Entri pertama di bulan September…nasib baik sedar sebelum september ends!
Assalamualaikum dan Salam Syawal semua….amboi² kemain beraya tak berupdate blog. Nak buat lagu mana, saya ada kehidupan yang lebih indah bila bersama keluarga. Kehidupan saya sebagai blogger masih ada had dan sempadan yang boleh dikawal .
Hampir jam 2 pagi 4/9/2011 saya tiba di rumah selepas menghabiskan perjalanan 1180 kilometer sepanjang musim Aidilfitri kali ini. Syukur kami selamat sepanjang perjalanan selepas bersesak bersama warga lain.
Sebenarnya saya hanya gunakan lebuhraya paling minimum. Untuk perjalanan pulang ke Kedah , saya gunakan laluan Sabak Bernam – Teluk Intan – Sitiawan – Parit – Manong – Kuala Kangsar – Gerik – Pengkalan Hulu dan Baling. Satu sen pun tak bayar tol malah anak² gembira kerana melalui satu pengalaman menarik melihat pelbagai pemandangan dan persekitaran berbeza mengikut geografi tempat yang dilalui.
Untuk perjalanan balik, saya melawat besan mak di Jeniang, Kedah terus ke Sg Tiang balik ke Sungai Petani melalui Bukit Jenun – Bedong – Semeling – Sungai Layar, Sungai Petani.
Sebelum 6 petang saya hantar Angah balik ke asrama MRSM Merbok dan teruskan ke Tanjung Dawai. Sekadar melihat² dan beli setengah kilo belacan.
Jam 8 malam, saya memasuki Lebuhraya Utara Selatan ( Plus ) di plaza tol Sungai Petani Selatan. Perjalanan lancar sehinggalah melalui Simpang Pulai sehingga Tapah. Memandu 20-30km/jam di lebuhraya bukanlah sesuatu yang mengembirakan. Mengantuk adalah.
Saya keluar di persimpangan Tapah dan makan malam di restoran yang selalu kami singgah tiap kali turun dari Cameron Highlands. Teruskan baki perjalanan 120 kilometer melalui jalan persekutuan yang selesa sehingga sampai ke rumah.
Cuti raya tahun ini saya cuma bayar tol rm 24.00 dari Sg Petani ke Tapah.
Perjalanan balik dari Tanjung Dawai saya terjumpa seorang pakcik menjual buah ini…. ini buah²an hutan zaman saya kecik² dulu. Memang susah nak jumpa.
Sesiapa tau nama buah ni?
wake me up when september ends
jauh perjalanan luas pemandangan…
Ulang tahun perkahwinan saya pun jatuh di dalam bulan Sept baru sahaja lepas.
Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan untuk Kak Jie dan Hubby
memang best kalau tau selok-belok jalan alternatif selain highway. mmg syok kalau travel dgn anak ni 😉
mmg tajuk lagu tu pun…tp sbb kak jie bangun utk update blog sebelum akhir september, jadilah tajuk mcm tu
ada footnote – wake me up when september ends tu….septembar bulan ulangtahun perkahwinan kak jie 😆
Sekali baca tajuk entri macam tajuk lagu Green Day, “Wake Me Up When September Ends” jauh betul saya mengalamun 🙂
buah rambai .. yummy…
buah jentik²..padahal tengok entri lepas ni dah..haha
lalu baling nak ke Kelantan aritu macam nampak kak jie je..
buah rambai kan tu kak jie?
selamat kembali berblog kak jie 🙂
Whoahh.. jauh perjalanan kak kujie!!
Selamat hari raya kak!!
Mesti penat driving….syukur alhamdulilah perjalanan selamat…
Sekarang ini tengah cari mood nak berblogging..banyak cerita tentang raya
nak kata rambai jugak, kat atas dah bagitau jwpn tuh salah. so tunggu je jwpn yang betulnya, tak tau tuh buah apa.
samalah kita kak… raya ni moog blogging sleepsat.. sronok nak bersama sanak saudara kan..
Rasanya buah rambai kak jie… 😀
seronok balik kampung..umm..bila mau terjah umah kak jie ni…
cuti lameee nampaaak~ kehkehkeh
bestnya trip raya kak jie
agak jimat perbelanjaan tol kak jie…
hanya RM 24 saja…
saya punya pergi balik dah RM100 lebih..huhuhu
buah rambai tu kan..sayur dia pon sedap kak..pnah makan x??
confirm buah rambai
syok makan dgn biji biji dia sekali
itu buah rambai kan?
kak jie kena letak benda standard wat perbedaan saiz,
tp nengokkan batang nyer tu,
rasanya buah jentik.
eh!! lalu guar chempedak tak?
tak nampak pocket dok kat simpang empat itu
menukar lampu isyarat?
‘okeh, dah ijau daah, nyalakan lilin kat bawah sekali.
tiup dulu lilin kat slot paling atas nii.’
btl la buah rambai ni, kan?
salam aidilfitri k.jie
balik sabak bernam k.jie ikut hiway baru tak. saya try ikut LATAR tu, menjimatkan sikit masa balik ke sg besar. tak perlu lalu jalan selekoh2 kat ijok tu
seronok dapat beraya kampung halaman..
saya ?
dok main area ipoh..
paling jauh sungai siput..
Macam buah rambai pun ada. Macam buah jentik pun ada. Hehe. Mai kot utara tak singgah penang?
Mmang seronok ikut Jalan dalam macam2 benda boleh tengok dan rasa.
tahun ni saya beraya ke selatan je, sampai muar
buah jentik kot
best ooooo balik kampung beraya hehehehe
salah………… adik beradik rambai gak tapi lebih kecil 😆
Parit! kampung parents saya =)
Tu buah rambai kannn??? hee