tersebut telah memberi sesuatu kepada saya, itu sudah mencukupi untuk dihargai.

Kumpulan Angklung Universiti Islam Antarabangsa ( UIA) ini sedia menerima jemputan untuk membuat persembahan di majlis² istimewa seperti sambutan ulangtahun, konsert , majlis orang kenamaan, perkahwinan atau majlis makan malam syarikat dan sebagainya.

Atau klik saja angklungclub.blogspot.com

©kujie – pukul 1 pagi call Along bersembang pasal bola… hehehe…. ada ke tak mak² lain sembang bola dengan anak bujang dia ye?  Sekarang hujung minggu Along dah tak balik, dah kerja part time kat The Mines.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “IIUM Angklung Club

  1. join society lain.. tak sempat nak masuk society2 muzik ni.. best gak kalau dapat,leh release tension..

  2. toi mainly focus on solo set of angklung, which he either can play d melody only or bass only.for group or society of angklung, we prefer to use d orchestra set of angklung as d minimum numbers of player required are 15 people.n angklung orchestra group can cover each part of song;d melody,bass,chords & for d experts group (which our club still not),they can even replace beats of sound from modern instruments like guitar,drum,piano & else.

  3. XBLH LAWAN WORLD’S ANGKLUNGMAN TOI (TOI AF) YG BLH BERMAIN 24 PCS ANGKLUNG BERSEORANGAN…TERROR SEH..NO WONDER HE WON THE WCOPA LAST COUPLE OF YEARS..TOI D BEST

  4. dah ok tu
    sebelum ni…org tak boleh melawat blog sebab bila klik jadi error page not found.

    ok….kak jie pn nk out, ade kelas kul 9
    kaunter pertanyaan ditutup buat sementara waktu 😆

  5. baca balik apa yang ditulis kat atas tu…….

    1. pergi Geng Blogger
    2. klik setting
    3. tengok url blog sendiri yg tak ada
    4. betulkan…delete dulu url blog tu, letak baru, letak http://

    pergilah kat profile sendiri kat GB tu, klik tgok link yg diletakkan tu..boleh direct ke blog ke tidak

    BUAT DULU step asas ni, faham dulu apa yg ditulis.

    baru kita boleh pergi bab2 lain yg lebih rumit.

  6. bukan…p tengok kat setting

    url yg diletakkan tak ada http://

    cuba klik link tu..dia direct pergi ke blog ke jadi page not found

    tu dah kehilangan pelawat tu…sbb org tak boleh pergi blog

  7. Waalaikumsalam…

    Lagu Love Story tu dah memang klasik, memang zaman makcik2 mcam kak jie ni…sesuai le 😆

  8. pergi kat blog dia, ada penerangan tentang angklung
    rasanya sesuai untuk majlis syarikat
    mendamaikan sambil makan2…hehehe 😆

  9. Salam

    Just do the best u can… bagi Kak Jie tiap detik dlm hidup yg kita tempuh dan alami, hargailah…. kita mgkn tak akan temui lagi utk masa akan dgt 😆

  10. jawapan gedik tu 😆 hehehe
    tapi skrg makin seriau nak tulis blog
    makin ramai dtg makin tinggi risiko
    makin hilang kebebasan

  11. mula2 nak bagitau…pergi kat GengBlogger, setting, betulkan url blog yang diletakan

    letak http://

    kalau tak letak, visitor klik dia tak direct ke blog tapi jadi error page not found

  12. blog kak jie ni ramai visitors mungkin disebabkan entry2 beliau yang banyak berciri “keibuan” yg membuatkan ramai senang dgn blog ni. plus gaya penulisan kak jie pun mudah difahami.

    selalunya blog personal memang banyak hits 🙂

    *sorry mencelah hehe*
    Jom terjah post menarik dari yonna ..KondifenMy Profile

  13. nak tanya lagi ni kak jie..selalu nya kak jie dari memula menarik peminat yang ramai2 camna eh?? share la experience sikit..tengah mencuba utk menaikkan rating ni..lagi pon dlu blog sy satu hari ada la dalam 20 ke 30 orang masuk sehari..sekarang kebanyakkan dalam 100 orang ke atas sehari. sy buat blog ni start bulan 12 tahun lepas.

  14. tak boleh tidur…. xcited !
    seronok pula sembang pasal Dirk Kuyt
    dia pun ….mmg tau mak dia ni faham gak pasal bola 😆

  15. memang kak jie cakap kat KLS pun…mmg suka dengar bunyai angklung tu

    erk…rasanya utk beginner- guna nuffnang. itu yg kak jie boleh cakap.

  16. Masa hantar kawan balik Ipoh naik ETS sebelum CNY, perasmian ETS ada persembahan tarian singa. Bagai nak pecah telinga dengar dekat2 situ.
    Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Penunggu Bernama BukuMy Profile

  17. Irama Angklung memang sangat mengasyikkan.
    Leka mendengarnya. Dulu suami pernah beli CD Angklung, tapi anak dah rosakkan. Sabor aje la…

  18. salam..
    thanx for diz post.i am actually one of d performers yesterday n members for dat club.really glad to know dat we pleased people’s heart.do visit our blog n our facebook page.n thousand lemons of thanx again~~

  19. adusss..mmg irama lagu love story tuh sgt menusuk kalbu..

    ooo..x pernah tau pun IIUM ada angklung club w/pun pernah belajar kat situ..hehe..

  20. Assalamualaikum Kak Jie,

    Mesti indah je perasaan masa tu kan? 😆 Tambah pula dengan lagu yang romantik itu, terbuai-buai.

    P/S:Yati menonton bola sendirian malam tadi. 🙁 Tak ada ‘feel’
    Jom terjah post menarik dari Mrs.Ayie ..Koleksi gambar hancurMy Profile

Comments are closed.