Peribadi

Dilihat manis dipandang manis lebih manis hati budinya

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati
Masih lagi kisah di restoran makanan segera minggu lepas. Sedang kami sekeluarga leka menikmati makanan disulam gelak tawa anak-anak tiba-tiba datang seorang budak lelaki India dengan senyum meleret lebih manis daripada gula.

‘Hai aunty “ dia tegur saya. Walaupun saya tidak mengambil susu formula yang mengandungi AA atau pun DHA yang didakwa dapat membantu meningkatkan kecerdasan otak, saya masih dapat mengecam wajah anak ini.

” Sades, kan?” soal saya. ( saya tak pasti ejaan nama yang betul)

Dia angguk dengan senyum.

Dia anak kepada jiran lama saya. Waktu itu umurnya baru 7-8 tahun. Saya menyewa di sebelah rumah dia cuma setahun sebelum kami berpindah ke rumah sekarang.

” Mak sihat, bapa sihat, kakak sihat…? sekarang form berapa?”

“Form 2, sudah 14 tahun.”

Lebih 6 tahun, anak ini masih kenal saya. Saya bangga dengan dia. Bukan senang untuk menemui anak muda zaman sekarang yang begitu sopan dan beradap dengan orang lebih tua walaupun berbeza agama dan bangsa.

Anak-anak saya sendiri pun belum tentu akan bertindak bijak seperti dia.

Moral of the story : Buatlah sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada orang lain… What you give, you get back!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Dilihat manis dipandang manis lebih manis hati budinya

  1. Comelnya perangai budak Sades tu yer. Betoi cakap Kak Jie, penting untuk tunjukkan sikap yang baik. Apatah lagi kalau pergi tempat orang, sopan santun sangat-sangat lah membantu. Maklumlah sebelum2 tu depa tak kenal kita, so dia akan buat penilaian express terhadap perilaku kita πŸ˜‰

    1. @iza~de~bintang, tersentuh, kan………sebab tak jangka pun ada budak umur mcm gitu di zaman ni…akan dtg tanda hormat. lagi pun dah lama dah kenal..dia pun masa tu budak lagi….

  2. hmmm….selalu terjumpa bekas pelajar dan alhamdulillah, mereka masih sudi menegur walaupun kadangkala cikgu dia ni dah semakin tua untuk mengingat nama semua yang ditemui itu.
    Bukan apa, wajah semasa di bangku sekolah dengan semasa mereka di luar biasanya sangat berbeza.
    .-= Kak Long´s last blog ..Apa-apapun boleh =-.

    1. @beliamuda, betul tu…orang mudah lupa kebaikan yang pernah kita buat hanya setitik kesalahan / hal buruk yang kita buat

    1. @yonna, amboiiiiiiiiii..nak bagi orang kembang le tu..tahun ni tak de baju raya, ok…awak dah keje :mrgreen: :mrgreen:

      apa2 pun..buat je benda baik….tak perlu nak harap balasan…berusaha menjadi manusia baik

    1. @jun, issshhh… dia muda setahun dari Angah tu..masa kecik2 dia orang main sama2…tu mungkin sebab dia kenal.. :mrgreen:

Comments are closed.