Setiap tahun ustazah saya akan sms murid-muridnya waktu wukuf di Padang Arafah dan saat itulah waktu paling mustajab untuk berdoa.
Antara waktu-waktu yang baik untuk memanjatkan doa adalah pada waktu wukuf di Hari Arafah setahun sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan -bulan yang lain, atau pada hari Jumaat dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu, dan di waktu tengah malam dalam masa malam hari.
wallahu’alam bissawab
Kadang-kadang kami berpesan-pesan dengan kawan-kawan atau jiran tetangga yang menunaikan rukun haji supaya sms kami di Malaysia ketika masuknya waktu wukuf.
p/s -ada beberapa kawan yg sempat saya foward sms tersebut, yang tak sempat, maaf kerana saya juga mengejar masa untuk diri sendiri.
******************************************
Tahun ini pertama kali sambut Aidiladha tanpa suami. Tadi berskype , meleleh juga airmata. Kita dah bertakbir tapi dia baru 12 tenghari. masing-masing cover macho dan anggun,gelak-gelak .
Macam le kita tak tau dia pun berganda sedih! Tengok botol kicap pun dah mengindam.
Kepada kawan-kawan yang kirimkan ucapan melalui sms, terimakasih. Semua cerita bab lembu kambing dah merebak seluruh negara.
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua, Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…
©Kujie ~ Di penghujung 2009 yang berbaki ini, saya cuma ingin mengaudit diri , menoleh kebelakang menghitung apa yang telah ditinggalkan yang mungkin tersasar jauh dari ketetapan dan kembali untuk membetulkan kecacatan dan kesilapan. Insyaallah…
selamat hari raya aidiladha..
.-= beliamuda´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidiladha =-.
Salam Aidul Adha buat pemilik blog
.-= ebor´s last blog ..PERUBAHAN TARIKH REUNION =-.
salam eid-ul-azha & eid mubarak k jie
sini celebrate esok. hehe 🙂
dah lama x pekena masakan malaysia ni
.-= KNizam´s last blog ..Salam Aidiladha @ Eid-ul-Azha Kepada Semua Warga Malaysia! =-.
salam iduladha kak, lebih sedih jika tiada kemampuan untuk menyambutnya. hanya airmata menjadi peneman sekeluarga.
.-= megat´s last blog ..Salam Aidiladha 2009, Berkorban Atau Dikorban! =-.
Selamat Hari Raya Aidiladha =)
.-= blinkky´s last blog ..How To Install WordPress On Your PC ? =-.
salam kujie…. selamat hari raya aidiladha.. 😎
.-= ahmadsufi6177´s last blog ..Selamat Tinggal Kawan-Kawanku =-.
pengorbanan yang besar tanda bersyukurnya kita terhadap ilahi.salam aidil adha kak jie
.-= ♥chentatiku♥´s last blog ..::pengorbanan:: =-.
kujie…mmg sedih bila berhari raya di perantauan, tapi kuatkan semangat dan tabahkan hati. jadikan ia sbg pengalaman dan kenangan yg idak ternilai 😉
selamat menyambut aidil adha
.-= kenari´s last blog ..Salam Aidil Adha =-.
slmt ari raya aidiladha kak
Salam Eidul Adha…. Berkorban apa saja….
.-= kruel74´s last blog ..G-string =-.