Pengetahuan Am

Sunat Solat Witir

Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : ” Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Setelah menunaikan Solat Fardhu Isyak dan setelah solat sunat badiahnya maka sebaiknya lakukan Solat Sunat Witir. Paling kurang satu rakaat atau tiga rakaat dengan dua salam. Dan seafdal-afdalnya 11 rakaat .

Lafaz niat :


Usolli Sunnatal Witri Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku Solat Sunat Witir, dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah dan surah Al-A’la .

Pada rakaat kedua baca al-Fatihah dan surah Al-Kafirun .

Setelah memberi salam,berdiri lagi dan lakukan satu rakaat witir .

Lafaz niat

Usolli Sunnatal Witri Rak atan Lillaahi Ta’ala, Allahu Akhbar
“Sahaja aku solat sunat witri satu rakaat kerana Allah Ta’ala .

Baca Al-Fatihah dan selepas itu baca surah Al-Ikhlas,An Nas dan Al Falaq .

Bila mendirikan Solat sunat Witir 11 rakaat, maka hendaklah dilakukan setiap dua rakaat dengan satu salam dan satu rakaat lagi dengan satu salam , jadi jumlah seluruhnya enam salam

Solat Sunat Witir dalam bulan Ramadan (bulan puasa) iaitu selepas 15 Ramadan disunatkan mengucapkan doa Qunut pada rakaat terakhir iaitu setelah bangun dari ruku’ :

Selepas itu berdoalah tiga kali:


Ertinya: “Ya Allah aku berlindung dengan keredhoaanMu dari kemurkaanmu dari siksaanmu dan aku berlindung denganmu dari tidak mampu memujimu seperti engkau memuji dirimu “

Sumber : cybermosque.mpsj.gov.my/solwit.html

Scheduled Post

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

8 thoughts on “Sunat Solat Witir

  1. 😀 trima kasih yer bg maklumat yg bguna nie,,buat panduan solat terawih,,,,

  2. Bagus untuk peringatan buat mereka yang dah lupa… 🙂

    >>> setahun sekali..kak jie pun lupa2..
    kena buka buku ulangkaji gak 😆

  3. hari sabtu kelmarin, terlepas semayang terawikh… terpaksa jadi “Batman”! P masuk utan tempat penyakit Nipah dulu tangkap kelawar… ish3… malam2 bulan pose jugak kena buat keje…. anyway i enjoy buat keje tu.. :mrgreen:

    >>> owh..bertugas tu..utk negara…hehehe
    tak pe lah udah keje…
    mlm posa virus tak kenal bulan… 😆

Comments are closed.