Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan
Pengetahuan Am

Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan

Hari yang sama saya dapat surat dari KWSP menyatakan amaun pengeluaran telah dikreditkan ke dalam akaun bank pinjaman perumahan saya.

Hutang saya dah kurang…:lol:

Ini adalah pengalaman pertama kali saya membuat pengeluaran KWSP atas Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan. Saya pergi KWSP Selayang untuk ambil Borang Permohonan KWSP 9C .

Tahun 1999 saya pernah mebuat pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai membeli rumah pertama.

Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan dibenarkan oleh KWSP untuk

  • Pembelian secara individu; ATAU
  • (ii) Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
  • (iii) Membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri

Selain syarat² utama – warganegara dan semestinya pencarum KWSP, syarat lain adalah belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu

Dokumen penting yang diperlukan 

  • Salinan Kad Pengenalan

  • Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP

 

Hubungi bank yang memberi pinjaman perumahan untuk mendapatkan penyata baki pinjaman.

Cawangan bank saya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Saya pergi bank dan serahkan dokumen seperti S&P dan surat tawaran pinjaman.  Seminggu kemudian bank telefon bila  dokumen siap.

Ada beberapa bahagian pada borang saya agak was-was, saya tanya pegawai KWSP di kaunter. Proses permohonan saya diluluskan selepas 5 hari.

Nampak senang…tapi memang senang pun.  Cuma diri sendiri yang berdebar² risau takut tersilap isi tersilap tulis.

Borang KWSP 9C juga boleh dicetak melalui laman web KWSP – http://www.kwsp.gov.my atau minta untuk dihantar melalui alamat e-mel.

– surirumah berkwsp!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Pengeluran Akaun 2 KWSP Untuk Mengurang Baki Pinjaman Perumahan

  1. pasangan saya setiap 3 tahun keluarkan akaun 2 KWSP untuk bayar kereta dengan rumah..sebab kerja swasta faedah untuk rumah tinggi jadi 8%..kena cepat habiskan sebab semput nak bayar faedah tinggi..Alhamdulillah 7 tahun dah takde hutang kereta dengan rumah walaupun beli yang biasa2 je..kalau ikut asal mau lagi 10 tahun nak habis bayar..

  2. Saya memang mengunakan wang KWSP untuk buat bayaran bulanan. Setiap bulan dikredit didalam akaun jadi perlu displin bayar kepada bank.

  3. saya dan suami sama2 keluarkan duit dalam akaun 2 masa nak beli rumah tahun lepas. alhamdulillah..KWSP cawangan Teluk Intan memang sangat cekap dan membantu kami berdua.

    * masih menunggu masa untuk bertukar ke skim pencen 😉

  4. saya tak pernah usik kak jie…tapi ayah pernah keluarkan untuk kos perubatan arwah mak dulu…sob sob sob…memang tanam azam nak beli rumah…aset masa depan…

Comments are closed.