Pengetahuan Am

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2011

Permohonan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pengambilan pelajar tingkatan empat sesi 2011 akan dibuka pada hari Isnin 27 September 2010.

Entri ini adalah perkongsian pengalaman saya tahun lepas sewaktu menguruskan permohonan Angah dan berlaku beberapa kesilapan dan kecuaian dari kami..dan sebab itulah saya berharap anak² yang akan membuat permohonan lebih bersedia.

Walaupun diberitahu permohonan boleh dibuat secara online ( dalam talian ) sebenarnya permohonan dalam talian adalahselepas kita mendapat kata laluan ( password ) dari Pejabat Mara.

  1. Pergi ke mana-mana Pejabat Mara Negeri atau Daerah atau MRSM
  2. Bawa salinan Kad Pengenalan dan Keputusan Percubaan PMR 2010.
  3. Pegawai di Pejabat Mara akan mendaftar permohonan  dan kita akan diberikan kata laluan ( password ). Guna kata laluan tersebut untuk mengisi segala data yang diperlukan dalam talian( dirumah ).  Anda akan diberikan link untuk ke laman web tersebut.
  4. Ada beberapa dokumen perlu disahkan dan dihantar secara pos.

Syarat kelayakan untuk mendaftar permohonan – Mendapat A untuk matapelajaran Mathematik dan Sains. (Keputusan  Percubaan PMR 2010)

Syarat kelayakan kemasukan ke MRSM

  1. Sekurang-kurangnya 6A2B ( Mathematik dan Sains – wajib A ) dan tiada gred C, D atau E untuk matapelajaran lain.
  2. Markah tinggi sewaktu Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM ( UKKM )

Apakah yang dimaksudkan dengan UKKM? > klik sini  Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Nota :

  • Tarikh akhir memohon dalam talian – 21 Oktober 2010
  • Tarikh akhir menghantar dokuman cetakan – 26 Oktober 2010
  • Keputusan kemasukan ke MRSM akan diumumkan pada Februari 2011
  • Sekiranya tidak menerima jawapan sehingga 30 April 2011 – dianggap tidak berjaya.
  • No. telefon ke ibu pejabat MARA Jalan Raja Laut 03 – 26915111 sambungan 3766 26132000 atau Bahagian Pendidikan Menengah 03-26134509/ 03-26134513
  • Laman web MARA www.mara.gov.my

Senarai Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

1.ALOR 2.GAJAH 3.BESUT 4.BESERI 5.BALIK PULAU 6.BATU PAHAT 7. GERIK 8.GEMENCHEH 9.JELI 10.KUALA TERENGGANU 11.KUCHING 12.KUALA LIPIS 13.KOTA KINABALU 14.KUALA KUBU BHARU 15.KUALA KRAI 16.KUANTAN 17.KUBANG PASU 18.KUALA BERANG 19.KUALA KLAWANG 20.KEPALA BATAS 21.KOTA PUTRA 22.LANGKAWI23. LENGGONG 24.MUADZAM 25.MERBOK 26. MERSING 27.MUAR 28.PDRM KULIM 29.PENDANG 30.PASIR SALAK 31.PASIR TUMBOH 32.PONTIAN 33.PENGKALAN CHEPA 34.SERTING 35.TERENDAK 36.TRANSKRIAN 37.TAIPING 38.TUN GHAFAR BABA 39.PENGKALAN HULU 40.TAWAU 41.FELDA TROLAK 42.BENTONG 43.BETONG

©kujie – semoga berjaya!  Jangan lupa – pergi ke mana² Pejabat Mara untuk mendaftar baru boleh isi segala data secara online.  Dapatkan kata laluan ( password ) dulu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Permohonan MRSM Tingkatan 4 2011

  1. a’ah 5a can entry mrsm or not??? plese reply me….. ❓ 😉 😐 😡 😈 🙂 😯 🙁 🙄 😛 😳 😮 :mrgreen: 😆 💡 😀 👿 😥 😎 ➡ 😕 ❗ ❓ ❓ ❓

  2. Salam 1Malaysia…tumpang bertanya bulih ka?em….mcm mana ya kalau kita nak register MRSM di Twu kalau ter’miss’ tarikh tutup permhonan 26oktober2010 ..then,ank buah saya nie x sangka dia boleh dpt 8A1B dlm PMR baru2 nie…boleh ka ya masuk MRSM tu?if bole lagi,ada x sapa boleh bantu mcm mana proceeding dia?ank buah saya berminat sgt nk masok MRSM??..plz bantu saya..TQ =)

  3. Salam Gie drp uncle Lie di Kemaman ni…klu dtg kemaman tu jom ke kmpng uncle di Kuala kemamang…hahahaaa makang kerepok lekor daa…ok Gie, anak uncle bru lps PMR thn nidn sdg menunggu result maybe 26-27 dec ni…dn anak uncle sofar di MRSM Besut…so uncle blh tk nk transfer dia jika result dia tu baik nanti…maybe nk ke MRSM Kuantan sebab dekat ckit Kemaman tu…hheheee

  4. assalamualaikum…saya nak tau UKK MRSM dijawab menggunakan komputer ke???
    dan sesiapa yang terbaca ini tolonglah bagi tau saya ya…dan doakan saya berjaya mendapat 8A dalam keputusan PMR ini…amin…

  5. 🙁 salam ..sy nk sgt masuk mrsm neh ..tp aya taw sy tk bleh bb result sy mesti tk memuas kn bila kuar t …

  6. Salam,syer nk tanya,borang yg diprint tu hanya ad 2 keping shj..so,kite perlu post dua kertas tu jer ker?? thnks..

  7. Salam, boleh bagi tahu soalan UKKM (ke tingkatan 3) dalam bahasa Malaysia, Inggeris atau dwi-bahasa.

    Juga mohon bagi panduan bagaimana untuk study kalau nak score ujian ini, terutama bahagian matematik dan personaliti

  8. Salam, boleh bagi tahu soalan UKKM (ke tingkatan 3) dalam bahasa Malaysia, Inggeris atau dwi-bahasa.

    Juga mohon bagi panduan bagaimana untuk study kalau nak score ujian ini, terutama bahagian matematik dan personaliti.

  9. Salam…Masa sy antr ank sy msuk mrsm besut (form1) awal tahun hari tu, diorang x nak pun gambar x ray tu..Last2 bwk balik, ada dlm stor tu hah..Yg sebenar2nya, perlu ke tak x ray tu??

  10. Mengidam termimpi2 saya dulu nak masuk MRSM…
    Tapi sendiri jugak kena ingat kalau dah baca buku depan TV sebelum PMR….tak der maknanya…angan-angan matjenin jer lah…. 😆

  11. Yup – ini pengalaman yg ditempuh sendiri…dan ada kesilapan dan kecuaian yang kami lakukan waktu itu…harap² panduan mudah ini dapat membantu adik² yang ingin memohon

  12. Permohonan sekarang melalui sijil percubaan… tarikh akhir memohon adalah sebelum keputusan sebenar keluar.

    Saya pernah bertanya kepada guru di sekolah – maksud tersembunyi adalah…. murid tersebut perlu fix dan kekal cemerlang sepanjang masa sejak awal persekolahan…kalau pecut di saat akhir – peluang dah tak ada. permohonan tutup sebelum keputusan sebenar .

  13. Mungkin dia hanya memindahkan pelajar dari MRSM lain kot sebab senarai MRSM yang dibuka untuk menerima pelajar baru hanya 43 MRSM.

    Ramai yang silap istilah mohon melalui talian ( online ) – bukan bermaksud kita terus buka laman web dan memohon.

    Memohon dalam talian adalah selepas kita mendaftar di Pejabat Mara atau di MRSM. Syarat utama mesti ke pejabat MARA/ MRSM untuk mendaftar juga , baru diberikan nombor kata lalau ( password ) dan url link untuk diakses.

    Dalam talian adalah proses kita mengisi borang – data peribadi

    Dokumen secara nyata ( salinan , disahkan ) perlu juga dihantar secara pos seperti surat beranak, slip gaji ibubapa.

  14. Cuba telefon pejabat Mara Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) tel 03-26915111 sambungan 3764, 3767 – anak² saya dilepaskan ke asrama selepas PMR. Tingkatan 1 masih terlalu awal, jadi saya tak ada pengalaman memohon untuk Tingkatan 1

  15. Rasanya pertengahan tahun aritu, MRSM Tumpat pun dah mula beroperasi, tak pasti untuk menengah rendah atau sebaliknya. Sekarang dah siap boleh mohon melalui talian erk, dulu semua isi borang yang cikgu sekolah berikan. 😀
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apa yang anda nampakMy Profile

  16. Baju Angah lah tu… kan entri ni kisah Kak Jie dan Angah memohon tahun lepas.

    Macam2 kisah kami – dari kereta rosak balik UKKM, medical check up yang buat 2 kali sbb tertinggal xray masa nak p mendaftar

  17. 43??? byk dah sekarang ya… dedolu ingat lagi, punya la seksa nak masuk. lagipun bape kerat je mrsm zaman zana dulu. yg dpt pun mmg top student.
    Jom terjah post menarik dari zana ..Kesayangan kuMy Profile

Comments are closed.