Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi
Peribadi

Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi

Saya update entri ringkas  ini hanya satu tujuan – untuk setai Projek Amal Nuffnang membantu Adik Ammar yang mengidap Patent Ductus Arteriosus ( PDA ) berkaitan masalah jantung . Klik blog Puan Asmaniza untuk mengetahui kisah mengenai Adik Ammar.

Sebagai blogger, ada beberapa cara untuk membantu adik Ammar.

Pergi pada Blog Manager di Dashboard Nuffnang, pada bahagian Add Preference > tick Show Charity Ads . Atau menyumbang secara terus ke dalam akaun Asmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank).

Kempen amal ini akan berlangsung sehingga tengah malam 17hb Februari 2010 dan pembedahan  Adik Ammar dijadualkan pada 22hb Februari 2010.

EDIT : Selepas 3 hari kempen ini berlangsung, Nuffnang mengumumkan bahawa kutipan derma telah mencukupi bagi pembedahan Adik Ammar. Dengan itu Projek Amal Adik Ammar telah ditamatkan bermula hari ini 8/2/2010.

KISAH SAYA – Ku Adam Hakimi

Ini adalah post Oktober 2007 mengenai anak saudara saya yang mengalami masalah jantung berlubang. Syukur Adam Hakimi yang kini berusia 3 tahun beransur baik dan boleh berjalan, bercakap walaupun agak lambat dari kanak-kanak lain.

Adam masih lagi menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan mendapat bekalan ubat dari Hospital Baling.  Ubat Adam hanya disediakan untuk  keperluan Adam sahaja .   Setiap 2 minggu sekali, adik saya akan telefon bahagian farmasi hospital untuk buat ‘tempahan’  ,  barulah  ubat di proses.

©Kujie -Saya sangat sibuk…. penat sangat. Semalam tak boleh buat medical checkup sebab pesakit terlalu ramai dan terpaksa buat appointment petang Selasa 9/2/2010. Dari KKB terus memandu ke Jln. Raja Laut selesaikan beberapa keperluan Angah . Intan dengan kerja sekolah bertimbun-timbun. Along pula demam. Dua hari lepas dia berhujan waktu ke tempat kerja. Kemudian semalam dia mula belajar memandu di jalanraya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Adik Ammar Dan Ku Adam Hakimi

  1. bantulah setakat mana yang kita mampu.
    .-= mesticun´s last blog ..Bush syaitan bekas presiden amerika =-.

  2. berbangga dengan usaha murni para blogger prihatin..semoga usaha murni utk membantu adik ammar ini berjaya..
    .-= Ayah Aiman´s last blog ..Sehari Di Pusat Jagaan Warga Emas.. =-.

  3. semoga adik ammar dan adik ku adam hakimi cepat sembuh
    .-= wazy´s last blog ..Contest Baru Pulak =-.

Comments are closed.