Pengetahuan Am

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM ( Fasa 2 )

Klik untuk baca entri terbaru di bawah

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

EDIT 09/01/2012 – Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM  2011( Fasa 2 ) di sini  ->>>  Permohonan UPU Fasa 2 Untuk Spm  2012

EDIT : Semakan status permohonan ke IPTA klik sini >  semakan status permohonan ke IPTA atau http://www.jpt.uum.edu.my/

Urusan Angah untuk ke MRSM hampir 80% siap. Hanya perlu beli samping, cadar dan sarung bantal juga tali leher di maktab nanti. Uniform rasmi MRSM berwarna beige muda dan biru muda dah beli kat koperasi di Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut.

Sekarang perlu fokus pada Along pula. Dia ada ujian memandu untuk lesen motosikal dan kereta pada 17hb Februari 2010.   Tarikh ini saya akan berada di Kedah untuk proses pendaftaran Angah .

Mengikut Lawan Web Rasmi Kemasukan ke IPTA , Permohonan Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 (FASA 2 ) di buka mulai 2 Februari hingga 30 Mac 2010.

Along dah daftar 28/12/2009 dulu – hari mak balik dari Mekah.

Kepada sesiapa yang terlepas peluang memohon pada Fasa 1 ( tarikh tutup 31-12-2009 ) , bolehlah kemukakan permohonan untuk fasa 2 ( tarikh tutup 30-03-2010).

Klik Aplikasi Dalam Talian Permohonan Kemasukan Ke IPTA Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 3 & 4 Julai 2010

©Kujie – baru saja selesai debar tunggu result PMR Angah, bergegar lagilah jantung tunggu keputusan SPM Along pula.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan SPM ( Fasa 2 )

  1. saya pelajar lepasan spm 2013… tapi macam mana nak mohon upu ini… saya tidak faham lagi tentang upu ini…semasa di sekolah cikgu tidak ada untuk memberikan keterangan…saya perlukan pertolongan sekarang :)… macam nama nak mohon???

    1. ok…mula-mula pi Bank Simpanan Nasional ( BSN ) beli no Unik ID. SPM 2013 beli untuk Kategori A dgn harga RM 10.60

      Balik dari BSN , masuk laman web upu – https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/fipta/index.php?pagefunc=mohon

      isi borang upu. klik di bawah ni, saya nak terang pun panjang sangat

      cara isi borang klik sini – http://www.kujie2.com/pengetahuan-am/cara-isi-borang-upu-online.html

      Baca Manual Panduan Mengisi Borang UPU 2014 di https://docs.google.com/file/d/0B8DJjl2XdG86cUI0TmhPOXhFNUU/edit?pli=1

  2. sya lpasan s.p.m taon 2009,, bminat dlm j.pn dn j.p.j……. tp.cm mne nk amik borang pmohonan 2……..????????

  3. assalamualaikom……..saya nak tanya bagai mana nak masuk ke kolej komunity ini……

  4. 😉 saya ada masalah….. 😕 saya buntu nk ambil jurusan per..??????????? 🙁 saya syker bahagian masak2 tapi saya bh bosan masak,,!!!!!!!!!!!! 😥 saya suker benda yg lasak mcm ASKAR 2 saya suker…. 😆 …masalah saya sekarang,,,adakah saya harus sambung belajar atau masuk askar..???????????????????????? 😳

  5. Semoga along berjaya cemerlang dalam SPM nya.
    Ada juga pelajar yang tak nak cuba buat permohonan kemasukan ke IPTA sebab rasa tak yakin dengan keputusan.
    Patutnya boleh mohon juga, sebab result percubaan boleh jadi tak secemerlang keputusan sebenar.
    .-= Kak Long´s last blog ..Desa di celah bandar =-.

  6. Huhu, saya taktau la macam mana result saya nanti. Harap semuanya berjalan lancar 😛
    .-= blowie´s last blog ..Norman KRU Pengetua AF8 =-.

    1. @blowie,

      sekarang ini banyakan berdoa dan bertawakal…
      sbb segala2nya ditangan Allah SWT…

      Insyallah berjaya!
      kalau tidak dapat masuk pun, bukanlah dunia kita sudah berkubur…
      so many reasons kenapa kita tak dpt further study di U pilihan kita..

      barangkali Tuhan mahu bagi kita second chance.. saper tahu.. kanzz..
      :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
      .-= maza´s last blog ..Misteri: Mentera di Pemakaman Kubur Lama! =-.

  7. salam…dah lama tak dtg blog ni….dah berubah!

    teringat dah lama tak buat blog walking…
    .-= syukran´s last blog ..Trend Masa Kini. Beralih Kepada WordPress [Blog] =-.

  8. 1) Kalau mama dia berdebar bagai nak luruh jantung..si along nye macam mane?

    2) Seingat saye, saye pun selalu juge ‘berlawan’ dgn abg saye yang atas, mungkin sebab belum ngam, tapi bile dah naik sekolah menengah, dah start kurang..kirenye boleh ngamla..

  9. Salam kenal Kak Jie…

    Saya jumpa akak punya link dari blog Ijad.

    Tak sangka ye, akak sudah mempunyai dua cahayamata yang sudah besar panjang. Saya ada dua orang anak juga dan masih kecil lagi. Yang pertama, baru 6 thn dan ke-2 pula baru 3 tahun. Saya kagum dengan pencapaian anak2 akak. Bolehlah nanti akak kongsikan pengalaman mendidik mereka. Seperti kata Cikgu Isza, betul tu, zaman sekarang ni lebih mencabar dalam mendidik anak2. Saya pun perasan. Memang tak sama masa kita kecik2 dulu. Sekarang anak pun makin berani dan makin pintar. Mungkin akak ada petua menarik yang boleh dikongikan? 🙂

    1. @Nozi, Salam kenal…

      sepatutnya ayat tu berbunyi macam ni ” tak sangka ye kak jie dah tua..dah ade anak bujang pun… 😆 😆

      Jaga anak-anak sekarang semakin komplek – ibubapa kena lebih advance dan perlu lebih laju ke hadapan…

      cara mendidik tu – susah nak detailkan sebab anak-anak kak jie juga bukanlah ‘secemerlang’ gemilang terbilang – ada juga sisi ‘kelabu’ , cuma tidaklah dalam keadaan yang membimbangkan sangat.

      dedahkan anak-anak dengan dunia sebenar ibubapa – mahal, murah, ada duit, tak de duit, jauh dekat – mereka tahu bezakan .

      Kak Jie beruntung kerana suami seorang yang ‘dekat ‘ dengan anak-anak – yang melibatkan anak-anak dalam aktiviti kesukaannya… boleh sembang lebat tentang bola, boleh sama-sama ke litar tengok race.

      1. @Kujie, Hehe…cover skit kak. Takut juga sensitip pula tang umur2 meningkat ni.

        Itulah..point pasal dedahkan kepada anak2 dunia sebenar ibu bapa. Saya rasa, itu cara yang boleh menjadi. Saya pun nak cubalah sekrang ni. Yelah,melentur buluh biarlah dari rebunnya. Jgn tunggu jadi buluh baru nak lentur. 😀

        Sekarang ni memang ibu kena fokus pada anak2 kan. First priority. Anak amanah Allah. Apa2 nanti,kita juga yang menjawab di akhirat nanti.

        Satu lagi yang saya nampak, kita ni mmg as role model utk mereka. Jadi contoh teladan. Kalau buruk depan mereka,maka buruklah kita nmpak dari mereka. Kita ni umpama cermin la juga kata lainnya. Saya pun nk tambahkan semangat yg kuat utk didik mereka ni. Walaupun baru dua..hehe..ada niat lg tu nk tambah..saya tetap akan usahakan utk jadikan mereka anak yang cemerlang dunia akhirat..sama2 lah kita..
        .-= Nozi´s last blog ..Bagaimana nak buat tandatangan online? =-.

  10. salam kujie,
    nak tanya boleh?
    along ngan angah kecik2 dlu nakal sangat x?
    camne kujie didik mereka… kongsi boleh?
    anak2 saya sedang membesar, mencabar betul nak didik mereka..
    adakah anak sekarang tak sama macam anak dulu?
    sebab mak saya kata didik anak2 tak le rupa didik cucu dia yang mencabar tu…
    trima kasih

    1. @cikgu isza, Salam cikgu

      dua-dua anak saya tu mudah nak dijaga, kedua-duanya lahir melalui pembedahan
      ( sebenarnya ketiga-tiga termasuk Intan )
      masa kecik . Along nampak sangat sifat untuk melindungi
      seingat saya, dia berdua jarang bergaduh atau berebut2
      mungkin sebab jarak yang agak rapat , jadi dia boleh menjadi kawan
      dari kecil, Angah jenis suka meneroka

      tapi waktu umur Along 14-15 , keadaan agak konflik
      Angah masih ‘budak-budak”
      Along dah ‘akil baligh”

      masa ni ketara sgt sikap kedua- tak boleh nak ngam
      ada saja komplen negatif Along tentang Angah
      sorang dah melepasi zaman, sorang masih ketinggalan zaman 😆

      style rambut, cara berpakaian – ada saja ‘pertentangan pendapat’

      selalu bila ‘perdebatan’ berlaku di depan mata,
      saya akan cakap ” mama tak pernah pun memandang negatif pada anak-anak mama…walau pun mama tahu Along ada kekurangannya, Angah pun ada kekurangannya…kita sebagai adik beradik kena terima diri setiap adik beradik kita sebagai individu yang berbeza cita rasa, sikap, tabiat atau apa saja ”

      Sekarang ni bila dua-dua dah remaja – konflik beransur kurang…mungkin Angah dah boleh ‘masuk’ zaman Along.

      dulu dan sekarang mungkin juga boleh mempengaruhi cara mendidik anak tetapi baliklah kepada asas – kekeluargaan

Comments are closed.