Semalam saya dah bawa Intan ke JPN untuk proses mendapatkan kad pengenalan ( MyKad) pertama dia untuk kategori kanak-kanak 12 tahun. Orang ramai melimpah ruah tak payah nak cakap sebab semalam adalah hari Isnin pertama selepas UPSR. Ramai kanak-kanak yang menyambut harijadi sebulan lepas tertangguh proses permohonan MyKad kerana lebih memfokuskan kepada UPSR.
Saya tak ada komen tentang proses yang memakan masa hampir 2 jam ini kerana perkhidmatan di kaunter berlangsung dengan mesra dan ramah tamahnya.
Satu jam hanya sekadar berdiri menyandar dinding kerana peruntukkan tempat duduk tidak mencukupi ditambah lagi dengan ramai pemohon yang datang sekampung . Mak bapa, adik bongsu, kakak tengah, abang sulung sebaris tempat duduk ditempah untuk satu keluarga. Berurusan rasmi di pejabat kerajaan seperti memerhati kanak-kanak riang berlarian di taman permainan. Mak bapa teruja dan ingin berkongsi detik pertama kali anak pertama menjadi ‘dewasa’ dengan memiliki MyKad. Masing² ada sebab yang tersendiri, kami redha , kata Intan.
Panduan untuk ibubapa yang ingin membawa anak² untuk mendapatkan Kad Pengenalan
Syarat Permohonan MyKad
- Berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
- Hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
- Isi Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter)
- Permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
sumber : http://www.jpn.gov.my
Dokumen yang perlu disediakan
- Sijil Lahir pemohon
- MyKad penganjur ( ibu/ bapa/ penjaga )
Maklumat lain
- Pakai tudung berwarna gelap, sebaik² hitam.
- MyKad Kanak-kanak 12 tahun perlu ditukar selepas mencapai usia genap 18 tahun tetapi belum mencapai umur 25 tahun.
- Selepas 10 hari, semak status MyKad di Sistem Semakan Status MyKad
Selesai semua proses saya tegur Intan ” wah…Intan dah ada rekod cap ibu jari “
“ Intan dah adalah… dulu buat pasport”
Saya terlupa dia dah ada Pasport Malaysia.
Sama gak kak jie…hilang kecurian ke, tercicir ke, biar ada report polis still kena bayar gak…. 😆
yup, tp tula kali pertamakan….lagi yang jaga kaunter awek cun lagi buat2 tanya hahaha…gurau jer..
kalau ada repot polis pun kena rm 110 ke? mcm kes kena ragut, banjir , kebakaran tu….
kat dinding JPN ada tampal contoh mengisi borang 😉
sebab tu penting cari infomasi dlm internet sebelum pergi… 😆
pernah gak masuk guna border pass…masa hari raya haji tahun bila entah…lupa dah
org yg ic perlis atau kedah xperlu bwk passport. just buat border pass je. thn la 6 bulan utk RM10. hehe
oh itu sudah pasti. privasi keluarga perlu diberi boundry 🙂
Itu kat pekan kecil…Rawang
tetapi kena faham, hari Isnin selepas cuti hujung minggu yang panjang dan selepas UPSR. Ramai kanak2 yang tangguhkan permohonan sebulan lepas kerana sibuk nak fokus pada peperiksaan…contoh mcm Intan sendiri…birthday dia 23/8 – bukan puasa lagi tu…sbb tu tangguh sampai ke saat2 akhir sebelum 30 hari.
Ini blog peribadi – memang catatan kak jie adalah dari pengalaman sendiri . Walaupun ramai yang kenal anak2 kak jie dari pembacaan sejak bertahun2 – tetapi kenal sekadar itu saja….kak jie cuba mengelak utk bercerita berlebihan tentang mereka…kena ada zon selamat 😆
sekali je pasport dia dicop…tiap kali balik Kedah terlupa nak bawa pasport….sempadan tak sampai 10 kilometer je
anak kak jie buat copy berwarna, siap laminate..hehehehe
Teringat dahulu pertama kali dapat kad pengenalan biru. Yang original disimpan oleh emak yang salina fotostat disimpan didalam bag duit bimbang hilang 🙂
rajin berjalan ke luar negara ke kak jie?sampaikan intan pun dah ada passport 😀
seronok baca perkembangan keluarga kak jie. saya yg pergi dptkan mykid anak saya br lahir haritu pon rs excited sgt bila tgk kadnya, apatah lagi bila dh anak umur 12 thn kelak. 😉
dr pengalaman yg lepas2, kalau nak buat IC pergi ke JPN pekan2 kecil, jgn buat kat JPN di bandar besar, dah pasti penuh sesak, terutama di waktu puncak.
Intan dah ada IC kena jaga baik2 yer..orang dewasa kalo hilang IC hilang kali pertama kena denda RM110….seterusnya kali kedua pun denda dah naik…
hehe.. lambat lagi nak daftarkan anak.. 11thn lagi.. mas tu mesti dah ubah macam2.. 🙂
hari tu, saya pernah bawak adik saya nak pergi buat IC ni la.. tapi nasib saya malang cket, orang yang jaga kaunter tu tak bagi adik saya buat sebab saya isi dalam borang tu guna nama saya sebagai penjaga..bial dia check umur saya tak cukup lagi 21, terus dia tak bagi adik saya buat IC.. kna datang lain kali.. huhu
tak aci betul intan <– kes dah ada pasport.. 🙄
masa mendaftar anak utk sijil lahir tempoh hari tu juga WR terkial-kial hihihi….:)
anak malaysia dapatkan ic tu perkara biasa..
akan datang anak indon, bangla, pakistan dapatkan ic pun jadi perkara biasa..
penangan 6P dan PRU13 punya pasal…
Owh camtu ke..baru tau..huhu tq ek
anak dara dah ada mycard… 😀
anak saya dulu buat kp dekat Shah Alam tak de la sampai 2 jam..akak buat kat mana?
hahaha.. welcome to adult world..
opps.. pakcik lom lagi ada passport malaysia. ahaks..
Giliran aku tahun depan …dah dekat nih …
tak sabar gak nk tunggu anak besar, tp takut gak cabaran anak2 dewasa dan makin pandai mengalahkan kita
Thanks for the info. Mungkin akan gunakan tips ni 10 tahun akan datang. Anak saya kecil lagi tapi passport dah ada juga hehe…
dewasa. tak sebest jadi kanak2 😀
wah… makin membesar dah anak-anak kak kujie.. intan da de pasport.. saya tak de lagi.. 😐