Ujian PISA 2015
Pengetahuan Am

Ujian PISA 2015

PISA2015

Sekolah Intan terpilih untuk menduduki PISA 2015, dan Intan adalah salah seorang calon daripasa 42 orang murid sekolahnya yang akan mewakili Malaysia pada ujian PISA 2015.

 

Apa itu Ujian PISA?

PISA atau Programme International Student Assessment adalah kajian pentaksiran piawaian antarabangsa yang dianjurkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development).

Ujian PISA diadakan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun. Tumpuan pentaksiran bukan pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi pengetahuan dalam kehidupan sebenar. Ujian ini mengukur bukan apa yang mereka tahu, tetapi apa yang mereka boleh lakukan dengan apa yang mereka tahu.

Melalui ujian PISA, pengubal dasar pendidikan negara mendapat maklumat yang tepat mengenai sistem pendidikan di negara kita dan mendapat perbandingan di peringkat antarabangsa. Kita boleh tahu kedudukan ranking negara kita diantara 65 negara yang mengambil bahagian ( pada tahun 2012)

Ujian PISA diadakan setiap 3 tahun sekali dan pada tahun ini pelajar yang dilahirkan pada tahun 1999 adalah kelompok sample ujian. Malaysia mengambil bahagian dalam Ujian PISA buat pertama kalinya pada tahun 2009.

Pada tahun 2012, 164 buah sekolah meliputi 5729 murid telah menduduki ujian ini. Sampel kajian PISA disertai oleh sekolah menengah kebangsaan, sekolah agama, sekolah menengah teknik/vokasional, sekolah berasrama penuh, MRSM dan lain-lain.

Untuk bacaan lanjut mengenai pencapaian dan pelan pendidikan negara, klik di sini

PISA – Programme International Student Assessment

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025

keputusan PISA

Menurut keputusan PISA pada 2012, pelajar Malaysia mendapat markah di bawah purata atau berada di tangga 52 daripada 65 negara berbanding pelajar Vietnam berada di tangga ke-17 .

Setiap pusingan ujian PISA, ย 3 domain PISA diuji iaitu Sains, Matematik dan Bacaan dan satu domain utama difokuskan. ย Pada PISA 2015, Sains adalah domain utama. ย  Murid akan menduduki ujian PISA melalui komputer dan mereka boleh memilih menjawap dalam bahasa yang dipilih sendiri iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. ย Satu domain baharu iaitu Ujian Penyelesaian Masalah secara berkolaboratif ( simulasi menggunakan komputer ) ditambah pada tahun ini.

Saya berharap pencapaian PISA 2015 ini akan lebih baik memandangkan murid yang lahir tahun 1999 telah biasa dengan format ujian tersebut melalui PBS. Intan cakap konsep PISA sama dengan sistem ujian PT3 dan PBS yang mereka hadapi sejak tahun 2012.

Ujian PISA 2015 akan diadakan pada bulan Mei 2015.

Buat elok-elok Intan…. jangan sia-siakan peluang ini.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Ujian PISA 2015

  1. kat Perak tengah ada Kem PISA..sy tengah handle untuk 4 siri..harap bebudak yang masuk bertanding ni dapatlah mewakili negara dan mengharumkan nama negara..dapat sijil, tu yang mahal..20% tu markah kokurikulum untuk masuk U

  2. Harapan yang tinggi terpikul di baha guru, zaman semakin berubah begitu juga murid-murid. Walau pelbagai kemudahan disediakan namun cabaran tetap dihadapi guru. Itu lah guru yang berada dalam zaman tersebut.

  3. hhaha..

    dah lama tak baca perkataan “domain” tu.

    last jawab soalan medsi..cam gitulah jugak ayatnya..

  4. Ertinya peperiksaan ini untuk tentukan ranking negara berbanding negara-negara lain di dunia kan kak? Good luck to Intan, harap ranking negara kita akan lebih baik kali ni, insya’Allah ๐Ÿ™‚

  5. ingatkan Ujian PISA ni apa.. Salah satu sistem pendidikan zaman sekarang rupanya.. bertambah pengetahuan Aisyah.. Nasib baik terjumpa entri ni..

  6. Banyaknya yang saya tak tau pasal sistem persekolahan sekarang.
    Tahun depan anak dah masuk darjah 1 kena ambik tau.

Comments are closed.