Semalam hampir waktu berbuka dapat panggilan dari jiran Jalan 5F beritahu suami Kak N Jalan 6B meninggal. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un , dariNya kita datang…kepadaNya kita kembali.
Berita kematian berita kelahiran sesuatu yang sering kita terima adalah satu putaran hidup seorang makhluk ada awal ada akhir ada permulaan ada pengakhiran. Kita makhluk bukannya seperti sifat 20 , Qidam yang bermakna tiada permulaan bagi wujud Allah s.w.t.
Dalam usia² begini ( bukan bermaksud yang muda pun tak boleh ) dan dalam keadaan kehidupan begini saya selalu pula terfikir, kalaulah sesuatu berlaku pada saya ketika ini , tinggal di rumah seorang diri – macam mana?
Siapa nak jemput Intan kat sekolah – mesti dia tertunggu² di hentian bas depan sekolah. Telefon tak berjawap. Mesti dia takut dan menangis.
Suami – Algeria – Along – Bangi – Angah – Sungai Petani
Mak ayah adik beradik saudara mara jiran tetangga memang baik tetapi tidaklah setiap hari kita dijengok. Setiap pagi petang berbual ditelefon.
Saya selalu fikir benda² macam ni. Saya siap salin nombor telefon jiran dan saudara mara bagi Intan simpan dalam beg sekolah. Kalaulah apa² terjadi dan saya gagal dihubungi . Selalu juga ingatkan dia, kalau lama tunggu tak datang², pergi kedai “Makcik Eda” kawan saya di depan sekolah Intan.
Itu persediaan di dunia – bekal akhirat macam manalah pula. Amal ibadat lompong sana sini. Amal jariah sukar dengan ikhlas.
Saat begini ketika ini hanya doa mohon pada Yang Esa saja yang mampu kita berserah.
p.s – semalam tak tidur – Intan sakit gigi tapi tetap ke sekolah – hari ini hari akhir peperiksaan.
©kujie – kadang² takut untuk menulis blog – takut lagi banyak kita tulis (cakap) lagi banyak kita buat salah. Mencederakan hati orang sana sini apalagi kalau dengan niat sengaja.
sediakan payung sebelum hujan.. moga2 kita bersedia ke arah itu.. mmg kena buat back up kan lau de anak2 yang masih perlukan khidmat ibu ni.. huhuu.. tak terkata lau terjadi.. duduk kejiranan yang tak kenal lagi la kan..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Lelaki Liat Berpuasakah
em. ambil yang jernih. buang yang keruh.

Jom terjah post menarik dari cikgu malaysia ..Kenapa Yahudi Bijak Part 3
tulis kadang2 gagal gambarkan keadaan sebenar
dok sorang2 mcm ni lah….dok fikir tu dok fikir ni
siaplah apa yang patut….usaha dulu baru tawakal ye
hehe..mcm selalu
dia bukan nak baca entri 😆
hmm..betul tu sokong 100%…
benda yang baik, seharusnya dijadikan contoh tauladan,
disini banyak saya kutip tip dari pengalaman kak jie yang dulu awal dari saya menjadi seorang ibu dan isteri, alhamdulillah….
semua ni saya praktikkan dengan sebaik mungkin
Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Nak raya kampung saya ke awak
Intan ada buku kecil mcm buku 555 tu…dia salin nombor2 penting.
Along masa kat asrama dulu pun mcm du, ada nota dia bawa dalam beg duit jadi boleh rujuk kat public phone.
Kita mampu merancang untuk anak² selagi terdaya – selebihnya serah pada Allah.
hmm..1 lagi tips dari kak jie..salin sume no telefon jiran2 dan saudara mara terdekat..bagi kat anak kan…
Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Nak raya kampung saya ke awak
takziah atas pemergian arwah.. nanti saya tlg jemput intan 🙂
Jom terjah post menarik dari syahirul ..Jemputan buka puasa untuk semua blogger
insaf sekejap…even kalo kita bersedia mengadapNya, bagaimana plak dengan orang yang bakal kita tinggalkan time tu kan..
Jom terjah post menarik dari norsaritanaini ..Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-53 & Majlis Berbuka Puasa Kolej Komuniti Temerloh 2010
saya number contact di handphone, semua nombor utama ada saya letakkan SOS di hadapan. Jika kata ada berlaku apa-apa, orang boleh tengok hp saya dan dail no ahli keluarga yang saya setkan SOS di hadapannya.
Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Hari Kebangsaan 2010- Malaysia Menjana Transformasi
Memang takut sangat-sangat kalau dalam menulis entri2 di blog ni tanpa sengaja telah sakitkan hati orang.. tetapi kalau kita menulis hal-hal kebenaran tanpa ada niat sedikit pun untuk singgung sesiapa.. hendak atau tidak.., memang perlu ditelan bagi yang membacanya walaupun pahit..
tulah bahaya bila banyak bercakap..kita niat nak bersama kongsi ilmu, tapi takut lain pulak jadinya..hoho
Jom terjah post menarik dari wanmus ..Isu Halal McD Selesai- Minyak Sapi QBB Pulak Tak Halal
yela kak jie..saya pun selalu terfikir..kalau saya takde..apelah nasib anak2 rebina sy yg kecik2 tu..hanya pada Allah saya panjatkan doa agar DIA menjaga anak2 saya..sedih
Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..apa kata survey
Kita tak terjangkau nak memikirkan kehidupan sekiranya kita tidak bernafas di alam fana ni.. Biarkan sahaja ia berlalu mengikut ketetapanNya.. kalau terlalu byk berfikir satu benda tak leh buat kan..
Itulah yang Kak Jie buat…. memang dalam beg sekolah intan dah letak no tel jiran, kakak ipar ( jiran terdekat )
Kita ni nombor telefon tak hafal dah sekarang..semua save dalam telefon je
makin bnyk tulis makin tinggi risikonya. Sama juga dengan trafik. Great gift comes with great responsibilty.
selalu terfikir. pergi keje balik keje. dapat tak balik rumah? sampai ke aku kat rumah? amalan aku macam mana? lubang2 macam jalan raya tak di jaga tu. Wallahualam. tkiu kak atas perkongsian ini.
cara yg terbaik akak buat, iaitu bubuh no tel jiran kat dalam beg anak kak..
Jom terjah post menarik dari x-po ..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARAN
Manusia boleh merancang tetapi perancangan Allah pasti lagi hebat dan yg pasti Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian akan diberi atas kemampuan kita. Serah sahaja pada Allah insyallah itulah yg terbaik utk kita.
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Kata cinta sampai keMATI…tapi!!!
al-fatihah pada yang telah kembali kepadaNya…peringatan untuk kita juga…
Kak Jie bukan fikir selepas tu…selepas hari2 berlalu
tetapi pada detik tu
kalau tak ada sesiapa tahu
Intan masih di sekolah…rutin kak jie jemput dia
kalaulah………… tiba
Kak Jie tak datang jemput dia…sesiapa pun belum tahu
oooh kita telah terfikir benda yang sama bilamana tengok bencana alam diberita. insaf. masa tulis entry pun, kena fikir dalam-dalam, bagi ayat-ayat yang elok je. risau hati orang lain terguris.
Jom terjah post menarik dari ch@ ..Blog adalah diri sendiri
Sejak beberapa hari ini, sudah beberapa berita kematian saya terima, memang terkesan dengan berita-berita tersebut. Ada yang meninggal pada usia semuda 3 bulan, dan ada juga yang meninggal pada usia puluhan tahun. Semoga kita akan mempersiapkan bekalan yang termampu. Wallahualam.
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Tips kehidupan- lembutkan dagingnya
itu yang selalu saya fikir kak jie kalau sesuatu berlaku pada saya
Jom terjah post menarik dari ishak ..Cabaran getir seorang blogger biasa
baru semamlam saya terfikir akan hal ini dan terasa macam amal ibadat belum cukup, persediaan dunia pun belum sempurna untuk ditinggalkan kepada anak isteri
Jom terjah post menarik dari mijie ..Promosi hari raya sekali seumur hidup
Asalkan kita selalu ingati mati..bagus. daripada tak ingat dan tak bersedia
Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Kenangan Aidilfitri Di Amerika
kak jie saya pun selalu fikir ttg kalau saya, bagaimana dengan yang ditinggalkan. Semoga saat2 pemergian kita, yang ditinggalkan itu dalam keadaan bersedia menerima takdirNya
Jom terjah post menarik dari Bina ..Redhalah dengan ujian ini
kita yg masih di sini moga dilindungi tuhann
pemergian kakak saya baru2 ni buat saya terfikirkan anak dia yg nak amek upsr nanti, w/pun sy close dgn arwah, tapi saya tahu, saya pasti sy x dpt nak gantikan tempat arwah
Jom terjah post menarik dari Mak Su ..dan lagu rock yang berkumandang di udara
iye setuju..lbh byk menulis takut lbh byk auta yeee…takut tdk jujur & menyakit hati org
Jom terjah post menarik dari [Kazaztan Team] ..Raya Kecil-kecil Dahulu
Erm…betul tu kak Jie..kdg kala nak letak komen di blog orang pun fikir 10 kali…risau maksud salah difahami. Maklumlah ayat ini tiada intonasi…jika salah diinterpretasi terguris hati alahai…terputus silaturrahim kan rugi…
Jom terjah post menarik dari epel ..Apabila kura-kura terbalikKISAH BENAR
insaf…dan terasa nak nangis jugak… 😥
Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Nak tanya korang ni-
Gulp! lagi dua tahun maza pun sama akan berkelanan semula ke Kuantan aderkkk..
tak pernah tak suka footnote mama. kadang2 rasanya foot note mama lagi berkesan di hati 😆
Jom terjah post menarik dari yonna ..Setem Yang Berkhidmat Untuk Negara