Pengetahuan Am

Saya perlukan petua untuk kulit mulus dan licin

Luka hati mu mana tempatnya....
Luka hati mu mana tempatnya....

Luka waktu kena ragut minggu lepas makin kering. Luka di hujung ibu jari saja lambat sikit nak baik.  Pagi terlanggar pintu bilik air, tengahari terlanggar meja makan….huhuhu….luka berdarah semula.   Bengkak pun makin susut. Kata Intan bengkak tu banyak air, mama kena letak kaki tinggi atas bantal. Jangan abaikan kata² Nurse Junior itu , ok… dia berpengalaman  menjaga pesakit.:mrgreen:

Nampaknya berparut besar juga nanti. Sambil baring² kaki tergantung saya ajak Pakcik Google cari petua hilangkan parut.  Macam² petua yang saya jumpa.

Petua hilangkah parut.

1 –  Sapu dengan lendir lidah buaya ( Aloe vera) yang kemampuan sebagai pembersih dan antiseptik.

2- Sapu dengan kulit pisang – Elok sangat, kan? Pisang buat baja untuk Platycerium dan Merpati Putih, kulitnya untuk hilangkan parut.

3 – Sapu dengan serbuk teh yang telah digunakan. Selalunya serbuk teh saya letakkan dipangkal perdu pokok² bunga, rupanya boleh juga digunakan untuk menghilang parut. Kesianlah pokok² bunga saya, terpaksa berebut² khasiat dengan tuan dia.

4 – Asam jawa atau biji asam jawa – Tempekkan asam jawa pada parut atau biji asam jawa ditumbuk dan dicamput sedikit air dan disapu pada parut. Amaran : Rasa pedih. Awal² lagi saya tak ingin mencuba… Sudahlah sakit dan pedih luka dulu masih terasa, nak saja² suka suki menambah sakit…tak sanggup !

Sesiapa yang ada petua lagi, boleh kongsi dengan saya ye…

” kalau dah berparut macam tu, masa meminang dapat diskaun 30% kot….”

” kalau saya tau abang nak minta diskaun, awai² saya suruh ayah markup harga…”

:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

65 thoughts on “Saya perlukan petua untuk kulit mulus dan licin

  1. Sebelum komen pasal kicap tu, nak balas komen Tie… merempit dan buat wheely lagi. Jangan jeles… he he he. Tie… napa susah bebenor nak tinggal komen kat blog Tie?
    Kujie, bab kicap tu kan, memang betul. Tak percaya, makan kicap banyak-banyak sebelum luka kering. Mau dapat peta Filipina lak kat situ. And then, lagi satu petua, sagat kunyit hidup kat batu pastu sapu kunyit yang disagat tu kat luka yang dah kering tu. Pasti licin macam muka Zeenat Aman. Tak caya, cubalah. Ni nak cabar Jie la ni.

    ODs last blog post..The Name Is Bond. James Bond.

    1. @OD, Kih kih ….

      (Jie, tumpang lalu kejap!)

      Tak dapat bayangkan opah buat wheely…..mesti tersedak pokcik tu ! :mrgreen:

      Mintak maaflah OD, memang blog tie loadingnya lambat sebab guna disquss tu…. insyaalah…tak lama lagi masalah tu dpt diselesaikan…. tunggu……!! 😆

      Ties last blog post..Entry terakhir ?

    1. @Dea, a’aha…rasa mcm ok
      cuma kalau gerak lepas duduk lama…sakit..tegang je
      tapi tak de gatal2 pun..

      terimakasih Dea..blog baru je
      perasan gak 2-3 hari lepas ada link baru tapi tak sempat nak update lagi
      nnt ye… :mrgreen:

  2. sume petua2 dia tas saya pernah baca tp tak pernah cuba. cuma sapu ngan lendir aloe vera tu jer pernah cuba. mujarab mmg mujarab tp memerlukan masa yang panjang dan bergantung juga pada jenis kulit. kulit saya kalau da berparut mmg lambat nk baik.

    izans last blog post..kusangka panas rupanya

    1. @Neeza, mmg mudah pun…sapu je..tak de susah2 nk sediakan itu ini…
      tapi kak jie belum memandu ke pekan lagi….tunggu elok sikitlah

  3. Oh….baru perasan.. (sorry , bukan sengaja nak komen byk2…he he..)

    OD telah mendahului pokcik potpet tu !! Kih kih …… Tentu jenuh dia start merempit lagik!!

    Ties last blog post..Entry terakhir ?

  4. Oh ya….. Tie tak de la majuk sangat……. cuma sedikit kecut ati je….Almaklum jiwa ni agak sensitif….he he….

    Memang rasa macam nak henti blogging. Tapi jari ni gatai pulak nak mengomen. Dah jadi tabiat kot ! :mrgreen:

    Ties last blog post..Entry terakhir ?

  5. Waakakakah!!

    Macam2 petua Jie dapat……keh keh…!!

    Tie dulu pernah accident, muka ni coreng moreng macam kucing bergaduh !

    Ubat kat hospital tu yang betul2 mujarab. Sampai kengkawan kat tmpt kerja dulu pun naik heran. Parut pun tak de… Tak ingat ubat jenis apa…dah berpuluh tahun dulu, eh…tak de la Tie ni tua sangat..

    Yang Tie tahu, makan supplement vit E… , minyak ikan kod, vit c dan cuba mintak ubat dari farmasi. Tie rasa guna ubat hospital lebih elok dari sapu benda2 macam serbuk teh tu.. (sorry, ek!) Pernah sorang doktor marah kat pesakitnya kerana bubuh serbuk kopi kat lukanya… Jenuh misi dok cuci luka tu…kihkih …!!

    Oh ya….elakkan dari makan kicap. Macam kata OD tu…., takut tandanya hitam lak..he he…

    Ties last blog post..Entry terakhir ?

    1. @Tie, skrg makan ubat yg klinik bagi hari tu Tie
      tapi dah abis…salah satu ubat tu penacillin…
      kencing pun kuat bau ni…utk luka kan
      masa brsalin operation dulu pn mmg mkn ubat penacillin ni

      bab kicap tu tak risau sgtlah…sbb mmg tak berani berkicap pun..berkicau je lebih 😆

  6. Salam,

    Biasa bagi kami di sini, item no. 1 yang diamalkan dan pantang-larang nombor 1, no kicap sebelum luka kering. Nanti cantik parut luka sebab berwarna gelap untuk beberapa bulan. 😉

    Finally no telur sebab boleh buat luka rasa gatal. Hehe.. harap dapat bantu.

    p/s: Untuk luka yang degil sembuh, sapu ubat kuning ja.

    Pok-kams last blog post..200 Mosques In Mecca Facing Wrong Qiblat Direction.

    1. @Pok-kam, pokok lidah buaya tu dah ada…..mudah kot nk cuba nanti
      tang kicap tu……….erk…dah byk biji telan ni
      tapi setakat ni masih keballagi…tak de gatal2…tapi org lain yg tengok rasa gatal nk kopek 😆

      terimakasih

      ubat kuning tu ada juga dlm first aid kid

  7. Jangan makan kicap, nanti tinggal parut hitam. Kalau nak mulus, makan soya (tempe ke) banyak-banyak dan juga tomato. Sapu aloe vera sekali. Insya-ALLAH, mulus balik.

    ODs last blog post..The Name Is Bond. James Bond.

    1. @OD, erk….. kadang2 rasa kelakar sangkut paut kicap dgn parut hitam..tapi jgn risau sy tak makan kicap 😆

      tomato tu pun bagus gak rasanya…ada byk ni..jiran bagi dari CH

    1. @is, time2 nak kering ni sakit gak..tegang kalau kita ubah posisi
      dari duduk > jalan
      jalan > duduk…atau bila kita gerak

  8. letak bebanyak minyak gamat biar luka tu kering…pastuh bila dah kering letak krim vitamin E……biar parut takde dan tumbuh kulit baru!

    1. @cakap kosong, muda2 dulu mgkn tumbuh kulit baru
      dah tua2 mcm kak jie ni………….ada lagi ke sel aktif 😆

  9. Kak jie,jari sy pun ada parut,sbb kesan kena jaht,tekena pisau mase potong daging seblan yg lalu,alhamdullillah tak teputus,member yg tgk,dia yg nk pengsan.Nasb sy bkan perempuan,kalau x,dah jath saham.

    1. @belalangdewa, erk..belalang tu org bakar , makan telan mcm tu je
      rasanya tak dan pun nk keluar lendir 😛

  10. Salam Jie..

    Bila masa kena ragut lak ni Jie… tak habis habis dengan masaalah peragut ni menyusahkan hidup orang betullah diaorg ni. Peragut peragut ni patut dihukum pancung jer baru peragut lain ngeri nak buat kerja meragut lagi. Tapi walau macamanapun syukur Jie sebab kecederaan yang dialami ringan jer. 2 minngu lepas kot kalau tak salah kat K.Trengganu tu sampai koma budak perempuan yang kena ragut tu. Semoga Jie cepat sembuh dan menjadi pangajaran juga kepada orang lain supaya lebih berhati hati dengan masaalah peragut ni…

    1. @mezain, Salam…

      Hari selasa minggu lepas 31/3/09…masa kecoh2 kes budak kat KT tu la..hari tu kes tu keluar muka depan suratkhabar.

      Terimakasih…tak de la fobia sgt pun..hari ni lalu jalan tersebut buat pertama kali…tapi tak berani naik motor ..bawa pajero…konfiden terus :mrgreen:

      Ini kehidupan kita, suka tak suka, macam mana sekali pun kita kena lalui juga…..

      Terimakasih ye

  11. salam takziah.. me baghu tau kak jie eksiden kena ragut tempohari.. siannyerrr

    1. @en_me, terimakasih me…kak jie ok dah ni
      tgh cari mood nk berblog :mrgreen:

      entri dah 10 dia leh ckp tak de mood lagi!!! 😆

  12. biasa nya klu luka-luka camni, sapu minyak gamat je. dapat yang asli lagi bagus.

    ps : terima kasih atas bantuan kak jie. semoga akak cepat sembuh!

    megats last blog post..Muhasabah Diri, Menghambakan Diri Kepada Yang Maha Agung

    1. @megat, kak jie rasa kulit pisang tu elok juga
      dari buang..baik guna :mrgreen:

      sama-sama…hanya sedikit sumbangan

  13. minum jer air ecpi… baru rm8 sebotol.. sapu kat tempat kena tu… insyallah baik.. kalau nak jadi member contact am k.. harga ahli rm5.80..

    **matila aku menjual.. mesti kakjie marah.. 😆

    ams last blog post..17 Pemasangan Blog, 7 Hosting & Domain Untuk Dimenangi

    1. @am, kalau air ecpi…kedai dpn sekolah intan pun ada
      kak jie ingat ke ada petua2 yg boleh selak2 kat dapur je ada
      tak yah la mengagau cari sana sini :mrgreen:

      iklan tak pe….25 persen! :mrgreen:

  14. ha-ah kak jie, yg kering tu kalau di kopek-kopek, sedaap & nikmat yg tidak terhingga..

    hehehehehe…

    kalau dah siap kopek sumer, rajin-rajin le sapu ngan Nivea cream yg penutup biru tu..
    pasti kulit jadi mulus mcm model iklan. 😉 😉

    sallys last blog post..Jawapan teka-tekuk…

    1. @sally, issshhhhhhhhh…ramai pula yg gatal tangan nak kopek..hahaha

      kak jie ni dok menahan napsu dari sentuh tang tu

      nivea cream pun boleh ye…oooo…. nntlah…tunggu kering sikit
      kadang2 pedih lagi ni

    1. @kruel74, handyplast?

      erk..tak pernah dengar la pula

      hehe..rupanya ramai sgt yg gatal tangan nak kopek parut sy 😆

  15. petua tradisional lg mujarab kot dr beli lotion kat farmasi2 yg tah apa2 ade bhn chemical!!!

  16. ngehehehe.. skang mmg rajin nak cari petua kan kak??
    tapi bila dah elok, kering sendiri, dah sibuk buat menda lain…. parut pun parut lah. ekekeke

    saya sgt byk parut kat lutut. sampai dah tak terlayan petua2 nie.

    tapi kan kak.. sekali sekala, kalau badna tak sihat, tang lutut dia terjah dulu. mula la nak sujud kena cari posisi sesuai utk lutut. seksa… seksa.. 😆

    Zanas last blog post..Berat VS Ringan

    1. @Zana, rajinlah zana
      sbb tak buat apa2…dok terlentang je
      buat keje pun sikit2 je… 😆
      esok2 dah baik betul…lupa dah bab petua ni

      luka yg kt lutut ni elok dah..sikit je lagi

  17. bai dulu kalau ada luka yg dah mengering mcm tu sedap la layan..
    tanggalkan kulit yg keras dan kering tu sangat la sedap.asyik terasa..hehe..

    pasal petua tu biasa gak baca.
    tp tak pasti keberkesanannyer.

    fiezabaiduris last blog post..Buta

    1. @fiezabaiduri, eeeeeeeee…ni pun punyalah gatal tangan nk kopek
      tahan jeeeeeeee….tak moh arr…..takut parut 😆

      tapi mmg tangan tu dok usap2 kt situ je

      sikit2 tu….usik juga 😆

    1. @shezorro, alasan nak pergi Langkawi lah pula ni..hehehe

      dulu2…..10thn dulu…ramai yg ke Langkawi balik bagi minyak gamat
      skrg ni tak ramai pula yg nak bercuti ke Langkawi…

      stok minyak gamat kat rumah pun tak de

      terimakasih ye tambah petua utk saya

  18. Errr, sy takde petua.
    Apa pun harap ada petua yg bekesan
    tuk kurangkan parut tesebut. 🙂

Comments are closed.