Pengetahuan Am

Platycerium yang eksotik

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang terbang menerjang badai
Tinggi di awan, menghilang di langit yang hitam
Merpati Putih – Chrisye

Bila dah bercerita bab² tanaman, saya memang teruja. Tanpa jemu hari ini saya publish lagi gambar² buahhati saya . Kawan² lain bercerita tentang anak publish gambar anak² yang comel². Anak² saya dah besar²…..masing² ada myspace sendiri.

Pokok² dan ikan saja yang saya ada. Kadang-kadang dengan ‘mereka’ saya membebel tanpa sedar diperli suami.  Bukan apa, saja mempraktik ilmu berleter tu …takut nanti berkarat.  Pagi² anak² dah ke sekolah.  Itu saja mangsa yang saya ada:lol:

” hai ikan….aku dah pesan, jangan ganas sangat, kan dah kena kuarantin..bla…bla…bla….. mentang²lah awak tu yang paling besar dalam kolam ni…janganlah dok buli je..bla…bla…bla….”

” cik kak…dah bagi baja minggu lepas, ngape lesu pula ni….lor..ngape patah tanduk pula ni….bla…bla…bla…..”

pakis tanduk rusa ( Platycerium wallichi)
pakis tanduk rusa ( Platycerium wallichi)

Platycerium coronarium
Platycerium coronarium
Platycerium ridleyi (Tanduk Kijang )
Platycerium ridleyi (Tanduk Kijang )

Dalam semua jenis,  jenis Platycerium wallichii ada ketikanya penuh lantai rumah saya dengan spora yang diterbangkan angin. Platycerium ridleyi pula jenis tanduk pendek dan bukan berjuntai ke bawah .

Jangan terkejut! Pakis ini tidak perlukan baja taik ayam atau pun tahi kambing. Cukup diletakkan pisang dicelah² kelopak ( seperti kelopak kubis ). Pisang yang masak ranum.

Tetapi……. ikan talapia saya makan pegaga.

Talapia awet muda
Talapia awet muda

Dulu saya sering tertanya², kenapalah pegaga saya seolah² ditrim. Ada yang tidak berdaun, hanya tinggal batang.  Rupanya selama ini saya membuat tuduhan palsu pada sang ulat, tetapi terfikir juga kenapa dibahagian bawah dan tepi² saja sedangkan bahagian tengah cantik segar bugar.

Ohhh…….semalam talapia saya dah kantoi. Tengok…. dia berulam-ulaman .  Patutlah sesiapa yang pernah makan ikan belaan saya, sedap katanya.  Saya ingatkan sebab kolam ini memang menggunakan air mengalir terus dari bukit yang diempang sendiri.

Rupanya ikan herba ! Saya pernah lihat Burung Raja Udang ( Alcedo atthis ) pernah menjunam untuk menyambar anak² ikan saya, tetapi tidak berjaya cuma kepala  yang basah kuyup.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

55 thoughts on “Platycerium yang eksotik

  1. salam kak..umah akak kat mane ye..saya kat rawang..dan selalu ke serendah..kdg makan nasi ayam kat traffic light tu..tgk umah kak jie ade mcm2..teringin tgk dari dekat…kalu tak keberatan..leh bagitau?

    1. Salam rafiah…
      ehhh….hal personal mcm tu mana boleh nak bagitau secara detail…. semua org baca , kan bahaya… :mrgreen:

    2. nie ha, rumah eh, kat belangkan rumah den jo…

      heheheh :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

      mazas last blog post..Bontot diangkat, kaki dilipat, nafas tersekat-sekat….

  2. Mother Earth gitu… he he he… dulu pokok Janda Merana. Sekarang, Merpati Anggerik… lepas tu apa pulak ek?

  3. akak sihat ke ari nih…? ada yim ke atau yang sewaktu dengannya… tak kan nak kasi no phone kat sini… kang tak pasal2 fofular lak shay nih… 😆

    shays last blog post..CerIta HaRi nI….

  4. Kak Kujie..mesti cantik giler landsakap kak kujie ni kan. Bilalah saya boleh duduk rumah yg dpnnya ada landskap yg cantik mcm ni. Sronoknya..

    fazemys last blog post..Hikmah Sakti

    1. tak de cantik pun…sbb bukan pakar
      main sesedap rasa je….kadang2 menyesal pula buat itu letak itu ini

      :mrgreen:

  5. kek kampung den, pokok pakis ni selalu jo keno maki hamun…

    kekadang berjuntaian sano sini

    pokok penumpang ini juga menyebabkan susu getah payah nak keluar. Pokok getah lak mudah cepat mati.

    huhuhu

    tapi kat bandar lak, lain cerito eh! Siap dijadikan periasan… Kami kek kampung siap bunuh dan pijak laie……

    wakakakka

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    1. erk…engko ni tahu ke idak motong gotah cik maza oiiii

      ko ingat pokok gotah yg baru tinggi sekaki dua tu dah nak ditoreh ke?

      seingat den la…..pokok tu tinggi kelawittttttttt baru le leh toreh..masa tu pokok pakis ni mana le sampai berjuntai kebawa…

      ishhh…..agak2 lah yang oiiiiiiiiiiiiii!!!!

      muahahahah…. :mrgreen: :mrgreen:

      1. pokok yg bosarlah yg boleh ditoreh….. dah tujuh tahun gitu….

        skrg nie teknologi moden sikit..umur pokok ompek ko limo taun dah boleh motong dah!

        hehehhee

        Betul! pokok pakis tu biaso eh memang ler landing kek pokok gotah yg dah berumur sikt….kekadang terpakso lak ayah den dulu2 memanjat eh!
        lopeh tu, dibuangkan dari pokok gotah tu ha….

        dolu2 manolah ado dek macam sekrang nie…..main picit2 racun jo dari bawah, lopeh tu, pokok pakis tu pun mati….huhuhu

        tapi tak pe G- to preserved is to conserve…..so protect our planet…

        hehehhe

        mazas last blog post..Bontot diangkat, kaki dilipat, nafas tersekat-sekat….

  6. penuh kehijauan, macam blog ni gak…
    kalau saya dah ada DSLR nnti, saya dtg amik gambar bleh x?hehe :mrgreen:

    spatts last blog post..Survey Nombor 3…

    1. kak jie kipas susah mati warna hijau
      berkali2 mencuba theme warna lain
      tapi hijau juga yang berkenan di mata

  7. tak sabarlah kak jie nak balik kl..nak tanam pokok dedaun hijau camni..mmg betul la rasenye kate kak neeza,tangan kak jie sejukk..same macam mak saye,tanam pokok semua menjadi..

    *duk umah tingkat atas,tak bolehla bikin kolam berair camni..tp takpelah nak try jugak beli pasu besar nak isi ikan n teratai kecil..hehe.. 🙂

    nadinezuharras last blog post..:: Mangsa Jenayah; apa perasaan mereka..?

    1. bunga teratai pink kak jie tgh keluar kudup
      makan hati le korang esok lusa bile kak jie publish gambar
      hahahah…kelakar le pula
      org lain publish gambar anak2..beg tangan, makan2 kat hotel, kat mekdi, gambar shopping…kak jie hanya mampu publish gambar pokok… :mrgreen:

  8. Patutlah pokok2 kak jie segar bugar…rajin dok bersembang dengan depa rupa2nya. Kalau jadi balik kampung bulan depan bleh singgah serendah lah, kidnap sekoQ tilapia kak jie tuh :mrgreen:

  9. OMG. Mcm mana menjaga semua tanam tanaman tu? Kagum betul saya tengok. Kalau anggerik merpati saya tertawan, gambar2 ni buat saya terpegun pulak. Kongsi-kongsi lah ilmu sikit… apa PETUAnya?

    Ismail Ns last blog post..How I Made Over $4,000 In One Day

    1. sebenarnya saya hanya tanam pokok yang mudah dijaga…pokok berdaun hijau.
      saya tak tanam pokok berbunga…malas nak uruskan.

      rasanya petua tak de….baja dgn pisang dan siram selalu
      belai2 pokok…cakap2….
      saya bercakap dgn pokok mcm saya membebel anak2… 😆

  10. 😳 segan la… semata2 nak kan ikan tu baru nak calling2 akak… 😆

    shays last blog post..AiMi CorNeR..

    1. lor..bkn maksudnya mcm tu
      kalau kak jie dah ada nombor..bile2 kak jie ke rawang
      boleh arr kita mengeteh 😆

  11. wahh!! jeles2.. 👿
    walaupun saye ni landscape architect.. amat malang sekali tgn paneh.. tanam pokok je mati huhu 🙁

    sangat jeles ngan Platycerium itu!! 🙄

    mrs azmis last blog post..interview~

    1. eee…. tapi banyak ilmu teknikal kan
      nak kena kutip lagi ni
      kak jie buat taman tu tak de rancang
      kadang menyesal pula
      ngape letak kat situ..ngape ade benda ni

      hahaha..dah ade…..teruskan je apa yg ada :mrgreen:

    1. Salam… dulu ada ikan koi
      lepas tu sekolah anak2 kak jie ade wat kolam
      kak jie sedekah je ikan tu kat sekolah

      cadang nak bela balik le ni…. :mrgreen:

    1. hehehehe…ulat pun nak dijadikan magsa bebelan kak jie 😆

      kt sini sbb ade sumber air…byk serangga
      kadang2 berjenis2 burung singgah

  12. ish..
    awat la yonna x berminat lgsg dengan tumbuh-tumbuhan ni huhu.
    rase mcm masuk blog botani lak mama ni hahaa

    gambar ade rambut intan tu mcm hantu la :p
    da la dengan baju putih :p

    yonnas last blog post..Live From Putrajaya :p

    1. tu arrrrrrrr…… hijau elok ape
      sihat utk mata
      oksigen yg melimpah ruah
      segar……

      awet muda lagi tu :mrgreen:

      tu dia baru blk sekolah…dgn baju sekolah lagi tu

  13. Kah kah kah …….

    Ikan talapia Kujie tu mesti sentiasa muda je…..boleh tahan gak selera nya…. Pegaga tu bagus untuk ingatan. Kot2 Talapia tu ingat dan kenal Kujie tak ??

    Ties last blog post..Tidak KUPINTA

    1. ikan awek muda…tuan dia je tak bape nk menten muda :mrgreen:

      itulah Tie…sehari dok jengok dia berkali2..sat2 tanya….dan makan ke
      sat2 bercakap
      udah semua org tak de…dok umah sorang2
      cakap je la dgn ikan pun……… 😆

  14. owh..sangat ‘natural’ post post kali ni..my mum gile pokok tanduk rusa tu..bnayk kat umah ni..tak larat nak siram.hehe

    1. erk……kat sini sejuk
      hahahaha….. lagi pun kat putrajaya tu udara tercemar..kehkehkeh 😛

      ala………..pelan2 la..katanya baru belajar kan?
      mana de org belajar teruih pandai :mrgreen:

      petua org2 dulu2

      bersembanglah dgn pokok….mama ni sehari patlima kali dok ulang alik sembang dgn pokok….. kadang2 makan pun bawa p makan kat area tu…bawah redup2 tu

  15. Rajinnya menanam dan membela. Di kampung saya tu ada kolam ikan tapi disewakan sebab mak saya nyampah dah anak2 dia semua dah lari ke bandar tak sedar diri. Talapia jugak. Ikan talipia makan herba maknanya kalau rebus pun tak yah letak apa2 pun dah sedap lah ya…

    kruel74s last blog post..Male bashing

    1. pokok ni tak ditanam sebenarnya
      ikat kat sabut, kat kelapa….siram saja
      baja dia bagi pisang…sesuap utk kita, sesuap utk pokok :mrgreen:
      tu..ikan talapia ni mmg sedap..kata org yg dah makan la
      air dia mengalir…..bukan bertakung
      ada ulam ulaman lagi…. :mrgreen:

    1. sedap ye…ade sekor mmg besar sgt…jahat tul
      selalu dok buli yg lain
      2 minggu kak jie kurung dia kat kolam kecik
      ingat ke lepas kena kurung….dia nk insap

      bile dah lepas………….dikejar lagi ikan lain
      ishhh..tu yg dok pok pek pok pek dgn ikan tu…
      mcm le dia faham

      hahahaha………dah hilang akal kata abg
      tak dpt membebel dgn anak2…ikan pun dia tarammm

  16. bestnya tengok tanam-tanaman kak Jie.. kalau lah boleh, nak je panggil kak Jie datang sini tolong tanam pokok sebab nampaknya tangan Kak Jie sejuk… 😉
    pegaga tu sedap.. kak Jie bagi makan talapia?? ish ish.. rugi tuuu.. hehehee…
    kalau bagi pilihan talapia dengan pegaga, neeza 100 kali pilih pegaga..
    pssttt.. neeza tak makan ikan sungai 😆

    Neezas last blog post..Orkid makan pisang?

    1. nak pergi saudi tu nak tanam ke neeza?
      aishhhh…..mau ke pokok pakis tu nak hidup
      tu pegaga siam..kak jie ada 2 jenis dlm kolam tu
      yg lebih besar dr tu pun ada…

      kak jie pun tak makan ikan air tawar….bela je yg dah ada
      leh layan2..time anak2 tak de
      jadi mangsa yg kena berleter 🙂

Comments are closed.