Tanam Semula
Pengetahuan Am

Tanam Semula

Mungkin ada pembaca yang tahu, saya memang sedang dalam projek Tanam Semula Getah. Kebun getah tua sekangkang anak kera kat kampung telah ditebang dan ditanam getah baru.

Bukan saya buat semua tu…ayah, mak dan adik lelaki yang tinggal dengan mak. Kalau nak harapkan kami, kulat sisir kat perdu getah pun tak sempat nak merasa.

Ini antara entri terdahulu tentang getah.

Dua hari lepas saya dapat salinan surat dari Risda.   Surat pemberitahuan bayaran bantuan tanam semula.  Bayaran bersih yang telah ditolak potongan bantuan bekalan baja.

Rancangan Tanam Semula adalah satu projek di bawah kelolaan RISDA yang membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik.

Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) atau biasanya disebut Tabung Wang Ses yang dikutipan pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam Tabung Wang Ses dan digunakan bagi membiayai program tanam semula tersebut selain dari bantuan secara langsung dari kerajaan.

Syarat-Syarat Untuk Mendapat Bantuan Tanam Semula – dapatkan maklumat di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Selepas terlibat secara langsung, barulah nak ambil tau pasal RISDA, barulah saya baca bermacam² maklumat dan info mengenai RISDA.   Banyak lagi benda yang saya tak tau dan baru tau atau dalam istilah popular blogger – saya newbie.

saya newbie – sebab tu tak terasa pedas dengan cili yang ditabur merata-rata untuk umpan otai!

# minggu yang sibuk – sabtu & ahad kenduri, mak mertua datang, adik ipar duai datang, mengecat rumah yang tak siap² – merempit ke SSM tetapi urusan tak selesai….penat , masak, makan, tidur siang…saya bukan fulltime blogger – dunia di luar talian juga sendat dengan tanggungjawap.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Tanam Semula

  1. Waalaikumsalam.

    Dulu…dulu masa mula2 beli tanah kebun tu, suami pun mengila tanam segala jenis pokok buah. Maklum tempat asal dia tak ada kebun..semua tanaman kelapa sawit, kelapa, koko, pisang…tak sesuai utk kebun buah buahan

    4-5 tahun lepas tu mulalah timbul masalah….. buah rambutan tak dpt dipasarkan. Harga terlalu murah…tak ada orang nak petik ….kami jauh beratus2 kilometer untuk jaga.

    Sebab tu…semua ditebang. Tinggal sebahagian lagi yg ada pokok buah buahan asal

  2. kawasan tu tak sesuai utk kelapa sawit…tapi kelapa sawit ada juga…kat kampung mak mertua.

    yang getah ni kat kg kak jie…

  3. cian abang…. dah tau dah faham dah
    kita kt sini merungut line streamyx mcm siput…abg kt sana lagi seksa..mcm ulat gonggok kot..hehe

  4. kak jie,kayu getah yg lama tu buat apa? ayah saya dulu pun buat tanam semula, kayu getah dijual (felda uruskan) dan harga boleh tahan mahal jgk sbb kayu getah mmg dpt pmintaan yg tinggi. dalam 7 ekar tanah boleh dpt 5 angka jgk hasil jualan kayu.

  5. Jika berniaga 9/10 rezeki. Berbudi pada tanah pula satu pelaburan yang baik. Dua-dua direkomen menurut agama kita.

  6. Sebut pasal kulat dan kera…biasanya dekat kulat sisir ada satu jenis kulat yang agak besar. Teringat masa saya kecik dulu mak panggil kulat tu “kulat telinga kera” 🙂

  7. Assalamualaikum,
    Tak ada kebun ladang…sangat impikan ada kebun buah-buahan walaupun sekadar sebatang pokok sahaja bagi setiap jenis buah. Mmmmm entah bila impian akan tercapai

  8. Tidak apa Kak Jie tidak rugi kalau tanam Getah sekarang kerana ia boleh dijadikan pendapat sampingan. Ada Cikgu sekolah memotong getah selain mengajar. 🙂

  9. emm dpt update satu enty sehari pn dh syukur…tk tnam sawit ke kak? cepat ckit dapat hasilnya…kalau tk pndai kerjakan upah orang…

  10. Kita semua adalah newbies bila sampai bab ilmu dan info. Ditimba macam mana pun takkan khatam.

    p/s: Jenuh melayan soalan junior yang bakal ditemuduga minggu ini. Cari di Google katanya banyak sangat nak ditapis sampai pening 😉

  11. untuk jangkamasa panjang ni… sebab getah bukan tanam hari ni esok dah boleh motong

    lagi pun dah ada kebun….

  12. Kak Jie pun tatau…tapi bila dah kena buat benda ni, barulah cari info itu ini begitu begini….rasa pelik je….sebenarnya

  13. Tanam getah bukan ‘tanam hari ni esok dah boleh kutip sekerap’

    7- tahun baru nak dapat , masa tu kita pun tatau harga getah tinggi ke rendah 😆

  14. Rajin kak kujie buat tanaman semula ni… 🙂 serious saya tak tahu langsung bab tanam-menanam ni… suka tengok orang yang faham dan ada minat dengan ladang semua ni…

  15. untunglah kak jie tanam getah. Sekarang ni getah mahal giler. orang kampung berlumba-lumba tanam. tak apa tunggu lama sikit. getah jarang turun punya

  16. hu hu hu……dah la tak ada internet::::talipun pulak rosak.,aca,2 ,asalah la pulak

  17. kak jie…pertanian adalah perniagaan…untung sabut timbul, untung batu tengelam…

  18. Getah dah naik harga sekarang. Memang wajar berusaha untuk tanam semula. ramai kawan-kawan kat Sabah yang dah tanam semula getah juga. Harga anak pokok getah plak yang dah naik.

  19. hehe… bukan hal2 diri sendiri je…kita ada jiran tetangga, adik beradik ipar duai , kan…

    kerja2 yang tak habis 😆

  20. psst: jangan ada pulak alien yg berbunyi lepas ini kak jie dah dapat duit bantuan RISDA tak mau buat kontest kat blog dia.. hehehe

    tu namanya nak kena penampar selipar jepun tu. heheheh

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    opps.. melantun-lantun lah fulaks.. hehehe

  21. Bagus maklumat ni sebab bulan lepas ada balik kampung melawat kebun getah yang memang dah wajib nak tanam semula. Dah ada dalam perancangan tapi belum mula buat apa.

    Selalunya suri rumah lagi sibuk. Tambah lagi suri rumah popular. 😆

  22. saya lebih suka tanam kelapa sawit..senang nak jaga..nak amik buah pun bukan tiap2 hari..kalau ujan pun tak kisah..tapi citarasa lain2..anyway good luck..semoga menjadi

    faisalapardi.com

  23. Ouhh.. Cerita pasal getah.. Teringat kisah lucu nenek & atok saya. Dulu.. Nenek saya selalu cakap dekat atok saya yang tangan dia busuk bau getah. Last2, nenek saya kena sound dengan atok, “Ooo.. Tangan aku bau busuk, duit hasil getah tu tak busuk pulak..” Sabar aje lahh.. Hihi.. 😆

  24. Lebih kurang sama jer jawatan kita KAK KUJIE. Suri rumah, dengan kerja yang tak pernah habis… Berblogging bila ada terluang dan mana sempat jerrr..

    Tapi tetap belajar banyak dah dari Kak KUJIE. thanks

Comments are closed.