Peribadi

Drift Durian

Malam tadi saya tengok Initial D kat ntv7. Cerita yang padat dan pantas, sedar tak sedar dah 2 jam.

Ingat makcik² macam saya tak minat drift ke? Evolusi KL Drift @ Impak Maksima saya tak tengok, macam Telenovela Latin petang². Banyak sangat drama melankonik dan pelakon tayang badan.

initial D

Initial D amine Stage I & Stage II – lama dah ni.. Stage III, IV, V tengok kat youtube saja.

Filem Initial D sebenarnya adalah filem Hong Kong dikeluarkan pada tahun 2005 diadaptasi dari anime/manga popular Jepun. Kisah sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya ( Bunta ) dengan memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX (AE86) . Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya

Dalam anime , Takumi Fujiwara atau nama untuk alihbahasa tv Malaysia – Tohai yang blur, poyo dan ‘kosong’ . Marah, suka, sakit, penat atau apa saja – kosong, tiada digambarkan perasaan langsung. Kadang-kadang saya sendiri geram dengan si Tohai , Geng Akina Speed Stars buat lawak ke, marah ke …dia wat bodoh je…eeeee….tak berperasaan langsung. Tak ambil pot kata orang!

Initial D dilakonkan oleh Jay Chou sebagai Takumi Fujiwara , bapanya Bunta ( Anthony Wong) , Edison Chen (Ryousuke) , Chapman To (Itsuki) , Anne Suzuki (Natsuki Mogi).

Ada yang bosan hari ni ? Jom drift sambil cari durian ke Bukit Fraser. :lol: Durian Hulu Rening atau Hulu Tamu pun best juga.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Drift Durian

  1. nitro drift rc best jugak… banyak belanja pun takper asal boleh main nitro rc dengan selambanya

  2. mak aii..ada gak makcik layan drift.. 😈
    .-= eyeman´s last blog ..Sometimes, Dark is beautiful.. =-.

  3. layan gak citer2 ni sbb ade anak yg giler keter kt umah ni..so, sume2 pon layan..ni mcm nak try langkah2 shuffle n tecktonik plak..agak2 leh kurus x? hahaha
    .-= jun´s last blog ..Donut cakcibur =-.

  4. 😛 huisshhh kita takleh dgr ler psal durian nih…maa antorler sini sket durian tu org kat umah ni ngarok nk buat lempok durian…sdapnya lah kan 🙁 huhuhuhu

  5. wah kak jie mmg hebat! layan drift. saya sendiri pernah berjinak-jinak dgn sukan drift kereta. tapi malangnya, kereta lama mitsubishi galant (enjin VR4 turbo) saya kemalangan (total lost kat highway PLUS JB – KL, area perhentian machap). peliknya kereta saya bukan kemalangan ketika drift!

    durian punya pasal demam dan batuk sy belum kebah. hu3.
    .-= megat´s last blog ..Penulis Blog/Blogger, Alami Gangguan Mental Yang Kronik =-.

  6. 😉 kak jie, byk CD ohh pinjam 2 blh ?? hehe

    pstt: adeh pening paler makan durian byk sgt
    .-= yati´s last blog ..Apa yang dicari tak semestinya itu yang ditemui =-.

    1. @nadinezuharra, bile2 free tgok le…kak jie mmg satu family suka..so mlm tadi kami anak beranak dok dpn tv

  7. initial D tu sy repeat dah brape kali pon sy x ingat..hehe..selain ley bljr psl kete, ley gak mantapkan jepun sye..hehe..ley bljr wat drift lg..tp mmg benci la laki cmtu..tau bwk kete je watpe klu x berperasaan..cehh..;P

    1. @cikun-kun, hehehe…kak jie kalau tak faham tanya anak2..derang pun tgok dan baca initial D ni dah lama

      tu lah…..tak de perasaan …..rasa mcm nk tumbuk je :p

    1. @Mindaku Di Sini, ooooooo..ikut rohaizad ye..kak jie pn mcm ade projek baru le…hahahah

      beli domain lagi…komersial domain

      minggu ni beli 2 domain baru.

  8. hahaha malam tadi saye pon layan initial D :mrgreen:

    tapi sebab tv laen pon citer cam best2 sume jadi tgk lompat2 😆 😆

    camtula gayenye kalu huby yang pegang remote huhu

    smalam family day opis huby kat sg chiling dah pulun durian gila2!
    bila dah panas ramai2 terjun sungai 😆 😆
    .-= mrs azmi´s last blog ..hari ahad = tatau ape nk buat = boring =-.

  9. tak tau nak komen tapi nak komen jugak… BD suka tengok aksi mat rempit ketika tertonggeng dan pecah kepala…. hihiii

  10. Caiyolah Makcik Jie.
    Nak layan drift jauh sgt.
    Kekeke!!! 😀
    .-= Eriyza´s last blog ..Janji Melayu Janji Palsu =-.

Comments are closed.