Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR
Pengetahuan Am

Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR

Khamis lepas saya berkesempatan menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) melalui Persimpangan Taman Rimba Templer



Lebuh raya sepanjang 33km itu dibina pada kos RM958 juta yang menggunakan sistem tol terbuka masih lagi dibuka secara percuma untuk pengguna sehingga 31 Ogos 2011.

Mengikut laporan Berita Harian 24 Jun 2011, Lebuhraya LATAR akan mengenakan tol RM 2 di setiap jajaran iaitu di tiga lokasi Plaza Tol Taman Rimba Templer, Plaza Tol Kuang Barat & Kuang Timur dan Plaza Tol Ijok .

LATAR adalah satu-satunya lebuh raya yang mempunyai pembahagi lebuhraya dibina dari struktur tembok di sepanjang lebuhraya.

Perjalanan seterusnya tanpa gambar kerana jurugambar dah lenaΒ  diulit IntanΒ  mimpi di siang hari.

Alhamdulillah saya dan Intan selamat sampai ke Sabak Bernam untuk berbuka puasa bersama mak mertua dan menjimatkan lebih kurang 30 minit masa perjalanan.

Kalau dah dibuka dan dikenakan bayaran, saya mungkin tidak lagi menggunakan LATAR sebab saya ada beberapa pilihan lain untuk balik ke kampung kecuali dalam kes kecemasan.

  • Biasanya saya gunakan PLUS masuk ke GCE dengan tol RM 2.20 dan melalui Sungai Buloh – Ijok – Kuala Selangor – Sabak Bernam
  • Kalau balik secara santai tanpa mengejar masa, saya gunakan laluan Rawang – Tasik Puteri – Kota Puteri – Ijok.
  • Kalau hari perayaan yang pastinya Rawang sesak teruk, saya gunakan laluan Serendah – Bukit Beruntung – Bukit Tagar – Bistari Jaya ( melalui Unicel ) – Tanjong Karang – Sabak Bernam.
  • Saya boleh juga guna laluan Serendah – Behrang Station – Gedangsa – Sungai Panjang –Β  Bagan Terap – Sabak Bernam.

Mengikut pengalaman saya, kesesakan tidak berlaku di laluan KL – Kuala Selangor tetapi kesesakan teruk bermula dari Kuala Selangor hingga ke Tanjong Karang. Paling teruk muntah hijau berkilo kilometer berlaku dari Sekinchan ke Tanjung Karang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Pengalaman Menggunakan Lebuhraya LATAR

  1. Salam,

    Terima kasih atas reviu awal Lebuhraya Latar E25 oleh saudara. Cuma, saya ingin buat satu pembetulan mengenai kenyataan saudara tentang status E25 sebagai lebuh raya pertama yang menggunakan pembahagi jenis tembok Jersey sepenuhnya. Sebenarnya, lebuh raya pertama yang menggunakan tembok Jersey sepenuhnya ialah Lebuhraya Shah Alam E5. Harap maklum.

  2. pernah lalu kat sini sekali sebab nampak sign board ke lumut. Ingatkan terus sampai lumut. rupa-rupanya sampai ke Kuala Selangor je, lepas tembus ke jalan biasa ke lumut. Tapi kalau nak pegi tengok kelip-kelip lalu LATAR ni macam best juga.

  3. 1. Kuala Selangor > Ijok > Kota Puteri > Tasik Puteri > Rawang = 48.4Km

    2. Kuala Selangor> Sg Buloh > GCE > Plus > Rawang = 56.2KM dan tol RM 2.20

  4. Betul kata admin tu, kesesakan berlaku area kuala selangor ke tanjong karang. Pelik, misteri, kenapa suka sangat jem area sini.
    Lepas tu, ofis aku suka sangat hantar staff kursus kat kuala selangor. minggu ni aku kursus kat hotel de palma, kuala selangor. Kononnya untuk menghilangkan stress. bukannya hilang tambahlah lagi adalah. Wahai boss, takde tempat lain lagi ke nak hantar kitaorang pegi kursus.

  5. Selalu jugak guna Latar ni.tp highway ni banyak signboard mistake especially jarak perjalanan. Macam mana la dieorg buat kerja.mula2 tulis Puncak Alam 34km. Lepas tu jalan dalam 3-4km just tinggal lg 4km Puncak Alam. silly mistake!

  6. sila highlight jalan Kuala Selangor ke Tanjung Karang… dari dahulu tak pernah selesai masalah trafik… sila ajukan pada pihak yang bertanggungjawab ye… πŸ˜‰

  7. Setengah jam ke Sabak Bernam cepat tuh Kak Jie. Kalau macam nie boleh singgah Sungai Besar beli kain btik dan kain tudung. Murahh..

  8. Sekolah saya pun di area itu juga πŸ˜‰

    Masa sekolah dulu memang kawan2 dari kawasan Lembah Klang mengadu kesesakan dari Kuala Selangor ke Sekinchan.

  9. dari KL ke Kuala Selangor , senang
    yang perit masa nak balik dari Sekinchan ke Tanjung Karang…ada 3 trafik light kat pekan Sekinchan tu yang ‘smart’.

    Sebelum Tanjung Karang tu jem teruk gilerΒ² 2 lorong kadangΒ² dari Sungai Sireh 5 kilometer.

  10. Makin mudah lah ke Kuala Selangor. Hehe, muntah hijau :mrgreen: dari Kuala Selangor ye. Orang ramai sudah mampu berkereta, tu yang sesak sampai muntah hijau.

  11. Lebuh raya yang Kak Jie lalu bolehlah buat review, yg tak pernah lalu memang tak pandai nak buat…pengalaman kali pertama naamanya.

    Tapi gambar kemudian2 tu dah sempat nak snap….Intan dah terlentok lena πŸ˜†

  12. wah makin banyak jaringan jalan di KL. sekali sekala naik KL pasti ada banyak perubahan. yang paling menakutkan perubahan laluan trafiknya, sesat la jawabnya.

    bagus juga ada info-info trafik macam ni kan? terima kasih kak.

  13. lama tak turun KL tak tau dah apa jadi kat sana. tambah pulak dapat sambung belajar dekat perlis lagi la tak jejak kaki ke sana lepas ni huhu

    RM6, boleh tahan harga πŸ˜›

Comments are closed.