Semalam 31/08/2007 hari Kemerdekaan Malaysia ke 50. Saya dan keluarga tidak ke mana-mana. Niat nak ke Dataran Merdeka, kami batalkan. Akhirnya tengok perarakan depan TV dengan sebesen mee goreng dan teh tarik.
( Dapat sms dari Kiki, dia dapat anak saudara merdeka…Tahniah! )
Petangnya saya dengan aksi memaksa menemani suami untuk gunting rambut. Dia terlalu sibuk sehingga selalu tertangguh untuk menggunting rambut.
Lewat pagi tadi , agak² dekat 2 pagi , Intan meluru masuk ke bilik tidur saya sambil menangis…
” Intan demam….” Ya..! Memang suhu badannya tinggi dan saya memberi Intan satu tablet panadol , mengelap badannya dengan tuala basah dan MEMBENARKAN DIA TIDUR DI BILIK saya!
Pagi ini , demamnya dah kebah tapi saya rasa bukan sepenuhnya. Suami saya bekerja hari ini jadi kami akan balik ke kampung pada sebelah petang nanti kerana mak mertua saya nak buat kenduri tahlil untuk arwah bapa mertua .
Seperti selalu , saya dan anak² akan menaiki komuter dari Serendah ke Sg. Buloh dan suami akan bergerak dari tempat kerja di Shah Alam menjemput kami. Sebelum balik saya perlu dapatkan ubat untuk Intan.
Gas memasak saya habis habis hari ini. Nasib baik hanya selepas saya selesai menggoreng sepaket meehun dan selesai menumis sambal bilis. Saya cuma pindahkan sambal yang hampir masak ke dalam microwave untuk memasak seterusnya. Saya tak gemar menumis dan memasak menggunakan ketuhar gelombang micro sebab malas nak mengelap dindingnya yang terpercik.
( tengahari ada jemputan kenduri kahwin, jadi dapur dah kemas berkilat..gantung periuk)
zura kalo dh berkilat mcm lu, mmg la syg nk masak..hahaha..kena la bergedik dgn abg cari idea nk suruh dia bawa g mkn kt luar…:p
kak jie..dapur kak jie berkilattt…perghh..mmg nampak cuti masak..hikss…
zino tapi kawan /jiran sy cakap, pagi merdeka tu dia memandu pergi dataran jalan clear..tak pernah rasa macam tu pada hari² biasa…agaknya semua org berfikiran mcm kita…takut sesat..pakat duduk rumah!
sebol wat apa mengantuk ptg² ni sebol..?
sayda tempat paling best…. ada byk makanan
Abg long saya faham…hehehehe..saya pun gantung periuk juga!
wawa kalau tiap cuti blk mkn rumah mertua…setahun pun gas awk tak habis² :p
hayat betul tul… buka je pintu rumah subuh² dah dpt bau..tp bunga ni tak tahan lama…tp sy suka sbb ni orkid liar yg sy kutip sendiri
Microwave sy jarang sgt guna, tak berbaloi beli ribu riban..:p
ien sakit apa ien? angau..hahahaha :p
Alahai … cerita kita hampir sama, gas dah habis. Tapi Alhamdulillah, rumah mertua dekat sangat …hehehehee…. dan ada banyak kenduri … jadi … boleh bayangkan sendiri ler ….
cantiknye dapur.
Mengantuk la
kami pun merdeka depan TB.. anak dara tu yg beriya iya nak ke dataran.. tak ada makna nya.. nak bersesak dengan orang ramai..
waah.. mesti beh tu leh tgk secara live.
p/s: namaku intan gark.. nak panadol huhuh 🙁
Jie…sy suka orkid tu jer…wangi baunya…
Microwave???…fav sy…cepat dapat mkn…
oh saya pun nak pergi rumah mak makan.
selamat menjamu selera ya.
wawa hahahaha…tu kena p cari kt url lain..
korang merempit la kt sini laki bini…kakjie nk p kenduri..mkn free….gas abis!
syok.
takde yg lebih seronok dari itu.
ahaha
yg pasal kayuapi.com tuh, kalau dengan lauk-pauk, dah tak nama kayuapi.com dah ..
kena tukar laukmasakgunakayuapi.com
wawa ye la tu, lagi best bawa perut kosong g mkn² kt umah sedara mara kan…syiokkknya!
sebol baik order nasi dgn lauk pauk sekali…:p
Kalau gas habis, boleh order kayu api di kayuapi.com
saya pun menyampah kat percikan bunga api eh minyak kat dalam microwave.
lily>> selalu bile dah mop , kilatkan dapo..kemas… sayang nk setat masak balik…tekut comot..so pandai2 la cari idea nk ajak mkn kat luar..hahha..
kalau nk tips mcm mana nk cari idea tu ..email kakjie..:p
akak .. keje memasak selalu tak leh cuti. heheheeh melainkan nak makan kat luar, baru ler akak cuti 😀
khal >>ada mcm2 lagi kt dapo ni..mai la :p
lily >> ada 3-4 bekas tu lily…kakjie cari sendiri dalam hutan. Intan siang sihat , mlm mesti deman lagi tu…selalu mmg mcm tu budak².
berkilat tu lily…nk gantung periuk tak masak lagi ..cuti sampai ahad!
cantik bunga anggerik akak tuh.
sian intan demam, harap2 cepat la sembuh.
saya pun merdeka x ke mana mana. dok umah jek .. mlm baru la keluar, gi makan
😀
oooooo .. berkilat kilat dapur yeh !! uhuhuhu~
bestnya makan meehun. muekekekke