Hujung minggu lepas saya hadiri majlis Nando’s Malaysia di Paradigm Mall. Selain diberikan baucer dan sos peri-peri, pihak Nando’s juga menawarkan tajaan hadiah kepada pembaca blog ini.
Makcik keluar paper lagii….. terimakasih Yana Yassin untuk keratan akhbar ini.
Sambil mengupdate bahan untuk entri Nando’s, tergerak hati untuk membuat semakan status Halal Nando’s. Iyalah kan… kalau membabitkan diri saya sendiri, itu urusan peribadi saya tetapi ianya membabitkan orang ramai. Saya perlukan pengesahan.
Saya buat semakan di laman web Jakim, tiada rekod yang ditemui. Kemudian saya membuat semakan halal melalui sms.
- Taip HALAL SEMAK ( Roc ) dan hantar ke 15888
- Jawapan yang saya terimalah adalah Nando’s Chickenland (M) Sdn Bhd telah tamat tempoh sah sijil halal Jakim.
*ROC – Registrar of Companies
Agaknya apa perasaan anda apabila menerima SMS seperti ini?
Saya serba salah untuk meneruskan peraduaan yang ditaja ini. Urusan saya bersama Nando’s adalah urusan peribadi sendiri tetapi apabila ianya melibatkan pembaca blog, saya perlu lebih bertanggungjawap.
Tiada sijil halal bukan bermaksud ianya tidak halal tetapi pengesahan ini perlu bagi restoran yang membekalkan makanan bukan tradisi yang resepinya berasal dari negara lain.
Terkejut bapa ayam dengan SMS tersebut, saya menghantar email kepada JAKIM melalui ruangan ‘Hubungi Kami’ dan sehingga ke saat entri ini ditulis, tiada jawapan yang diberikan.
Tidak berpuashati, saya hubungi pihak Nandos melalui ‘contact us’ di laman web mereka.
Jawapan yang diberi adalah ‘ Kindly be informed that we are currently renewing our Halal certificate for our restaurants and are trying to speed things up’
Ok… puashati?
Belum! Saya bukan orangnya yang akan berhenti setakat di situ saja.
Saya balas email dengan meminta covering letter dari pihak Jakim sekiranya mereka menerima permohonan memperbaharui sijil halal. Urusan rasmi , mesti ada simpan rekod,kan?
Nah…….! Inilah yang saya dapat.
No Rujukan : JAKIM(S)/(22.00)/492/2/2 003-08/2004
Tarikh surat ini 14 Jun 2012
‘Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah diterima dan sedang diproses oleh jabatan ini’
Saya buat semakan, saya buat siasatan dan saya buat pertanyaan untuk mendapatkan jawapan yang boleh memuaskan hati saya. Bagaimana jika seseorang yang menyemak melalui perkhidmatan SMS dan menerima jawapan sijil halal Nando’s telah tamat tempoh? Berapa orang yang akan meluangkan masa 4 hari untuk mengirimkan email dan menunggu jawapan?
Saya tak peduli pun tentang tajaan yang terlepas tetapi saya lebih berminat untuk mencari jawapan dari persoalan. Saya terbitkan entri ini juga adalah sebagai tanggungjawap untuk memberitahu apa yang saya tahu. Saya tak lena tidur tak lalu makan bila memikirkan yang saya menyimpan sesuatu yang membabitkan kepentingan orang ramai sejak 4 hari lepas.
#jiwakacau sampai entri Bersama Dr Brady Barr dari Nat Geo Wild tu berlaku banyak kesalahan ejaan yang serius. Bayangkan apabila saya menulis ‘ menghadapi seorang buaya betina‘ – nak tergelak bila saya baca semula. Nasib Encik Sham Ondscene sudi membaikpulih susunan dan tatabahasa entri tersebut.
#jiwakacau kerana saya kehilangan kamere Canon Ixus yang saya menang sewaktu Kempen Kesedaran (Awareness Campaign) HOnda di majlis bersama Dr Brady Barr.
Bahagian saya dah selesai – semak dan mendapatkan jawapan dari pihak bertanggungjawap. Saya tidak bertanggungjawap keatas lain-lain risiko yang dihadapi oleh pembaca blog ini. Buatlah keputusan sendiri…..
Andai ianya untuk kebaikan, sebarkanlah. LIKE atau RETWEET
Entri ini ditulis pada 22/6/2012 – sebelum atau selepas tarikh ini, maklumat mungkin telah berubah, sila semak Direktori Halal Malaysia dari masa ke semasa.
Baru terbaca entry ni di saat kaki mau melangkah ke nandos. dh 6 bulan dari tarikh tamat di atas masih lagi statusnya sudah tamat tempoh…..
Jom terjah post menarik dari saifudin ..Album delivery to Nurul Fazlin & Osman Safian
walaupun mereka dah apply, camne status logo yang terpapar pada restoran pula? kena tutup sementara tak?
Jom terjah post menarik dari Rizal ..10 Teknik Mudah Kuruskan Badan
Saya berharap sifat saya ada seperti kak jie 🙂
Kembar saya pun kerja nandos memang halal 🙂
Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Allah Duga Tanda Allah Sayang
Oit ada kembar rupanya 🙂
Jom terjah post menarik dari Harian Post ..Honda City Baru 2012 Dengan Jaminan 5 Tahun
Terima kasih kak jie atas perkongsian entri dan kaji selidik yg kak jie buat. Mmg tak semua akan bertindak sejauh ni, jadi terima kasih byk2 utk kak jie sekali lagi.
p/s-Benda halal haram ni mmg perkara besar.
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kelayakan Piala Asia B-22:Malaysia vs Korea Selatan
Untuk renew sijil halal sepatutnya 6 bulan sebelum tamat tempoh – nandos gagal,mungkin kerana lambat atau karenah biroraksi
for info – memang susah untuk renew sijil halal sebab pegawai jakim ni selalu berubah-ubah – cara mereka pun berubah,saya dah merasa penat lelah naik ke putrajaya semata-mata nak renew sijil,proses sama macam nak mohon,kena ada segala sijil halal untuk bahan2 yang digunakan.Kalau ada bahan or menu baru kena submit juga.Kalau ada sikit sahaja keraguan,kena submit semula.-proses yang ni yang selalunya melambatkan proses sijil.
Jom terjah post menarik dari azman ..Jangan Sombong – Bila Makan Di Restoren Mewah
siapa tak risau kalau kena macam tu, takut juga kalau takde sijil halalnya.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Pengalaman Merentas Desa
terbaiklah penyiasatan akak..
Jom terjah post menarik dari Lan Bingka ..Gaya meraikan gol
Bagusnye akak. Kalau Sara tak pasti lagi apa tindakan yg Sara akan buat. Silap2 lepas dpt sms tros tak pegi nandos dah..err, memang Sara tak pernah pegi Nandos pon, hihi. 🙂
Jom terjah post menarik dari Sara ..Petua Menjaga Tudung Supaya Sentiasa Cantik
baguslah kalau macam nih..
Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 18 dari Innity
Syabas pada Kak Jie. Kak Jie telah melakukan yang terbaik.
Terima kasih banyak-banyak Kak Jie kerana telah berjaya menghilangkan was-was untuk makan nando’s lagi.
Jom terjah post menarik dari daddydee ..Misteri Bukit Gantang
kekadang tu masalah camni jadi dari kelewatan pihak pengeluar sijil jugak tapi tak leh nak salahkan mana2 pihak jugak sebab bukan satu permohonan je yang perlu diuruskan..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Kehidupan – Pengalaman pertama temuduga SPA
Sesuatu yang perlu diwarwarkan…terima kasih ka jie..harap nandos prihatin bab-bab ni
Jom terjah post menarik dari JeJAI ..Sharp’s 100th Anniversary
Bagusnya Kak Jie.. Semoga usaha murni akak ni mendapat ganjaran di sisiNya.. Tak semua orang akan buat seperti mana apa yang telah akak lakukan.
Jom terjah post menarik dari Nur ..Sila Jaga Budi Bahasa
thanks 4 sharing sis..
Jom terjah post menarik dari syu90 ..Ada blog? Jom ajak semua blogger lain untuk Selamatkan Penyu – Hadiah menarik ni!
ore miskin supo kawe xcaro halal ko dok nando atau tempat high kelas lain..sebab make nasik ike singgey nga budu jah ahahah
Jom terjah post menarik dari mijae ..The Red Warriors (Kelantan FA) vs Queens Park Rangers 20 Julai 2012 Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
good info..at least orang tahu dan ada buktikan..alhamdulillah..
Jom terjah post menarik dari chekgu azrine ..Day 3 | Ambil Angin Malam di Ciwalk, Cihampelas
Salam kakjie , mcm mana nak dapatkan ROC tu ya ?
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Shopping Online : Tea Pot Unik Dari Kwerkee
semua alamat rasmi kompeni ada no ROC , biasanya dia letak dalam kurungan.
kak jie jumpa roc nandos kat brosur dia
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sijil Halal Nando’s Telah Tamat Tempoh
Memang respect dengan kak Jie buat research sampai begitu sekali.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – # Uncle Gedek Protege