Kalau PBS ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah ) tidak diteruskan, bagaimana dengan PBS yang telah mereka lalui sejak 2 tahun lepas? Dokumen dan sistem fail yang khabarnya sebesar bilik darjah?
PMR 2014 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan tiada siapa yang tahu apakah format sebenar PMR tahun ini. Anak saya adalah salah seorang pelajar yang terlibat.
Sebelum ini hanya nama yang akan digunakan sahaja menjadi isu sehingga timbul beberapa nama seperti PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) , PBMSR (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah ) dan PPMR (Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah) tetapi sekarang, sistem pula yang menjadi persoalan.
Secara peribadi, saya nampak PBS adalah satu sistem yang bagus tetapi bukan sesuai untuk dilaksanakan kepada pelajar di sekolah harian. Sistem ini sangat memberi banyak kesan positif apabila dijalankan di sekolah berasrama penuh atau MRSM. Prasarana, sistem, penyediaan dan persiapan tenaga pengajar dan murid di sekolah berasrama penuh atau MRSM mencukupi untuk sistem ini dijalankan dengan baik.
Kemudahan dan sokongan di sekolah harian belum mencukupi untuk sistem PBS dijalankan. Masalah utama yang perlu diselesaikan adalah bagaimana menempatkan murid sehingga lebih 40 orang di dalam satu kelas. Ini bukan cakap kosong sebab murid di kelas anak saya sendiri lebih daripada 40 orang.
Buat masa ini, guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.
Selepas 2 tahun dan PMR hanya beberapa bulan sahaja lagi, sistem akan dikaji semula. Kita tunggu sajalah untuk masuk makmal sekali lagi.
Pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai PBS
Nota : Entri ini diterbitkan pada 24/02/2014 – sila semak info terkini atau sebarang perubahan di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia
Mahu goyang menteri yang pegang portfolio Kementerian Pendidikan.
Kita tunggu dan lihat…
Anak pon dah suka bila dgr PBS dimansuhkan
Saya bagitau dia bukan MANSUH tapi TANGGUH
malas dah sebenarnya nak cerita bab pbs ni. haha..
baik cikgu
Assalamualaikum,
sistem pendidikan di malaysia ni ikut “siapa menterinya”. Tukar menteri, maka tukarlah sistemnya walaupun sistem menteri yang lama itu lebih baik…tetap kena tukar sistem baru yg adakala kita tak faham kenapa kena tukar.
Waalaikumsalam
Bercakap dari pengalaman, tak gitu :p
Saya yakin mesti ramai anak murid yang termasuk dalam program pelaksanaan PBS ni akan maki kerajaan. katanya menyusahkan mereka yang sekolah harian. Dah la keperluan untuk sekolah luar bandar tak cukup.. hmmm sadis nak inovasi nak kekekeretaifan murid2 pun biar cukup dulu, mantap dulu. baru teruskan..
maki tu tak lah…tapi banyak juga runguntan
yang tak terlibat akan ada pendapat tersendiri, yang terlibat juga akan ada pendapat dari pengalaman dia.
dalam semua hal tak ada yang sempurna, ada baik dan buruk
keputusan yang baik adalah selepas kita lihat mana yang lebih banyak, baik atau buruk
cikgu jadi mangsa boleh diterima lagi
tapi apa nasib anak²? terkapai-kapai tak tahu apa yang sepatutnya dihadap mereka tahun ni..
PMR kah? PBS kah? PPMR kah?
Sepatutnya kajian mendalam mengenai PBS ini dilakukan terlebih dahulu sebelum kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakannya..apa yang saya nampak, pihak kerajaan berusaha untuk memajukan sistem pendidikan negara tetapi cara pelaksanaannya tidak sistematik dan sekarang nampak ia sangat membebankan guru…dan mungkin kepada pelajar itu sendiri..
Saya setuju dengan Kak Jie yang sistem ini sesuai jika ia dilaksanakan di sekolah berasrama penuh tetapi tidak di sekolah harian biasa..
Harap yg terbaik utk pendidikan anak2…itu ajerlah yg dapat saya katakan.
Aina lebih suka dengan sistem berasaskan peperiksaan sebab sistem PBS agak merumitkan utk di fahami oleh ibu-bapa.
harap ianya tak terkesan dengan murid2..
PBS satu sistem yang bagus berbanding zaman dahulu yang telah digunapakai sekian lama, sebab dunia dah berubah teknik persekolah masih lagi tertinggal. namun perancangan yang bagus tapi perlaksanaan yang lemah dan fasiliti yang masih ketinggallan memperlihatkan pbs sebagai ancaman
Kelemahan di sini dilihat dari segi perekodan. Tidak mungkinkah jika hal-hal rekod ini diserahkan kepada bukan guru?
Apa-apa pun, kita tidak akan dapat wujudkan sistem pendidikan yang 100% sempurna. Tiada apa yang sempurna di dunia ini. Eksperimen itu bukan satu masalah. Jika tiada eksperimentasi, maka tiadalah teknologi yang sedang kita nikmati hari ini. Pengorbabnan untuk harus ada untuk hidup lebih selesa.
saya kerja dengan KPM…so tahu gak le beberapa perkara tentang PBS ni….cuma tak tahu secara dalam..bak kata bos..tak tahu tu, baik diam je..sebab nanti kita sendiri kena balik…pandangan memang banyak…dari orang akademik,dari cerdik pandai dan banyak lagi..mungkin terasa terbeban adalah kumpulan pelaksananya…:D
saya dah lama tinggal sekolah, dah keje dah, saya x faham ni PBS pasal apa, ada la dengar cerita ni pasal kena key in maklumat pelajar ke apa ntah, saya x baca pun dan x faham, tp dari artikel ni nmpk macam kak jie pun mcm x bersetuju ja.. 🙂
biasanya kelas sekolah rendah yang muridnya mencecah 40 orang, kalau sekolah menengah, kira crowded dah tu…
dulu mak suh jdi cikgu sbb mak cikgu skrang..mak xbgi sbb de mcm2 bnde xperlu kne buat huuuuuuu
ramai yg merungut psl ni
kawan2 saya yg jd cikgu pun juga merungut
kesian diorang