Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
Pengetahuan Am

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Mengikut slip bercetak untuk rujukan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) tarikh ujian UKKM adalah 11/12/2009.Mengikut kalender kuda depan saya yang tinggal hanya 2 helai, tarikh 11/12/2009 adalah cuti umum bagi Negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.

Nak Beli Uniform MRSM Kat Mana?

Selalunya urusan rasmi tidak dijalankan pada cuti umum. Sultan dah bagi cuti, suruh pergi kejubus (rewang) kenduri kahwin. Hari Jumaat pula tu, boleh bersambung cuti hujung minggu yang panjang.

Telefon pejabat MARA Jalan Raja Laut.  No telefon MARA Jalan Raja Laut 03-26132000 ( talian utama MARA )

” Ujian akan dijalankan seperti biasa”.

Kepada ibubapa dan pemohon penduduk Negeri Selangor, Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM ( UKKM ) Tingkatan 4 tetap berjalan seperti yang dirancang pada 11/12/2009 ( Jumaat ).

 

Dari laman web MARA:

Apakah yang dimaksudkan dengan UKKM?

UKKM adalah singkatan bagi Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 dan mengandungi 3 aspek utama :

  1.  Matematik – (40 soalan )
  2.  Sains – (50 soalan)
  3. cKeperibadian – (100 soalan )

(Ujian Matematik dan Sains berdasarkan Sukatan Pelajaran Menengah Rendah).

Adakah UKKM diwajibkan kepada pelajar-pelajar di Sabah / Sarawak?

UKKM tidak diwajibkan bagi calon Sabah dan Sarawak kerana masalah logistik di kedua-dua negeri ini menimbulkan kesukaran kepada pihak MARA untuk melaksanakan ujian ini di negeri-negeri tersebut.

Rindu Belahan Dadamu

EDIT : 24/11/2009 – surat rasmi diterima dari MARA untuk menduduki UKKM

peta lokasi MRSM Kuala Kubu Bharu

Lokasi MRSM Kuala Kubu Baru GPS Coordinates – 3.547945, 101.67648
Jarak MRSM Kuala Kubu Bharu dari Kuala Lumpur lebih kurang 63KM

  • Kalau dari KL,  selepas Batang Kali, jumpa Rasa. Sebelum Jambatan Stesen Splash KKB , belok ke kanan.
  • Terus sehingga nampak SMK Ampang Pecah di sebelah kiri dan Darul Quran di sebelah kanan. Belok  ke kanan.
  • Terus sehingga nampak Kem BIna Semangat ( Yayasan Selangor ) di sebelah kanan. Tak jauh dari tu Mrsm KKB di sebelah kanan
  • Jarak dari persimpangan Ampang Pecah ke MRSM KKB lebih kurang 8 KM

* Jangan memandu terburu-buru, perlahankan kenderaan anda dan nikamati pemandangan disekitar  keadaan ianya sangat cantik dan indah!

Peringatan :

  • Bawa Kad Pengenalan dan Angka Giliran PMR
  • Tiba 15 minit lebih awal
  • Pakai seragam sekolah dengan lengkap dan kemas
  • Bawa bekal untuk waktu rehat ( kemungkinan tiada kantin di pusat ujian)
  • Boleh bawa kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan sahaja.

NOTA : Bawa alat tulis dan kertas – UKKM adalah ujian berkomputer.

Nota ii :  Anak saudara saya yang mengambil UKKM Tingkatan 1 ( tahun 2011 )  mengatakan ujian ini dijalankan secara bertulis bukan komputer di MRSM Merbok.

Pakaikan sewaktu menghadiri UKKM – Pakaian sekolah yang biasa dipakai ke sekolah setiap hari.  Contoh, kalau pengawas dengan pakaian pengawas, kalau sekolah rendah pakai uniform sekolah rendah .

Anak saya uniformnya adalah berwarna purple  ( Pengawas Pusat Sumber )

 

Semoga berjaya, ye anak-anak!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

126 thoughts on “Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

    1. ini blog peribadi, saya menulis berpandukan pengalaman anak saya tahun 2009, saya minta maaf kerana sekarang saya tiada lagi anak untuk memohon MRSM 🙂

      tetapi no tel mara, maklumat mengenai lokasi adalah betul hingga kini.

      saya rasa, saudara/saudari perlu merujuk kepada laman web rasmi MARA untuk maklumat terkini ( jika ada perubahan )

      carian saya di laman web rasmi MARA juga ‘tidak ditemui’ = telah dibuang dari laman web, jadi maklumat ini sajalah yang saya ada berpandukan kepada pengalaman pada tahun 2009.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Suka Duka Itu Rahmat AllahMy Profile

  1. Hai,sya pelajar tingkatan tiga Tahun 2012 teringin nk masuk mrsm.. Buleh jelaskan syarat nya.. Tq

    1. Basyira tak reti bagi salam ke?

      Kalau dah mula mengeja ‘buleh’, macam mana nak lulus ujian ni? Tak habis-habis bahasa sms. Orang melayu cukup suka guna bahasa sms. Macam mana nak maju?

  2. eh. samala…. kite pun dpt 13/12/2011… sy test kat mrsm k.kubu bharu. harap2 success….
    😆

    1. Amir. Saya stay rawang. nanti nak ambil exam ukkm dkat kkb. Cmne soalan math dia. Ada contoh ke apa ke ? tips ? huhu> takutnyaa

  3. salam. anak saya akan ambik ujian pd 13/12/2011 utk form 1. nx taulah soalannye susah ke senang. 😕

  4. soklan ukkm mrsm:
    Question 1
    The head of an alligator is 6in, the tail is 2x the size of the head plus half the size of the body, the body is the same size of the head plus the tail. how long is the alligator?
    A= 27in
    b=54in
    c=63in
    d=72in
    e=84

  5. Sy x sbar gak.. tapi awk tau tak bentuk soklan dye camne??klau thu,,share la cket..sy nk sgt2 msuk mrsm pengkalan chepa 😥

  6. Askum,,, sy nk thya… 😛 soklan ukkm yg maths tu kan,,,
    susah ke??? Cuba bgi contoh camne soklan tu sbb smua org yg sy tnya,,diorang ckp maths susah tapi sains kacang jer..ye ke??? 😕

    Tolong bagi soklan contoh maths tu bleh x??? Satu soklan pun xpe dah..sy hnya nk tahu bentuk soklan tu je..tolonglah,,oK??
    doakan sy supaya dpt MRSM Pengkalan Chepa… 😉 …

  7. kalian rase ujian nie susah x.sye takut ar bab sye akan duduki ujian ukkm nie 28/11 nanti.lagi sye takut bab sye bukannya reti sngt bab komputer2 nie.ada banyak kene tekan x.someone please help me

  8. soalan UKKM ni semua org jwb soalan yg sama kn?? walo kt mne pon kt jwb….soalannye still sama??
    please reply a.s.a.p…..
    tanx!!!

  9. masa kita mohon online dulu , masa isi form tu memang ada satu bahagian yang kita perlu pilih tempat dan tarikh yang kita mahu untuk menduduki UKKM ini, UKKM ini bukan ujian berasingan untuk permilihan ( ianya satu pakej waktu permohonan )

    mungkin tak dapat surat kali kedua , tetapi kalau waktu kita isi form permohonan tu dah tahu tarikh dan tempat, pergilah…. atau untuk kepastikan, cuba telefon pejabat MARA – mereka boleh semak rekod untuk pengesahan.

  10. kak, sy nk tny ni…
    org yg dpt surat je ke yg kene perg??
    sbb kwn sy x dpt la…
    so die kene g tak ujian ni??

  11. erm nanti jawab guna kertas or jawab je dekat komputer yang telah disediakan ? ada ukkm minggu depan.

  12. insyaallah… kalau memang ada rezeki, adalah
    bertenang…

    anak Kak Jie ckp, mathematik agak susah…tapi itu bagi dia…orang lain mungkin tak ada masalah

Comments are closed.