Asal Nampak Bentuk
Peribadi

Asal Nampak Bentuk

image

Secara tradisinya sebagai seorang kelahiran Kedah, ketupat saya bukan seperti ini. Mak saya buat ketupat daun palas berisi pulut, ketupat di sebelah suami orang Selangor gunakan daun kelapa berisi beras.

Gigihnya saya beli daun kelapa seikat RM 7 di pasar Batang Kali tadi untuk mengayam.

Ini cubaan pertama dan mengambil masa setengah jam untuk siap.  Itu yang pertama, yang kedua ni lagi lama berbelit-belit belum siap.

Tiga hari lagi nak raya cukuplah kot nak siiap untuk kami sekeluarga..ha ha ha

Edit : akhirnya saya berjaya menemui step yang selalu saya buat silap hasil dari melihat tutorial cara anyam ketupat di YouTube. .. inilah hasilnya.

image

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

26 thoughts on “Asal Nampak Bentuk

  1. Kalau bagi Aina mahu lunyai daun kelapa tu kak, ketupat daun palas pun tak lepas padahal dari kecik sampai ke tua itulah yg dikana setiap kali raya.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Salam AidilfitriMy Profile

    1. sekarang ada ketupat segera yang diisi di dalam plastik tetapi ketupat origal dari daun kelapa ini lebih sedap…malangnya daerah kelahiran kak jie dan suami berbeza…itu yang nak kena belajar
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Asal Nampak BentukMy Profile

Comments are closed.