Dua tahun dulu, Along tak terpilih untuk sertai latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN ). Dia seronok sebab dia memang tak nak pergi.
Masa tu Angah baru Tingkatan 3, dan dia memang nak sertai PLKN. Tahun ini, saya buat semakan pelatih PLKN untuk Angah yang lahir tahun 1994 dengan perasaan sedikit berdebar.
Semakan untuk pengambilan pelatih siri 9/2012 yang mengambil masa selama 3 bulan.
- Klik Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara – PLKN
- Masukkan nombor Kad Pengenalan
Jawapan yang ditunggu…..
Maaf! Anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. Terima kasih.
Kedua-dua anak lelaki saya tidak terpilih untuk menyertai PLKN. Yang tinggal Intan sahaja lagi. Tetapi saya tidak berapa bersetuju anak perempuan menyertai PLKN.
Semakan PLKN juga boleh dibuat melalui SMS
- PLKN SEMAK [no kad pengenalan ] dan hantar ke 15888
Kalau terpilih, semak kem yang menempatkan pelatih
- PLKN KEM [no kad pengenalan ] dan hantar ke 15888
SMS yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.35 setiap satu
Laman web PLKN pun tak stabil – Error establishing a database connection .
Saya saja² mencuba membuat semakan melalui SMS. Dah 20 minit tunggu, belum dapat balasan. Awal pagi kot… sistem belum ‘panas enjin’.
edit – sms yang dihantar jam 7:43 am telah dibalas jam 9:42 am. Sama jawapnya untuk Angah. Charge SMS RM 0.20
* ada laman web pun tak boleh guna….adeihhh!
Laman Web PLKN Alami Kesesakan Teruk
KUALA LUMPUR,11 Julai (Bernama) — Server laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), www.khidmatnegara.gov.my kini mengalami kesesakan trafik teruk akibat capaian yang terlalu tinggi.
Bahagian Komunikasi Korporat JLKN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesesakan paling teruk dialami pada waktu puncak iaitu dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.
“Kesesakan ini dijangka akan berlaku untuk sementara waktu sahaja,” katanya.
Calon pelatih boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888.
Menurut kenyataan itu, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747.
— BERNAMA
Tak perlu semak onlinelah anak², topup banyak²… !
Outgoing link ke PLKN dari semalam hingga jam 7:45 am pagi ini.
Saya mencuba dari 7.30 pagi….lepas jam 12 malam….seawal 6 pagi ini.. sama je keputusan – Error establishing a database connection
salam semoa…cek tringin sngat nak g plkn ngan korang semoa.tapi insyaallah e2 pon lawk trpilih la kn
yeah….dpat p plkn …
x btoi kowt…bankrup la kerajaan lau sowang rm900..
bosan2 nan plkn niey…. 🙁
😐 😥 🙁
yeah……..akhirnya dpt jgk pegi plkn siri 9 ni…. 😉
Alhamdulillah…..syukur sgt2… 😀
SEDIH NYA…X DAPAT PLKN… 😥
betul ker plkn 2012 selama 6 bulan?? 🙁
yay! tak dapat!!
siri 9 ni anye 3 bulan jew?ataw 6 bln?bnyk org ckp 1 batch jew tok siri 9..><
siri 9 ni anye 3 bulan jew?ataw 6 blan?bnyk orng ckp 1 batch sje..><
cuba telefon PLKN, tanya sebab nak cari maklumat kat laman web pun dah tak boleh akses
cm ne nk buat rayuan hah??
sy nk sgt pergi plkn. . tlg larh!!!!!!! 😥
saya memang suka program macam ni. kalau masa saya dulu dah ada kan best 🙂
Saya setuju.
“Bukan semua yang kita setuju, 100% bagus, bukan semua yang kita tolak 100% tak baik”.
Anak perempuan saya masih kecil,mungkin suatu hari nanti saya juga akan berperasaan seperti Kak Jie..
itulah masalahnya mamat oiiii…..laman web ada tapi tak boleh digunakan 😈
Ada bab2 tertentu Kak Jie agak konservatif – tolak campur darab dan bahagia – baik dan bukut dinilai , di lihat mana yang lebih…itulah keputusan kita. Bukan semua yang kita setuju, 100% bagus, bukan semua yang kita tolak 100% tak baik – cuma dlm kes ni , pertimbangan kita lebih berat ke arah mana.
PLKN.. kesannya ada waktu mula2 tapi tak kekal.. sy pergi dulu,ok la..belajar cara survival..kawan2 baru..sekarang dah lama tak contact diorang..ngan cikgu2 nye je kat fb.. apapun,kenangan terindah gak bila dikenang2.. 😆
sy pun kak jie tak setuju lah kalo anak pompuan ikut PLKN tu…bhy oooo… 😎
ala kenapa dah try banyak kali yang ni keluar
Error establishing a database connection .
takut……harap2 tak kena..
RM 0.35 per SMS…
agak2nya berapa untung gov dapat ek?hehe… 😆
kalau zaman saya dulu ada nak jugak join PLKN ni… adik2 saya semua dapat PLKN ni.yang tinggal cuma sorang je lagi…
titan nak gi ke..umur brape titan ni…kalo macam titan ni jd jurulatih bleh la..
boleh request kat JLKN.. buat surat..hehehe
tahun saya adalah tahun terselamat dari PLKN sebab tahun depannya baru start…
Adik sy baru sorang aje pi, lain terlepas… lega aje mereka hehe.
Saya 3 orang berderet tak dapat.Bawah saya nanti kena kot.heee
tak pernah terpikir nak masuk PLKN..nasib baik saya tahun terakhir tiada PLKN..
tau tak pe… belum pukul 8 pun down
sekarang ada list IC kawan2 anak Kak Jie yang duduk kat asrama tu minta tolong semakkan…tak dapat²
😥 😥 😥
pagi tadi nak semak..x lepas2..huuuu
dlu tyka nk plkn jugak tapi tak dapat .. buat rayuan pon tak dapat..sedih .. tp aritu ade kerja 3 bulan di plkn jd jurulatih bahagian kawad.. he he.. kire join tp berkerja la..
aku cek tadi. tak dapat. haha..
Zaman saya, lepas SPM ada kurus Kenegaraan. Ala2 PLKN tapi seminggu saja. Seronok sebab kenal ramai kawan baru.. Kenapa Kak Jie tak setuju Intan pergi?
saya dulu mintak supaya dapat pergi, sebab nak tengok apa cabaran dekat sana. tapi tak dapat. 😀
uish.. samalah kita mat tiger.. cam teringin pulak.. dedulu takde pulak nak buat cenggini.. huhu..
teringin nak pi plkn..hik3..bleke?
sistem belum panas enjin, hahaha adik sy pun dua2 tak kena plkn….dan sy pun sy kakjie, kalau pompuan kurang bersetuju