Hilang Lagi
Peribadi

Hilang Lagi

Undang-undang Twitter, baca dari bawah…. hihihi…. lawak budak² time lunch!



Macam biasa, saya lepaskan si comel bebas dalam kolam kecil untuk satu atau dua jam. Biar dia belajar berenang gaya kuak kupu-kupu.

Setengah jam saya jengok – dah tinggal seekor. Dua lagi dah lesap.  Tak sangka pula dia boleh memanjat tebing antara dua kolam.

Tak ada pilihan….kalau tidak mengamuk Intan nanti.  Kura-kura pun tak pandai jaga, katanya.   Terpaksalah saya meredah air kolam setinggi lutut membongkok ke sana sini membelek tiap perdu pokok dalam kolam mencari kura-kura ku ♫gagah berlari….♫

Akhirnya terjumpa si Nemo tu tercungap² berenang gaya kuak kupu-kupu  sambil dikelilingi anak talapia.  Kalau mak talapia agaknya si Nemo tu dah jadi lauk.  Kalau bukan tiga rasa mungkin dimasak stim.

Seekor lagi saya jumpa menyelinap di perdu ‘waterlily’.

Lega….. !  Macam tak de keje cari keje je bela pets spesis Wonderpet ni

Kami tak besar,
Dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!”

©kujie – kali kedua hilang…yang dulu hilang tak jumpa² sampai sekarang.  Entah² setahun lagi muncul sebesar pinggan dari dalam kolam tu.

Intan dan kawan² Amoinya…. buat homework setengah jam…main 2 jam.  Dari jauh saya intai, dia orang main masak².   Potong daun² – masak Chinese food kot….huh…budak².

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Hilang Lagi

  1. mmg sedap lagu wonderpets tuu…bkn anak2 shj suka, mak bapaknya pun turut sama suka… :mrgreen:

  2. Kura-kura tu saja je nak suruh kak Jie senaman. Jangan main sorok-sorok lagi, kesian mama Jie kena bongkok-bongkok cari lagi.

    P.S: nak main masak-masak dengan Intan

  3. Fuuhh… nasib baik dah diketemu, klau tak tadi nak gerak kan pasukan gerakan mencari dan menyelamat… 😆 😆

  4. jgn disangka kura2 yg lambat tak boleh pnjat tembok..hehe
    kalau mereka kenangkan jasa tuan mereka, mereka akn pulang kembali.. 😀

Comments are closed.