Petua Ulser Mulut
Pengetahuan Am

Petua Ulser Mulut

Saya pasti ramai orang akan mengalami sakit ulser mulut ( mata ikan atau lompangan ) sekurang² sekali dalam hidup. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada 2-3 minggu. Walaupun teramatlah sakit dan pedih ( nak makan pun tak der selera ) ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.

Selalunya tanda² penyakit ini adalah bulat berwarna putih atau sedikit kuning. dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah. Rasa sakit terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.

Antara sebab² terjadinya ulser mulut kerana kecederaan di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam atau air yang terlalu panas.

Ada beberapa petua biasauntuk menghilangkan kesakitan akibat ulser mulut antaranya jangan makan makanan yang terlalu pedas, minuman berasid, guna antiseptik untuk berkumur, minum air dengan banyak , letakkan ketulan ais di tempat yang sakit dan letak gel untuk ulser – Bonjela.

Petua Saya :

 Cubit sekeping asam keping/ asam gelugor, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut.

Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit ( macam masak meggie je ni ) bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.

 

Amaran : Petua ini tidak berkesan sekiranya anda menelan asam keping tersebut seperti anda menelan pil penahan sakit!

asam keping asam gelugur
asam keping atau asam gelugur

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

158 thoughts on “Petua Ulser Mulut

  1. Alhamdulillah..macam tau2 jer..hehe..mmg saye tengah kene ulser kat bibir ni..ingat petang ni..nk singgah farmasi dah, nak beli bonjela..alhamdulillah..dah jumpe antiseptik yg murah tapi berkesan..terima kasih byk2 kak jie.. :mrgreen:

    p/s – mcam masak meggi? 😎
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Snek berkhasiat untuk kitaMy Profile

  2. Petua aku guna gula-gula oren (yang ada garam dalam dia tuh)…tekap kat situ sampai gula-gula tu cair abis..

    Mula2 pedih sikit..tapi ade gak rasa manis-manis…amacam ade berani?
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Kenapa Dia Tak Pakai Baju PaMy Profile

  3. pengalaman saya, kena ulser paling teruk:

    1 – satu kat tekak
    2 – satu kat lidah
    3 – satu kat gusi geraham
    4 – satu kat bibir depan

    * semua kena masa yg sama, nak tidur tak boleh rapat mulut nanti kena ulser kat geraham, nak buka mulut sakit kat tekak..last2 lapik ulser dengan tisu baru boleh tidur, air liur meleleh2…

    * masa tu tak tau pulak boleh guna asam keping, ada orang cakap letak garam atau madu lebah..menitik air mata tahan sakit sangat…nanti2 boleh cuba asam keping pulak..terima kasih..
    Jom terjah post menarik dari sufian ..Power Supply Connector Yang AsasMy Profile

    1. tempat yang kita letak asam tu akan jadi putih..mcm sel2 ulser tu mati… rasa sakit hilang sebab macam kebas.

      Antiseptik yang bagus sebenarnya tanpa keluarkan modal yang mahal

  4. itu namanya sariawan ya…biasanya bs disebabkan oleh stress trus keadaan usus yg lg panas, krn memakan makanan panas, air panas, dan sebagainya.
    Jom terjah post menarik dari julianusginting ..Menebak Hati DoiMy Profile

  5. skrg tgh skit ulser ni..
    da msOk sbuln..x baek2..
    skit,perit..bibir kering..
    da mcm2 ubt cbe..bOnjela,trOk garam,ubt klinik
    tp,,mkin besa x kecut2..
    knp ek??

  6. emm….sya slalu jd ulser ni….pnah jd 14 skaligus smpai ke tekak..bkn nk mkn je susah minum pn perit..gna mcm2 ubt,x baik ltak bonjela lg besar…last mkn ubt thn sakit n lth ubt kbs je kat mulut 2…ltk garam….jgk…sakit x terkata
    krg..dh jrg kna…kne byk minum air…cuaca panas sgt jd la

    1. @senah cun, baca entri ni sampai abis tak?

      saya bagi petua, letak dengan asam keping….cubalah

  7. agak2nya la kan…… ape makanan yg kita boleh makan masa kena ulser tekak ni ek…..
    sbb kalau makan benda2 keras mesti sakit nak telan…..huhuhu

  8. 😥 huhuhu.. slau tekene kat lidah..hilang terus selera mkn..nk ckp pun malas coz sakit…huhuhu

  9. Bgs le petua ni. Aku pnh kene smpai bminggu2. Merana sngt. Adui bila ktawa skt sngt bile ulse tu bgesel ngan gigi.. Pnh cube ltk garm pi x jd.

  10. memang sakit kena ulser ni… masuk ni da 2 kali saya kena, mula2 kat bibir pastu kena kat gusi sampai bengkakla gusi tu… nk makan pun x la 🙁 lu

  11. nak petua paling murah.. letak ubat gigi. tapi kesannya mcm pain killer je, lepas tu sakit balik. aku selalu kena mungkin faktor keturunan kot ikut ayah. la ni anak-anakpun sama kena.

    1. @key, suruh anak2 tu minum byk air kosong..kita mencegah..kesian kalau budak2 kena….merengek je..nak makan sakit.

      pernah gak try guna ubat gigi..tapi cubalah guna asam keping..mmg elok

  12. sakitnyerr….!!!!!!dah smggu dah ni…lubang makin dlm de ar…nak mkn n minum skit giler….jgn kater nak mkn minum tpi nak tido pon xleh…nak buek cmne ni… ❓ pipi dah bengkak dah…. 🙁 🙁 🙁

  13. mak aiih..banyaknyer..kalo ct jd camtu meraungla tiap kali nak mkn..selalu gak kena tp biasanya kumur2 garam, 2/3 lepas tu ok dah.. ;D

  14. ieqa dlu ada 1 ulcer..pastu 2,3, dan sampai 6 sekali gus..jumpa doktor dah 3 kali..duit hbis dkat seratus..tpi x hlang gak..dah dkat 4 blan..nak wat cam ne ni??? 😥

  15. saya baru je kena 4 ulser sekaligus.. sakit x terkira.. kalo makan mesti nangis. saya try smua jenis ubat.. garam, bojela, ubat kebas tp masih x sembuh. last2 makan sireh dan tampal akar pokok mata ayam yang ditumbuk. alhamdulillah sembuh jugak.

    ps. pokok mata ayam banyak tumbuh dalam hutan

    1. 😳 tumpng llu..aku,nthla lately nie slalu lak kene ulsr…tpksa la aku posa….

  16. masani saya ada 4 ulser dalam mulut…waahhh perit sangat rasanya…betul ke boleh guna asam kering. kang aku cuba

  17. jiji – tul tu…sedap2 sakit…gerammm…suka…hehehehehe

    lily – bab makan yg seksa…mcm awk tu ….

    intan – tu lah.. kalau tak cukup air, mudah kena ni

    madredo1 – ramai guna garam….

    sy je tak guna garam…

    diya – tahannya..wat dono je…

    eee…kalau mama..asik dok gigit je…asik dok langgar je dgn gigi..

    tak selesa sungguh

    mz – iyalah……faham cikgu..

    jauhnya…contoh sampai ke Laut Mati tu

    ita – jgn lupa cuba..selongkat dapo cari asam keping

    kumbang – selalunya itulah sebabnya..tak cukup air

    arin – kalau budak tu tahan..tapi intan tahan..dia leh guna asam tu..walau pedih..tapi pedih sekejap je

    su – ruginya…dah lupa nama pokok tu..kalau tidak boleh turunkan petua datuk nenek.

  18. salam k’jie,
    su teringat masa kecik dulu, bila kena ulcer mulut ni je(kita org paggil meletup mulut… dasatkan bunyinya? hehe), arwah mak suruh pegi ambik kulit kayu sejenis pokok (tak ingat namanya tapi boleh dikupas sekeping seperti kulit kayu manis), tumbuk sikit dan letak kat tempat sakit. memang berkesan sangat. bila keluarkan (macam keluarkan kapas lepas cabut gigi), semua kuman putih+kuning tu akan melekat kat benda tu. pedih tapi cepat sembuh….

  19. org suwuh kumur aaaaaaa. bukan telan :p
    telan air laut tgk laut gak la. telan air laut mati … mati la kut:p
    tapi sebenarnya kesan asam keping ngan garam lebeh kurang sama cuma garam mungkin lebih efektif sedikit.
    harap maklum :p

  20. thanks for the petua, ma. penah kene gak beberapa kali – tapi, taklah sampai teruk. dlm 2/3 hari tu baik dgn sndirinya tanpa refer mana2 petua. huhu. diya wat dono gitu. :p

  21. petua linda kepada mad redo1 ialah “LETAK GARAM!” tetapi selalu sahaja buat tak endah sahaja… hehehe… kalu kurang minum air masak, biasanya akan timbul barang sebijik dua dalam mulut mad redo1 nih…

  22. K.Jie..

    Intan selalu sgt kena mata ikan ni. Jenis badan panas 🙁

    Skrg dah kurang sikit sejak menjadikan air masak sbg air favourite!

  23. neeza – ayat tu nk hilangkan sengal2 sakit ulser tu..

    manalah tau derang nk cepat baik

    telan asam keping tu 😀

    lepas ni letak asam, kecik je..sebesar ulser tu..

    ckp je cokelat..kan warna tu dah nak sama dah..he he he

    sekali boleh lah tipu…

    Perindu – lama tak tinggal jejak kt sini. Sihat ke?

    kalo minum satu cawan tu utk ulser perut kot..

    he he he

  24. biasa nya kumur memalam aaa. esok nya mangun tido tak sakit dah.
    garam tu di kacau dlm air suam, pas tu kumur2. lagi masin lagi baguih 😀

  25. umi mia – kumur dgn air garam…seluruh mulut akan rasa..tapi bile letak asam keping tu..cuma tempat yg sakit je..

    pastu terus baik..serta merta..

    di jamin 100%

    hahahaha..kakjie macam org jual ubat pulak!

    yonna – sapa yg suka yang oiiii

    angkat tangan?

  26. Adry – kalau dah try nnt bagi preview ye..nak tau gak berkesan tak untuk org lain

    muadz – apa lagi..trylah petua ni…hehehehe

    kurang minum kot derang tu/

    mz – kalau kumur dgn air garam tu..terus baik ke atau ambek masa gak 2-3 hari…

    kalo guna asam ni pakcik…lepas letak tu..terus baik..kat tempat ulser tu , tempat yg kena asam tu..akan jadi putih..mcm sel tu mati lepas kena asa…

    trylahhhhh…masa letak tu..perit tu..kena jeritttttt dulu..hehehe

    baru berkesan!

  27. Arin – nnt try guna asam keping ye… lepas letak tu terus tak sakit..kebas je…tak yah tunggu 2-3 hari.

    mama ranggie – uik..sakit gigi? Selalunya bila mengandung memang ada pendarahan gusi

    maksu – tak pernah kena ke..untungnya…

  28. salam kakjie 😉

    hehe arwah nenda ajar letak garam kemudian kumur kumur tapi saya biasanya minum satu cawan air garam tu sekali hehehe

  29. hahaha!!! gelak besar neeza baca bila Kak Jie tulis, telan asam keping tu..
    neeza kalau kena mata ikan ni, neeza letak garam kat situ.. memang kowww la sakit nya tapi lepas tu dia okay.. kalau anak2, kadang2 neeza curi2 letak, sebab kalau dia tahu, sah2 dah diorang taknak sebab sangat sakit..

  30. i hate mata ikan!
    sangat sakit lah ma!!
    rase hangin je satu badan ni..
    tp yonna slalu kumur air garam je 😀

  31. ha’ah..saya pun sama..air garam suam…lega sikit…biasanya saya kena tak pernah lama sangat…dua tiga hari jer setakat ni…

  32. penyakit dalm mulut ni termasuk ulser sonang yo ubek eh. kumur2 ngan air garam suam. pada pak cik sangat mujarab termasuklah sakit tekak 😀

  33. letak tu mmg mengecutkan..hehehhe

    sy jarang kene…tapi suami selalu kene…ikut dianaknya yang no 3 tuuu..selalluuu ada…

  34. saya paling tak suka kalau situasi ader ulser..nak je amik garam tenyeh kat mulut..kehkehkeh..

Comments are closed.