Peribadi

Cenderahati yang tak mungkin mencederakan hati….

Salam semua……..huwaaaa…..3x, memang pening bila mencari hadiah harijadi untuk suami tambahan lagi setelah hampir 16 tahun hidup bersama. Rasanya kita pasti dan kenal segala kehendak dan keperluan dia juga kita dah tahu apa yang dia ada juga apa yang dia inginkan.

Suami Kak Jie jenis yang simple .. kerja dekat site hari² , baju kerja tak perlu digosok..( huahua…untung tau dpt suami pergi kerja kt site….. ), pergi kerja dengan toe safety boot yang kalau disepak anjing pun senak peruk la 2-3 minggu…ha ha ha.

( huhuhu..apasal asik pakai baju ni je..kan..kan…nk wat mcm mana tu kaler peberet! )

 

Semalam kami sekeluarga keluar makan malam , mana ade nak masak special Noushy… Kak Jie ni hari² memasak dan setiap hari special so bila hari special macam tu , Kak Jie bercuti…:p

Tapi Kak Jie terjumpa cenderamata yang rasanya sesuai untuk setiap orang, setiap acara dan setiap ketika…Kak Jie jumpa kat blog Nat. Ini Kak Jie cilok tanpa izin Nat, harap² Nat tak marah…sharing is caring kan…kan..!

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.

1) Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon, gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif. Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

2) Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3) Diam.
Seperti kata-kata. Di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya `ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebel!

4) Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.

5) Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.

6) Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7) Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.

8) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??

 

Hadiahkanlah cenderahati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ingin berikan…

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.

Jie ~ banyak kan…..hadiah yang diberi..hekhek….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Cenderahati yang tak mungkin mencederakan hati….

  1. Wah… anney lulus piawaian cenderahati Jie kecuali mendengar. Dia tu, masuk telinga kanan keluar ikut telinga kiri. Sakit jiwaku… ha ha ha. Jie, pasal dalam gambar tengah makan tu Jie tunduk? Malu ke atau lapor bebenor… ha ha ha. 👿

    ODs last blog post..Mere Mortal

  2. pakcik >> mengancam sgt tu…sy ingat stendet Jenipe Lopis je pakcik…lapar2 leh siram air gula..makan…:P

    may >> time sweet²..skrg ni dah masam² ;p

    EQ >> haruslah berkurun kalo dgn gaya skrg ni..hekhekhek..

    En. Saipul Anwar..hekhek..

    NS >> sbb tu kak jie tulis CENDERAHATI bkn CENDERAMATA…. heheheh…hanya boleh dirasai oleh hati…bukan material yg dpt dipandang dgn mata..hakhak…

  3. hhahahah KAK JIE hadiah – cenderahati harijadi ni dari e-mail berantai!!

    But,ada nilai2 tersendiri…FOC aje kan!

  4. huhuhu…saya terpesona ngan gambo berambut panjang kakjie masa muda2…
    harus saya simpan 10 tahun rambut saya nak wat gaya tu…buleh kot nooooo…
    muahhahaa

    hepi besdey to MR JIE(betoi ka lagu nie???)- lupe nak tanya intan pekenama bapaknye…

  5. err … ada gak nak ter’cakap’ mcm angelina jolie. tp sib baik leh kaber balik.
    sebenarnya masa angelina jolie di pelihara oleh keluarga angkat nya di mesia dulu, si M Rajoli, ada gak pak cik ber’kawan’ ngan dia. masa tu nama ‘lokal’ dia … Joyah Juli. 😀 hiks hiks hiks

  6. Nat>> tu la pasai..semlm tu dah redah byk blog..kedai online…tatau nk beli apa..last tgok Nat ade idea..baikkkk…punya…kakjie kidnap je la…

    Elin >> tu tgh hanimun….. mesti la…manis lagi!

    Bila dah lama² kurang dah manis tu…tapi time tu kita tak perlu manis2 lagi..takut penyakit lain yg dtg..hak hak…

    Zura >> awat la……korang nmpk mcm bintang pelem ke..he he he…. time tgh berinai tu kot…:p

    pakcik mz >> huhu zeton la pulak…issshhh..ngape korang nmpk mcm artis je ni…raja ema la..zeton sameon la…azura la…:P

    sik bek tak ckp mcm Angelina Jolie, nak pengsan 3 hari !!!!

    Zana >> tul la..kalo utk pompuan tu byk benda leh bagi….piuk belanga pun jadik….ni pening nk pilih..last2 bagi panadol je!

  7. hayat>> comei ka tembun..hahahah..awk nk ckp berlapik2 ni wat pe…sy tak kisah….hidup biar sedap!

    hiks…

    umie >> tu pic dah kawen…seminggu baru kawen..g hanimun kt cameron..hiks…malu2 lagi…:p

    abemat >> huhuhu…avatar ye…tu 20thn dulu…tgh sweet…..pheewit..!

    merak >> masalahnya..kalo dah hari2 dia wat dono lak…tak berkesan…. biasa arr kita ni manusia..mula menghargai bila ketiadaan…

    puan pearl >> tu belum lagi pic bergolek2 kat kebun teh kat cameron highland lagi tu…

  8. wah… gambar zaman berchenta pun kuar ek…ala2 pelakon pelem gituh.. ahaks… moga hubungan kak jie dah asben hingga hujung nyawa… :peace:

    Present nie la bab paling kritikal kak kak jie kan. lelagi apa yg dia pk nak beli tu kita takde budget nak korek. tuhuhuhu….

  9. kak jie, sy tgk gambo 16 tahun sebelum tu..ala2 citer zaman “AZURA” le..hehehe…no wonder husband kak jie cayang kak jie…manisss..sejuk mata pandang…mekasey tips tu kak jie..:D

  10. la .. baru pasan gambar lama kujie n asben. mak aiii … jaman ali setan tu ekk? ala2 zaiton sameon pun ader ;)) hik hik hik.
    moga kasih sayang masih membara seperti dulu! *tiru iklan merdeka TV3*

  11. hehehe.. nat tak marah pon kak jie… tak sangka lak kak jie minat entry yg tu…

    gambar 16 tahun dulu macam citer Ali Setan jek… hik hik hik

  12. Kak Jie, sekali imbas kan image 16 tahun dulu tu macam Raja Ema lah…macam clip dari drama swasta…hehehehehe..feeling babe!

    By the way, memang payah nak carik gift for guys ni… hehe

    Pearl

  13. ((^o^)) Best nyer presen untuk asben…. hari-hari kena bagi presen yang sam le tu Kak Jie………. hehehehehe

  14. Wahh ada gambo kak jie detink la.. 16 tahun satu jangka masa yg lama tu kak jie.. TAHNIAH kerana kak jie berjaya memelihara HUBUNGAN akak n suami sehingga saat ini. semoga ianya akan terus berkekalan hingga ke anak cucu.. 🙂

    Teringin nak bg hadiah tu kat SESEORANG.. tapi, siapa yer??! 🙁

  15. ngeh…ngeh..pakcik…bkn ape pakcik…kalo sy guna credit card pun, nnt dia gak yg kena bayo..hahaha..,kalo sy g shopping sy kopak beg duit dia gak…sy ni isteri yg memahami…:p

Comments are closed.