Untuk pertama kali dalam tempuh melepasi 40 tahun, saya akan menyambut Aidilfitri di rumah sendiri tidak di kampung. Untuk pertama kali juga selepas berkahwin melepasi usia hampir 19 tahun ( 18/09/1991) saya menyambut Aidilfitri tanpa suami di sini.
Sangat berbeza sangat terasa. Tiada keghairahan seperti tahun² terdahulu. Semua ada – kuih, baju baru, rendang daging ( kerbau ), kuah kacang, ketupat, lemang , air serbat ( sirap) , sup tulang dan meehun sup.
Hanya satu yang tiada – Encik Saipul Anwar Haji Daud yang jauh di di Constantine, Algeria. Keadaan jadi tak lengkap jadi serba tak kena walau dia bervideo cam dengan kami hampir sepanjang hari. Menemani sejauh 10,500 kilometer melihat anak² memotong bawang, merebus ketupat tetapi realiti dan fizikalnya tak dapat disentuh.
aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh – once ( dealova)
Petang² akhir Ramadan ni bolehlah jadi senduk, pisau, periuk ataupun jadi kuali ye bang……hehe bukan saja disentuh, disental sepuasnya!
p/s – Awal pagi saya ke Pasar Batang Kali, beli daging kerbau – lembu selalu sangat jadi untuk Aidilfitri ini, saya ingin kelainan.
Aidilfitri 2007 – suasana seperti inilah yang tak sanggup dihadapi tanpa suami jika di kampung. Riuh rendah riang ria gelak tawa sanak saudara sedangkan dalam jiwa ada kekosongan.
Dalam gurau ada terkata, dalam bicara terkasar bahasa. Dalam tindakan terguris rasa, dalam hidup tak lepas dosa. Beribu maaf dipinta … Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H
©kujie – Alhamdulillah – masih bersyukur ujian untuk kami hanya secebis jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih menderita.
salam aidilfitri kak jie
baru balik dr kampung…lama tak singgah hidup biar sedap
alhamdulilah aidilfitri di zaman milenium ni memungkinkan kita at least mendekatkan yang jauh walaupun bersidang video sepanjang hari ….sabar la….faham perasaan tu selepas melaluinyer 2 tahun lepas….insyallah di panjangkan usia moga di pertemukan ramadhan semula tahun depan
semoga kakjie tabah menghadapinya, hari raya memang bererti dengan org yg tersayang,
tapi anak2 kan ada, walaupun cik suami jarak 10,500 km yang penting jauh di mata di hati sentiasa dekat
Jom terjah post menarik dari mijie ..Hari Raya cara kampung ku
uwaaa… sedih baca komen En. suami kak jie.
Takpe, kak jie kuat.
Selamat Hariraya. Maaf zahir batin
Jom terjah post menarik dari rumah kuning ..Aidilfitri 2010 – Syukur
sian kak jie. jangan sedih-sedih yea. salam aidilfitri, ampun dan maaf jika ada terkasar kata, terguris hati.semoga berbahagia di hari raya.
Jom terjah post menarik dari noreed ..Hidangan Di Pagi Raya
Selamat Hari Raya kak.. betul tu.. mesti bersyukur saja kak..
Jom terjah post menarik dari jawatan kosong ..Li-Zainal Consulting Engineers Jobs Resident Engineers- Clerk
Selamat hari raya aidilfitri untuk Kak Jie sekeluarga.
Iza mohon maaf atas semua kesalahan tutur kata dan apa2 yang tak kena. Kalau ada rezeki boleh singgah makan kuih raya kat umah Kak Jie nanti hi hi hi. InsyaAllah.
Nabiel..nak dtg , dtg sekarang..bukan jauh pun
lepas solat jumaat nak p Meru
esok pagi nak balik kampung mertua pula 😆
Selamat Hari Raye kak jie~
ade buat open house tak?hehehe..bleh nbiel g beraye sane~
Jom terjah post menarik dari nabiel ..Bila RinduRase Sangat Kerinduannya
Salam Aidilfitri buat kak jie dan keluarga.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Lee ..Eid Mubarak
berbirai air di mata :((
diam kelu tak terkata
Jom terjah post menarik dari denaihati ..Freemasons askar Dajjal agenda takluk dunia
selamat hari raya kak jie
klu ada salah silap sy, harap dimaafkan
.
.
isk isk isk.. sedih plak baca ucapan abg kak jie tu…. abg kak jie, kita dah maafkan kak jie dah.. jgn takut 😀
eh.. kak jie takde buat salah pun sbnrnya… blogger yg baik ni 🙂
Jom terjah post menarik dari kutaksempurna ..Jangan ganggu! Aku nak cukupkan tidur ni
selamat hari raya kak.. dan maaf zahir dan batin =)
Jom terjah post menarik dari jard ..Jenis biskut raya untuk dibawa balik kampung tahun ini
😥 😥 ngape abang jiwang sangat….huhuhu
ngape wat ucapan mcm nk raye? 😛
sedih tau
selamat hari raya buat kak jie…
moga syawal tahun ini memberi 1000 makna kepada keluarga kak jie
Jom terjah post menarik dari Bro Framestone ..Adakah Anda Seorang Yang Kaya
datang la rumah kalau nak rasa….rumah serendah bukan kat algeria.
rumak mak juga lain tahun ni tanpa adik lelaki sulung yang beraya di johor..
kak jie..
suami saya pun tak balik lagi..
harapnya dia menjengah mua sebelum pukul 12 malam ni..
selamat hari raya kak jie..
semoga hubungan terjalin mesra..
Jom terjah post menarik dari cikgu isza ..Pemberian Angpau Raya membebankan – Hentikan!
nak compare kite dengan mereka yg tidak bernasib baik, memang banyak sangat bezanya
selamat hari raya kak jie!
Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Iluminati pada ketupat dan lemang- jangan makan!
sedihnya……abg minta maaf,sebab dalam setahun ini terlalu banyak bebanan yang abg tinggalkan untuk di uruskan oleh isteri tersayang.dari urusan anak2 sekolah hingga ke urusan rumah tangga.masalah sampingan juga menyampuk….kereta rosak,kemalangan kereta,….banyak klau nak di senaraikan.Jadi diatas kesempatan ini….abang mohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan,keterlanjuran kata,tinggalan bebanan dan macam2 lagi….abg minta maaf dengan setulus ikhlas dzahir dan batin.dan abg janji utk tidak akan membiarkan isteri berhari raya tanpa abg disisi utk tahun2 hadapan.kepada rakan2 on line kepada kujie…haraf dapat memberi kemaafan kepad beliau andai tulisan juga kata2 yang mengguris perasaan, saya juga ucapkan selamat hari raya….maaf dzahir dan batin.
selamat hari raya aidilfitri k jie, maaf zahir batin ya. samalah saya di sini. lagi la sadis sebab keluarga dan orang tersayang jauh sekali. hehe :). terpaksalah hiburkan hati sendiri. huwaaaa nak balikkkkk
Jom terjah post menarik dari KNizam ..Siapa Kata Takde Pelita Sempena Malam 7 Likur Di Islamabad Ada OK Malaysia House- Islamabad Pakistan
Kak Jie , selamat hari raya 🙂
Minta maaf kalau ada terkasar bahasa selama ni .
Jangan sedih-sedih ye kak Jie .
*saya tak pernah makan daging kerbau
Jom terjah post menarik dari Farah ..Terkedu
sama-sama Kak Jie pun…. sebagai manusia biasa, kadang²…. erk…selalunya sering dikuasai emosi.
Maaf zahir & batin
Terimakasih kerana selalu ada menjadi blogger yang menemani
betul tu kak.. ramai lagi yg tak bernasib baik..
sabar ye.. selamat hari raya!
Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Hari Raya dulu-dulu
di rumah saya pun ramai yang tak balik.. abang2 balik ke rumah isteri..
selamat hari raya kak jie..
Jom terjah post menarik dari menteil ..Salam Eidulfitri
selamat hari raya kak..maap la ye kalau ada wat salah silap selama ni hehe 🙂
Jom terjah post menarik dari x-po ..ADA BEZAKAH RAYA ANDA TAHUN INI