BARU EDIT 5/10/2015 ! – klik di sini – Permohonan Online Ke Kolej Vokasional 2016 Dibuka 5 Oktober 2015
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BARU ! – klik di sini – Syarat Kelayakan dan Senarai Kursus Kolej Vokasional 2015 !
BARU ! – klik di sini –Cara Mengisi Borang Permohonan Online Ke Kolej Vokasional
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cara memohon sekolah Teknik dan Kolej Vokasional
Sebelum itu, baca dulu entri ini – Beza Koleh Vokasional dan Sekolah Menegah Teknik [klik link]
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
Syarat Mohon Sekolah Teknik dan Kolej Vokasional
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) .
- Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) .
Kesihatan diri pemohon:
- Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
- Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
- Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus Mohon Pendidikan Vokasional
Kategori A
- Teknologi Mekatronik
- Penyelenggaraan Pesawat
- Perakaunan
- Pengurusan perniagaan
Syarat Minimum
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup
Kategori B
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Automotif
- Sistem Komputer dan Rangkaian
- Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web
- Teknologi Pembinaan
- Pembuatan Peralatan – Metal Stamping Die
- Pembuatan Peralatan – Mould
Syarat Minimum
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup.
Kategori C
- Pelancongan
- Seni Kulinari
- Bakeri dan Konfeksioneri
- Fesyen dan Pembuat Pakaian
- Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
- Kosmetologi
- Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara
- Pemesin Industri
- Teknologi Kimpalan
- Hotikultur Hiasan
- Landskap
- Mekanisasi Pertanian
- Agroindustri Tanaman
- Agroindustri Ruminan
- Agoindustri Poltri
- Bioteknologi
- Herba
- Pemprosesan Hasil Pertanian
- Akuakultur
- Florikultur
- Kesetiausahaan Pentadbiran
- Insurans
- Perbankan
- Pemasaran
- Pengurusan Peruncitan
Syarat Minimum
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup
Syarat Khusus Mohon Pendidikan Teknikal
Program yang ditawarkan :
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrik
- Kejuruteraan Awam
- Sains Pertanian
- Perdagangan
Syarat Minimum
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Kemahiran Hidup
Syarat Khusus Mohon Latihan Kemahiran
Program yang ditawarkan:
- Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
- Juruteknik Elektrik
- Pemesin Am / Juruteknik Pemesinan
- Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
- Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
- Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
- Furniture Maker
- Jurubina Bangunan
- Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
- Jurukerja Paip / Pemasangan Perpaipan dan Kumbahan
- Pelukis Pelan Senibina
- Juruteknik Elektronik Industri-Peralatan
- Pembuat Pakaian Wanita / Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
- Pembantu Penyedia Makanan / Demi Chef
- Jurukecantikan
- Pekerja Ladang Pertanian / Juruteknik Ladang Pertanian
Syarat Minimum
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Kemahiran Hidup
Rujukan : Syarat Khusus – Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional
JIka ada pertanyaan dan maklumat tambahan sila hubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my
anak saya tingkat 3 (2014) akan menduduki peperiksaan PMR tahun ini (2014)..bagaimana saya hendak mohon untuk anak saya memasuki kolej vakasional??? harap dapat bantu..
assalam kak, macam mane nak tahu rayuan kita punya dapat ke tak ? sebab 28/1 ni pendaftran bagi pengambilan ke 2, ada cakap suruh tengok kt sistem, tapi bukak tak ada pape pon, yang ada keputusan permohonan yang gagal je, yang rayuan punye tak ada pon, macam mane ni, boleh bantu saya ?
sy ingin mohon kolej vokasional dalam bidang seni kulinari….sy ingin tahu nama nama kolej vok yang menawarkan kursus ini,,,,,keputusan PMR 2013 ialah 5A2B…SILA BERI BANTU KEPADA SAYA ….TQ
Permohonan ke kolej vokasional telah pun ditutup
Permohonan sebenarnya menggunakan Keputusan Percubaan PMR.
Tapi dalam borang TED 4 tulis lafaz aku janji. Cikgu sekolah saya kata pengetua sana kena sign
Puan saya nk tnye ? Saya dah nuat rayuan ? Selalunye kbv akan tolak ke rayuan saya ke puan ? Bile panggilan kedua masuk puan?
secara logik, selepas kumpulan pertama melapor diri.
masa tu baru pihak sekolah tahu kekosongan yang ada
rayuan perlu dibuat melalui KV itu sendiri dan keputusan bergantung kepada kekosongan.
saya tak ada tarikh yang tepat…
Maafkan danie ye kak ,dani x faham sebab tu Tanya. Lagi satu soalan je, esok pendaftaran kV cuma daftar ke kene terus sekolah kat kV tu.?
Saya nak Tanya lagi kak. Borang pt Dan TED kena tandatangan pengetua kat kV atau kat skolah lama atau kat penghulu, says tidak faham.
Saya nak tanya akak boleh saya nak tukar kursus Dari auto kepada elektrik pada hari pendaftaran kV esok.,ssaya dapat tawaran kursus auto tapi esok boleh talk says tukar. Tolong balas kak.
,
saya tak dapat nak balas soalan ini… saya tak ada pengalaman. Nasihat terbaik yang saya dapat beri adalah – bertanya terus kepada KV tersebut. Minta untuk bertukar. Sekurang-kurangnya itu adalah usaha. Malam ni berdoa ye..:) Selamat mendaftar ye
Salam puan,sayanak tanya.saya salah pilih sekolah.saya nak masuk smt tpi dapat kv.saya nak ambik kejuruteraan awam.boleh x saya buat rayuan utk tukar sekolah dan kursus sbb permohonan saya dah pon berjaya.please reply
kalau saya tak ada buku kokurikulum dapat daftar masuk vokasional tak ?
assalamualaikum….saya ada memohon ke kv…tetapi tidak berjaya…saya nak tanya jika saya mendapat keputusan 3a3b1c1d…..saya layak mengambil bidang apa di kv???….adakah rayuan saya akan diterima jika mendapat keputusan berikut???…
tolong balas
saya tak balas sebab saya bukan pihak yang menguruskan pengambilan atau rayuan permohonan.
saya suri rumah sepenuh masa… ini adalah blog peribadi bukan laman web rasmi. Perkara yang ditanya di luar bidang kuasa saya
Adik lelaki sy dpt keputusan PMR 5A 2B 1D… Ingin memohon kemasukan ke sekolah teknik dan vokasional…tetapi mungkin ada kesalahan semasa permohonan di buat secara online, kerana semasa semakan keputusan permohonan menunjukan “prmohonan tidak di buat” … Sy nk tnye jika masih ada cara utk memasuki sekolah tersebut.. Terima kasih..
waalaikumsalam – permohonan online memang sudah ditutup. Cuba pergi bertanya terus ke sekolah teknik atau kolej vokasional tersebut. Walaupun cara ini tidak memberi jaminan, sekurang-kurangnya kita berusaha.
saya nak tnye . keputusan pmr sye ialah 2A 5B 1C .. Dan sye mohon smt tuanku jaafar , aliran kejuruteraan awam .. ttapi , p’mohonan sye tidak berjaya .. jadi , bile boleh buat rayuan ke sklh berkenaan ? adakah slps pendaftaran sklh b’kenaan ? ataupun bile-2 masa ? sila balas .. =D
rayuan boleh dibuat di KV yang berkenaan , pengambilan bergantung kepada kekosongan tempat selepas kumpulan pertama mula mendaftar.
boleh tak kalau saya buat surat rayuan dan hantar ke KV berkenaan ? kalau boleh, tolongg bagi contoh surat rayuan untuk saya dan salinan2 yang penting untuk dihantar.
1. jawapan tu telah saya jawap di atas
2. saya tak dapat nak jawap secara jelas, tetapi pada asasnya, tak salah tak rugi kalau kirimkan sekali salainan kad pengenalan atau keputusan peperiksaan.
3. contoh surat rayaun – mungkin ada dalam mata pelajaran BM .
Saya daniel affandi..ade tak bidang fotografi.?sebab saya minat sangat fotografi..
Assalamualaikum . Permohonan saya tak diterima .. boleh tak kalau saya nak buat rayuan secara online ??
Waalaikumsalam – tak ada rayuan secara online
boleh buat rayuan terus melalui kolej tersebut
keputusan bergantung kepada kekosongan tempat di kolej
Ohh .. jadi kena tunggu selepas hari pendaftaran laa ,baru boleh buat rayuan secara online ??
tadi ada silap maklumat..sebenarnya tak boleh buat rayuan online…kena pergi terus ke KV tersebut dan buat rayuan.
Assalamualaikum , kenapa laman web KPM tak boleh buka ? saya nak check keputusan permohonan kolej vokasional ni .. pukul berapa boleh check ??
Ini yan payah nak jawap sebab saya ni suri rumah, saya tak bokeh jawap bab teknikal laman web orang lain. Info lain saya boleh dapatkan dari rakan guru Kv tapi bab portal rasmi ni..diluar bidang tanggungjawab saya.
Semak permohonan ke Kolej Vokasional dan SMT 2014 di [ sini ]
kalau ambil kos komputer dan rangkain boleh kerja apa
assalamualaikum, saya nak tanya. Saya mohon sekolah teknik dalam bidang Kejuruteraan mekanikal. Tapi result pmr saya 5b3c dan C saya maths dgn science, Agak2 boleh masuk ke sekolah tu?
saya ingin memohon sekolah teknik di johor bahru . saya tidak berapa pandai dan saya berumur 15tahun
Assalamualaikum . Adakah beberapa matapelajaran akademi akan diajarkan di kolej vokasional ?
dan satu lagi mengenai yuran, adakah yuran akan dikenakan di kolej vokasional ?
Waalaikumsalam
Yuran macam sekolah biasa. Tak ada yuran untuk tahun 1 & 2. Cuma ada yuran PIBG dan bayar duit makan asrama macam sekolah asrama biasa juga.
Nanti tahun 3 & 4, tak ada pula bagitau kalau ada yuran lain daripada itu. So far, macam sekplah biasa aje, duit bantuan persekolahan pun dpt masa tahun 1 & 2, tahun 3 & 4 tak dapat lagi.
Cuma beli barang utk kegunaan di bengkel masa mereka belajar subjek bengkel masing2 tu ada lah juga. Tambahan baju korporat sbb tak gunakan baju sekolah.
Subjek akademik ada spt BM, BI, Math , Sains & Agama. KV lebih banyak tekankan pada main course yg student ambil dan ada Employbility skills masa sem pendek.
ohhh… terima kasih .. boleh tak kalau saya nak check keputusan permohonan kolej vokasional secara online hari ni ? kalau boleh . tolong bagi laman web. tq
Keputusan boleh disemak pada 13/1/2014.
Saya dah edit entri diatas , ada link web
ohh .. bukan ke keputusan permohonan kolej vokasional diumumkan pada hari ini ??
Assalamualaikum . Nak tanya . Kalau masuk Kolej Vokasional dan habis belajar 4 tahun. Tapi tak dapat Diploma Kolej Vokasional. Macam mana nak minta kerja nanti kalau tak ada DVM ? SPM pun tak ada . Harap beri penjelasan yang lebih terperinci .
Waalaikumsalam
Sebelum membuat keputusan memasuki Kolej Vokasional, pelajar sepatutnya faham dulu fungsi KV dan hala tuju ( cita-cita & kemampuan diri ) masing-masing.
Memang dinyatakan, pelajar tidak akan mengambil SPM, itu juga pelajar perlu jelas. Buat keputusan setelah benar-benar pasti. Kalau dah buat keputusan, mesti usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan DVM kerana sedar dia tak ada SPM.
Kita kena faham bahawa bidang Vokasional lebih memberi tumpuan kepada pelajar yang berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Salah satu tujuan KV adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian.
Saya cuma berkongsi, ada banyak maklumat yang perlu dirujuk sendiri dengan pihak KV masing-masing. Maklumat di laman web rasmi juga terhad.
ohh .. .. adakah saya akan diterima kalau tak ada buku Kokurikulum ? tolong beri penjelasan .
sila lawati laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Ini adalah blog peribadi , bukan laman web rasmi. Saya tidak bertauliah untuk memberi khidmat nasihat secara khusus
Saya nak buat pertanyaan lahh, saya gagal bi pmr saya 1b4c2d1e sya mohon aliran kimpalan boleh k ? Keputusan saya lebih baik banding trial, tolong replyy
Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
Syarat Minimum – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Kemahiran Hidup
Ooo okk, saya mohon vokay 4, 3buah skolh vokey kos elektrik gn elektronik , sya tngok syarat sya xlepas, lg satu vokay sya ambl kimpalan gn penyaman udara, sya tngok syarat sya lepas, than rasa puan mane satu vokay saya dapat? Than sya tengok kawan ramai dh g interview, kenapa saya tak dapat ? Tolongggg jawabb puannn.
Saya mohon tenknologi kimpalan gn penyaman udara ada gagal satu bi, boleh dapat tak puan???
asalamualaikum… boleh ka sya nk msuk kolej vokasional sya ada satu E ?
Assalammualaikum ..saye mira . Kalau keputusan pmr saye lebih baik dar percubaan pmr . Boleh tak saye masuk voke
boleh,tpi rmi org apply kv so bykkn berdoa supaya allah permudahkan
Salam
Keputusan permohonan ke SV akan dibuat berdasarkan percubaan ke atau keputusan sebenar PMR? Keputusan sebenar PMR saya lebih baik dari percubaan.
kptusan sye mse pmr dpt 1b 1c 5d 1e..
bleh ke sye nk msuk kolej vokasional???
sye x lulus BI
xboleh
boleh ka sya nk msuk kolej vokaysional sya ada satu E
kputusan percubaan sy x memuaskan,tpi pmr sy lbih baik . bolehkah sy diterima msuk ?
klau ambil khusus seni kulinari, boleh dpat keje ape nnti ?? plezzz reply
saya gagal math time percubaan pmr. bolehkah saye memohon vokasional aliran pengajian awal kanak2?
assalammualaikum. saya berumur 16 tahun dan mengambil aliran perakaunan di SMKSB. masalahnye, saya tidak dapat mengejar aliran itu. bolehkah saya masuk ke kolej vokasional dan mengambil seni kulinari sebagai ganti? boleh kah saya masuk tahun hadapan.?
sy plajar form 4,, tpi sy nk msok vokasional.. boleh x sy nk msok tahun depan???
seni kulinari kredit c atau d ?
gred D
SAYA MINAT NAK MASUK VOKES. BIDANG APA YANG SESUAI YE TAPI TAK BERAPA PANDAI TAKUT TAK DITERIMA NANTI
Bakery ? kena dapat gred D ? like seriously ?
engineering bhgian kjuruteraan apha erk .?
KALAU MASUK VOKASIONAL….BOLEH JADI PILOT X??????
bidang mekanik kenderaan motor ada di sekolah mana ye???vokasional shah alam ade tak??
nk tnye la kimpalan gas dan fabrikasi logam ad x
kesetiausahaan pentadbiran dekat kolej vokasional mana? bukan ke gred pmr smua B??
REP PLESS
nak tahu peringkat kursus dan kebaikan kursus perhotelan kat mane?
apa jaminan bagi seorang pelajar untuk menceburi bidang perhotelan??
perhotelan ada tak dalam kolej ni??
Saya ingt msk kolej vokasional . Aliran yng sya ingt ambil seni kulinari . Dimanakah tempat kolej vokasional yang ada seni kulinari ?
dekat vokay belajar tak subjek cam biasa??
Salam sejahtera,saya ingin memberi tahu jika saya gagal dalam subjek matematik dan sains dapatkah saya menggambil bidang bakeri dan konfeksioneri?
Saya nak sambung kursus jurubina bangunan
kalau nk jadi wartawan kategori mane ye??
assalamualaikum..sye hendak memilih bidang keushawanan…gred apa yg sekurang kurangnya sye harus dapat
Waalaikumsalam.. kat entri atas tu dah ditulis :-
Kategori A
Teknologi Mekatronik
Penyelenggaraan Pesawat
Perakaunan
Pengurusan perniagaan
Syarat Minimum
Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Kemahiran Hidup
jika sya gagal dlm matematik bermakna sye tak akan diterima???
Syarat MINIMUM sekurang2 nya B.. syarat MEMOHON
Assalamualaikum Puan , saya Madihah pelajar tingkatan 2 dari SMK SERENDAH . Saya minat untuk menceburi bidang Bakeri dan Konfeksioneri tetapi saya belajar Kemahiran Hidup Perdagangan . Jika saya mendapat keputusan yang cemerlang, adakah saya boleh belajar di Kolej Vokasional untuk bidang Bakeri dan Konfeksioneri walaupun saya belajar Kemahiran Hidup Perdagangan ? Saya berharap Puan dapat menjelaskan persoalan ini dengan lebih lanjut lagi . 🙂
Terima Kasih .
Saya harap Puan dapat menjawab persoalan ini , sebab saya dah berdebar-debar . Hihihi 😉
Waalaikumsalam… Tingkatan 2 Viva ye?
Kejap ye, makcik tanya kawan yang mengajar di Kolej Vokasional , petang nanti makcik bagi tau jawapan
Wah , macam mana Puan tahu saya dari kelas 2 Viva ? 🙂
Baiklah saya tunggu jawapan dari Puan . Terima kasih ! 🙂
Saya dah semak, syarat yang ditulis di dalam buku panduan cuma disebut Kemahiran Hdiup, Tak ada ERT atau Teknik atau Perdagangan.
Maksudnya , Kemahiran Hidup aliran apa pun boleh mohon.
Moga membantu
Oh Ye ke ?! Alhamdulillah ! Syukur . Hurrm , ibu saya ada beritahu saya kalau masuk Kolej Vokasional lepas Form 5 pun boleh .. jadi berapa jangka masa dekat sana eh ? :/
*berapa lama jangka masa
Kolej vokasional masuk masa Form 4 selama 8 semester iaitu 4 tahun. Habis belajar dapat Diploma Vokasional.
Pelajar tak akan ambil SPM.
nak tanya anak saya ni minat sangat dengan kulinari, tapi saya rasa mcm rugi tak ambil spm….cm na ya….
assalammualaikum..nk tnye kalau seseorg itu telah berkawin pade umur 16 tahun..dan tlah mempunyai keluarge adakah dye dbenarkan untuk membuat permohonan untuk melanjutkan plajarn didlm bhgian kmhiran vokasional??adakah perlu duduk di asrama atau pon boleh ulg alik??adakh suasana nye seperty suasana sekola menengh or seperty giatmara??
Boleh momohon kemsaukan pelajar baru di tempat tuan.anak buah saya PMR tepi minat Vok school
sekolah teknik dgn kolej vokasional ada belajar subjek2 mcm sekolah biasa tak.??
Sekolah kemahiran hidup sepertinya tidak ada dalam mata kuliah di Indonesia nie, nampaknya hidup harus jadi mata pelajaran juga
Don’t underestimate Vocational student… I can earn nearly RM15k in multinational company.. dgn SPMV …further ke Poli (diploma), Degree (UTM)… Sekarang sbg Manager.. di Penang.. Bekas Pelajar Vokasional – SMVKK 1992.
kalo saye dapat sekolah yg dipohon! selepas itu saye nk tukar aliran lain di sekolah! boleh ke?
cuba rujuk dgn pihak sekolah… rasanya perkara ni boleh dibincangkan.
sye shazuwan nk tnye la teknologi kimpsls gas gan fabrikasi logam ad x
saya hidayyat, nk tanye kalau kita mohon di perak tetap mahu tukar ke tempat lain atas sebab tertentu .. boleh ke tukar ?
saya bersekolah di vokasional tahun 92.
belajar tidaklah pandai sangat walaupun aggegit srp ketika itu boleh dikatakan agak bagus.
yg tidak best nya..apabila ada rakan yg dapat masuk ke sekolah asrama penuh, memandang rendah kepada keupayaan sekolah vokasional.
bila bercampur gaul dgn rakan2 baru. baru saya dapat tahu keputusan srp saya tidak sebagus rakan2 yg lain. ada yg kurang dari 10aggegit pun ada.
walaupun cuma bersekolah vokasional, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti. bahkan ada rakan2 sekelas yg berjaya menjadi jurutera dan pensyarah ketika ini.